Kemaskini Google Search 14 November

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog.ariff Blogger Malaysia semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “Menjawab Persoalan Tentang H Tags“ dan “10 Elemen Rekabentuk Blog Popular Malaysia“. Jom kita baca entri terbaru yang menarik ini :

Google baru sahaja mengumumkan sepuluh daripada beratus-ratus kemaskini untuk Google Search yang telah dilakukan pada tahun ini. Antara 10 kemaskini tersebut, ada beberapa sahaja yang saya ingin ketengahkan di sini. Yang lain tu, ada yang tak berkaitan pun.

Snippets with more page content and less header/menu content

Kadang-kadang dalam Google Search akan keluar teks atau menu yang terdapat dalam navigation bar. Masalah ini berlaku mungkin disebabkan struktur kod dalam blog. Dengan kemaskini ini, lebih banyak teks akan diambil daripada content berbanding apa yang terdapat di dalam header.

What to do? Tulis entri elok-elok, gunakan bahasa yang mudah difahami dan bukan bahasa rempit. Lebih banyak teks daripada entri akan dipaparkan, jadi kalau content menepati kehendak pengguna Google search atau mereka tertarik untuk membaca keseluruhan entri, maka link anda akan diklik.

Ingat, pengguna internet adalah content hungry. Persembahkan content anda sebaik mungkin dan mudah difahami.

Better page titles in search results (de-duplicating anchors)

Dulu ada macam-macam contest yang menyuruh peserta untuk meletakkan link mereka yang menggunakan anchor text pilihan mereka. Contohnya, kalau blogger tu nak rank first page keyword hensem, dia suruh blogger linkkan blognya pada perkataan tersebut dalam blog mereka.

Sekarang, kalau benda tu dibuat berulang kali, memang kantoi dah. Page content akan dianalisa untuk memastikan anchor text sama yang digunakan berulang kali bertepatan dengan content. Kadang-kadang, takde kaitan pun.

What to do? Instead of menggunakan alamat homepage kita pada anchor text tadi, gunakan ia pada page yang paling releven dalam blog kita untuk anchor page tersebut. Juga, variasikan anchor text. Gunakan tiga hingga empat keyword sebagai anchor text dan bukan satu atau dua.

Fresher, more recent results

Sekarang semua orang boleh rank pada keyword yang telah lama dipegang oleh orang lain. Content lama akan ditolak ke bawah dalam Google Search dan digantikan dengan content baru asalkan ianya releven, lebih banyak informasi dan bagus.

What to do? Kalau kita masih ada keyword yang dah dipegang lama, update blog dengan keyword tersebut berserta maklumat baru yang lebih releven pada waktu ini. Personally, saya akan copy apa yang boleh direcycle daripada entri lama dan letakkan redirect 301 pada page lama tersebut ke page baru. You can have as many 301 redirects as possible, asalkan tak cross domain banyak-banyak.

Kesimpulan

SEO sekarang bukan lagi childs’ play. Cara yang terbaik untuk untuk berjaya adalah dengan menghasilkan content yang bagus, padat dan berinformasi.

Boleh baca entri penuh: Ten recent algorithm changes

124 Comments

  1. Pingback: Guru Terseksi di Dunia | Serambi Corners
  2. sekarang ni memang bercita-cita tinggi dalam dunia blog.. harap niche dipilih tak salah.. google banyak mengajar erti blogging sebenar..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!