Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bisnis walaupun sunnah Nabi tetapi tidak ramai di kalangan kita yang berani gagal untuk bergelumang dalam dunia perniagaan. Ramai berniaga terlalu mengharap keuntungan atau ramai yang tak nak berniaga kerana takut rugi. Untung dan rugi adat biasa berniaga yang menjadikan kita matang dalam kehidupan.
Sifu bisnis aku kata nak berjaya jadi usahawan malah jadi jutawan sekali pun boleh saja dalam apa sahaja bisnis samada jadi kontraktor, jadi petani moden, jadi katerer, jadi trader, jadi usahawan online, jadi usahawan MLM, jadi pelabur BSKL dan sebagainya. Tapi bukan semua yang join semua bisnis itu akan berjaya kerana yang berjaya hanya mereka yang berusaha sungguh-sungguh, disiplin yang baik dan kerja dengan sistem yang betul. Bila gagal jangan salahkan orang lain kalau kita belum cukup berusaha kerana yang berusaha sungguh-sungguh pun belum tentu berjaya kalau ALLAH belum izin.
Bila menjadi usahawan restoran banyak modal perlu dikeluarkan, setiap hari perlu buka restoran, setiap hari perlu masak, perlu khidmat pelanggan, perlu promosi, perlu berusaha sungguh-sungguh untuk bejaya. Bila jadi kontraktor selain keluar modal beratus malah berjuta ringgit perlu kerja kuat setiap hari untuk memastikan projek siap ikut jadual mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kalau setakat keluar modal kemudian tak buat apa-apa semuanya hanya jadi angan-angan sahaja.
Dalam perniagaan tiada jalan singat walaupun buat bisnis online yang disangka mudah. Malangnya ramai yang nak jadi kaya dengan jalan singkat. Apabila kawan rapat tawaran peluang bisnis kita pun join, kawan kita kerja kuat kita peluk tubuh di rumah dengan harapan boleh jadi jutawan. Bila harapan tinggal harapan maka kita salahkan kawan kita menipu tanpa muhasabah diri atas kesilapan diri sendiri.
Klik sini utk belajar cara Jana income dalam USD
Berniaga sendirian memang banyak cabaran jadi lebih baik berniaga dalam jemaah susah senang bersama mengharungi berbagai dugaan. Tiada jalan mudah untuk berjaya tetapi kalau tidak dipecah ruyong manakan dapat sagunya.
197 Comments
Dalam bisnes ni, selain harus kuat dan tabah serta tidak peduli apa orang lain kata, harus juga sentiasa merendah diri, dan sentiasa mahu belajar. Kalau sombong bongkak, sekaya mana pun kita, takkan ke mana jika ada banyak musuh. 🙂
Curahan rasa Debbie Elara @ ..Set Slimming Shaklee Bantu Saya Kecilkan Ukuran Pinggang Dari 38 ke 32 Inci
Kalau sombong takkan boleh maju. Muka masam pun orang tak nak datang membeli dari kita.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Dalam bisnes ni kita kena jadi katak pekak, tak kisahlah apa yang orang lain katakan.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Dulu masa budak – budak orang tua kawan pernah jual minyak petrol , tapi time itu petrol pun murah. lama juga ada 4,5 tahun rasanya
Curahan rasa onlajer @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Boleh diteruskan lagi aktiviti berbisnes tu onlajer. Tak da petrol mintak Wangi pun boleh jual…:-)
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..genggam bara sampai jadi arang. Peribahasa itu yang cabar diri saya untuk keluar dari comfort zone .
Curahan rasa Nurul @ ..Promosi Set Bersalin Shaklee
Nurul betul tu. Kalau tidak buat sungguh manakan jadi hasilnya. Bukan hangat-hangat tahi ayam sahaja..
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Setuju sangat. Kadangkala orang yang kuat dikalangan kita adalah orang yang menyembunyikan kesakitan, jatuh bangun dan sendu tangisnya sebelum berjaya tanpa kita ketahui..
Respeklah kat orang yang macam ni, walaupun ada pelbagai rintangan yang dilalui..
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Sangat bermanfaat entry ini. Saya sangat suka. Saya ada entry terbaru yang menarik, jemput singgah
Curahan rasa FARAH WAHIDA ABDULLAH SUHAIMI @ ..Penapis Air Terbaik Di Planet Bumi
Teringat tulisan rakan tempoh hari, takde jaminan untung dalAm berniaga , tetapi jika tidak mula manakan kita tahu tuah kita dalam melaksanakan perniagaan
Curahan rasa onlajer @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Dalam bisnes ni untung belum tahu, rugi sudah pasti… Kalau tak cukup jkental memang akan kandas ditengah jalan.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Bisnes kena ada mentor dan tiada jalan pintas kecuali kena pilih mentor yang tepat dan duplicate sepantasnya. Jimat masa. 😀
Curahan rasa Aya Chalo @ ..Rahsia Mengatasi Masalah Anemia Sebulan Sebelum Bersalin
Kalau betul cara nya senang sahaja mau duplicate business dengan pantas.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
usaha hingga berjaya, jatuh berkali kali tak mengapa namun mengalah usah sekali!
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Gred U29
Itu baru jiwa kental tu tuan Ikhwan, bukan senang nak jadi senang.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
nak jadi hebat bisnes kena belajar bisnes dengan orang hebat
Curahan rasa iuzira @ ..duchess.closet
Untuk maju dalam bisnes kena ada mentor, dia akan tunjukkan jalan shor cut untuk Berjaya..
Nak buat bisnes nie wajib ada mentor & ilmu kan, dan jangan takut untuk jatuh.. Allah kan ade…
Curahan rasa arnie @ ..Mengapa Ibu-Ibu Suka Makan Coklat Bila Rasa Stress?
Erni: Memang betul sangat tu kalau Dr Azizan cakap kena ada Ilmu Mentor dan Sistem.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Buat bisnes secara berjemaah lebih baik.berbanding bergerak secara solo..memang betul frasa susah dan senang hadapi bersama
Memang betul bro Hanafi. Akan dapat banyak buah fikiran dan mudah untuk dibahagikan kerja.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
bisnes..naik dan turun..tapu usha mesti terus meningkat..kejayaan pasti tunggu..insyaallah
Curahan rasa Coway Malaysia @ ..Coway Water Filter Pilihan Rakyat
Memang tidak ramai yang berani gagal untuk berbisnes ni..
Walaupun perniagaan ini amat digalakkan oleh ajaran Islam
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA Kos yang Mahal
jangan mengalah bila gagal, kegagalan adalah tempoh untuk mengumpul kekuatan dan strategi baru untuk bangkit lebih gagah
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..ESP Shaklee Protein Segera Pertama Dunia Dan Ia Berkesan
Kegagalan adalah satu proses pembelajaran..
Cuma jangan jatuh ke lubang yang sama..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kekurangan Asid Folik Punca Berlakunya Kecacatan Spina Bifida
Comments are closed.