Kemalangan Memang Tidak Pernah Berbau

Spread the love

Kemalangan tidak pernah berbau. Kemarin sekembali aku daripada memperbaharui pasport di pejabat Imigresen kereta kami dilanggar oleh sebuah motorsikal yang bertukar arah dari kiri ke kanan dengan melulu. Motorsikal itu merempuh pintu belakang kiri kereta yang mengakibatkan kemek dan calar sedikit. Daripada cermin pandang belakang aku nampak mamat itu tergolek dan bagun  semula.

Semalam aku dan keluarga pergi ke Kuala Lumpur untuk menghantar anak  ke madrasah. Sepanjang perjalanan mata aku memang segar bugar tetapi 2 km sebelum sampai Hentian Ayer Keroh tiba-tiba aku rasa sangat mengantuk. Isteri dan anak-anak semua sudah terlena. Sesampai di parkir Hentian Ayer Keroh aku terus parking dan terlena. Tiba-tiba aku tersedar bila terdengar bunyi dentuman yang kuat. Dalam hati aku siapa pulak yang langgar kereta aku ni. Tetapi alangkah terkejutnya apabila menyedari kereta aku yang melanggar sebuah kereta Honda Jazz.

Rupanya ketika aku parking tadi dalam keadaan mengantuk aku telah terletak gear ke Reverse Gear. Maka kemeklah bumper belakang dan pecah lampu belakang kereta aku dan kereta Honda Jazz tersebut. Pastilah kos baik pulih ribu-ribu juga ni. Tuan kereta nampak panik tetapi anaknya tenang je. Mereka dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Shah Alam. Kami bertukar-tukar no handphone. Insyallah hari Isnin kami akan uruskan dan anaknya cadangkan agar claim insuran je. Pak Cik Sahlan aku mohon maaf di atas kelalain.

Ini kemalangan pertama aku setelah memandu lebih daripada 15 tahun. Pasti ada sesuatu yang Allah ingin tujukkan dengan dua peristiwa kemalangan dalam dua hari berturut-turut. Pasti Allah nak uji aku atau mungkin juga Allah nak bersihkan sebahagian sumber rezeki aku. Insyallah aku REDHA dengan ujian kecil daripada Allah. Alhamdulillah Allah uji begini kalau diuji dengan kemalangan di tengah jalanraya pasti akibatnya lebih teruk.

Pagi ini perjalanan menghantar anak ke Madrasah Tahfiz diteruskan. Perjalanan kehidupan baru untuk aku, isteri dan anak. Hijrah dalam hidup untuk langkah pertama mewakafkan anak kepada perjuangan agama semuga Allah memudahkan segalanya.

@Terima kasih kepada semua teman-teman yang singgah dan tinggalkan kome di rumah baru DENAIHATI.COM

@Kepada peserta contest Hidup Berani Untuk Gagal baru atau peserta lama yang hendak tukar link sila teruskan Hidup Berani Untuk Gagal.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

50 Comments

  1. Kemalangan mana2 pun berlaku pada bila2 masa sahaja. Bukan sahaja sebagai petanda agar kita tidak leka dan terus berhati2 tapi sebagai petanda yang mengingatkan kita kepada dia.
    .-= Steward John´s last blog ..Botak itu seksi? =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!