Kelas buat blog bersama Akademi Denaihati

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

sejak dua menjak ini, bidang penulisan blog semakin menjadi perhatian. Apabila terdapat pengumuman mengenai blogger juga akan dikenakan GST sekiranya menepati syarat. Ini adalah salah satu daripada kesan di mana kerajaan juga mengiktiraf kegiatan blog ini sebagai kegiatan yang boleh menjana pendapatan yang banyak.

Perkembangan yang sihat ini perlu diambil positif oleh semua rakan-rakan blogger atau bakal blogger. Walaupun mungkin ramai yang berasa khuatir, sekiranya anda telah layak untuk dikenakan GST, bermaksud anda telah berada di tahap yang sangat baik dalam bidang blogging.

WordPress Essentials di Akademi Denaihati

WordPress Essentials

Kelas ini akan diadakan pada Sabtu, 15 November 2014 di Akademi Denaihati, Seksyen 13 Shah Alam. Kelas yang berkongsi daripada mula proses memasang WordPress sehinggalah anda mempunyai sebuah blog yang sedia untuk dilawati oleh rakan pembaca.

Kelas ini juga akan berkongsikan teknik mudah bagaimana untuk mempromosikan blog pada peringkat awal dan seterusnya menambah bilangan trafik yang hadir dalam blog tersebut. Anda juga akan didedahkan dengan teknik penulisan SEO peringkat asas. Ini akan memberikan anda kelebihan menempatkan artikel anda dalam halaman enjin carian seperti Google.com

Sekiranya anda berminat untuk belajar mengenai WordPress atau baru ingin berkecimpung dalam bidang penulisan blog, mari bersama-sama Akademi Denaihati dalam menongkah arus industri blog yang semakin berkembang ini.

Daftar sekarang di http://akademi.denaihati.my/akademi/daftar-wordpress-essential/

WordPress Master Class

WordPress Master Class pula akan diadakan pada Ahad, 16 November 2014, kelas yang berkongsi mengenai pengurusan WordPress peringkat lanjutan, bagaimana membuat selenggaraan fail dan database, teknik optimasi laman WordPress, bagaimana untuk menghadapi trafik yang banyak dan penulisan SEO peringkat lanjutan.

Kelas ini sesuai untuk mereka yang telah menggunakan WordPress, tetapi ingin mendalami WordPress untuk memastikan blog berada di tahap yang lebih baik. Pengalaman menggunakan WordPress sejak 2006 akan dikongsi dalam kelas ini.

Banyak kelebihan WordPress yang tidak digunakan oleh para blogger untuk kepentingan masing-masing. Sekiranya anda ingin menggunakan sepenuhnya potensi WordPress dalam blog anda, tiba masa untuk luangkan masa untuk menghadiri kelas ini.

Anda boleh daftar di halaman berikut: http://akademi.denaihati.my/akademi/daftar-wordpress-master/

Akademi Denaihati - WordPress Master Class

Jumpa anda semua dalam kelas bulan ini nanti.


Spread the love

1,125 Comments

      1. Nampak macam lebih membebankan.. especially kepada pengguna akhir sebab yang lain boleh claim semula GST tapi end-user tak boleh..huhu

      1. betul tu upprofits. sebenarnya kita boleh belajar sendiri kan. sama macam kita belajar buat blog kita sendiri sekarang. tapi untuk lebih menyinar, yes, masuklah kelas akademi denaihati 😀

    1. PG sebenarnya tak faham kenapa pula blogger nak kena GST. tapi apa pun, siapa yang ikut kelas akademi denaihati tu nanti, harap-harap lepas jadi blogger hebat tu nanti juga, ar, elakkan sama kalau betul nak kena GST. hehe.
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..Blogger Buat Duit OnlineMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!