Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bisnis walaupun sunnah Nabi tetapi tidak ramai di kalangan kita yang berani gagal untuk bergelumang dalam dunia perniagaan. Ramai berniaga terlalu mengharap keuntungan atau ramai yang tak nak berniaga kerana takut rugi. Untung dan rugi adat biasa berniaga yang menjadikan kita matang dalam kehidupan.
Sifu bisnis aku kata nak berjaya jadi usahawan malah jadi jutawan sekali pun boleh saja dalam apa sahaja bisnis samada jadi kontraktor, jadi petani moden, jadi katerer, jadi trader, jadi usahawan online, jadi usahawan MLM, jadi pelabur BSKL dan sebagainya. Tapi bukan semua yang join semua bisnis itu akan berjaya kerana yang berjaya hanya mereka yang berusaha sungguh-sungguh, disiplin yang baik dan kerja dengan sistem yang betul. Bila gagal jangan salahkan orang lain kalau kita belum cukup berusaha kerana yang berusaha sungguh-sungguh pun belum tentu berjaya kalau ALLAH belum izin.
Bila menjadi usahawan restoran banyak modal perlu dikeluarkan, setiap hari perlu buka restoran, setiap hari perlu masak, perlu khidmat pelanggan, perlu promosi, perlu berusaha sungguh-sungguh untuk bejaya. Bila jadi kontraktor selain keluar modal beratus malah berjuta ringgit perlu kerja kuat setiap hari untuk memastikan projek siap ikut jadual mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kalau setakat keluar modal kemudian tak buat apa-apa semuanya hanya jadi angan-angan sahaja.
Dalam perniagaan tiada jalan singat walaupun buat bisnis online yang disangka mudah. Malangnya ramai yang nak jadi kaya dengan jalan singkat. Apabila kawan rapat tawaran peluang bisnis kita pun join, kawan kita kerja kuat kita peluk tubuh di rumah dengan harapan boleh jadi jutawan. Bila harapan tinggal harapan maka kita salahkan kawan kita menipu tanpa muhasabah diri atas kesilapan diri sendiri.
Klik sini utk belajar cara Jana income dalam USD
Berniaga sendirian memang banyak cabaran jadi lebih baik berniaga dalam jemaah susah senang bersama mengharungi berbagai dugaan. Tiada jalan mudah untuk berjaya tetapi kalau tidak dipecah ruyong manakan dapat sagunya.
197 Comments
Dalam apa jua bisnes, tiada jalan singkat untuk berjaya. Usaha adalah lif kejayaan, itulah yang boleh kita terapkan nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Teringin betul nak jadi usahawan sepenuh masa… tapi masih belum bersedia 100%..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
Ramai yg mengalah bila gagal. Hanya hati yg kental sahaja sesuai utk berbisnes. Btul tak tuan?
Curahan rasa Lokman Hakim @ ..Pembuka Bicara
Betul tu… orang bisnis, hatinya kena kental.. dan bersedia menerima kegagalan… Anggap kegagalan sebagai satu cabaran yg perlu dipandang dari sudut positif…
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
Orang yang mudah berputus asa, akan gagal selama-lamanya. Tiada jalan mudah dan singkat untuk berjaya. Perlukan usaha bersungguh-sungguh.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
jalan yang sukar itu lebih bermakna, kerana yang sukar itulah kita bertahan dan berjaya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan ASB
Menempuh jalan sukar akan mematangkan kita dan dapat menempuh rintangan tanpa rasa ada menyesal.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
bukan susah nak susah, bukan senang nak senang,
usaha sekali belum tentu berjaya, jadi kena usaha segigih mungkin.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kerjaya Pembantu Penguasa Kastam Gred W17
Betul tu bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang. Banyak perkara perlu kita rintangi sebelum kejayaan dapat kita kecapi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Terima kasih tuan, ya amat betul sekali, dan saya pun sedang melalui fasa-fasa perniagaan yang ada jatuh dan bangunnya
Curahan rasa sabree hussin @ ..5 Tawaran DISKAUN menarik sempena kempen Mega Merdeka Madness
Saudara Sabree Hussin adalah seorang bisnesman, pasti banyak banyak pengalaman yang diperolehi dan pasti ada rintangan yang ditempuhi dari dulu hingga kini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah..
Berniaga itu menguntungkan bagi mereka y bersungguh2x untuk berjaya.. Alhamdulillah.
Betul tu Amin Johar…. semoga apa yang kita jalankan bisnes ini mendapat kejayaan dan berdaya maju. Insya Allah.. segala usaha yang kita lakukan akan mencapai kejayaan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
As-Salam
Tagline bekerja dalam jemaah sangat menarik.
Apakah denaihati team ada memberi peluang untuk usahawan baru mengikuti jemaah Tuan?
Tunjuk ajarku sifu 🙂
Curahan rasa Asia Biz @ ..AirAsia Promotion From Kuala Lumpur To Langkawi September 2015
Sekarang ni kalau nak berniaga kena ada network dan database… melalui network kita akan dapat mengembangkan perniagaan kita dengan mudah… melalui Database pula memudahjan kita untuk follow up pelanggan2 kita..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
usaha disertai dengan doa dan kemauan pasti akan sukses.salam blogger
Ya betul… saya setuju sangat2… kena usaha dulu… lepas usaha kena berdoa… lepas tu tawakal kepada Allah S.W.T, semoga ada rezeki kita dalam perniagaan..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
Alhamdulillah, seperti berlian yang hanya terbentuk selepas diuji dengan kepanasan dan tekanan, begitu juga dengan ujian dalam bisnes. ^_^
Curahan rasa QinHartini @ ..Amarah Itu
Ujian adalah asam garam dalah kita berbisnes, hati mau cekal, minda perlu sentiasa positif dalam menjayakan sesuatu bisnes.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Cara Mengatasi Kulit Wajah Kering Secara Semulajadi
jaya berbisnis haruslah dengan usaha keras
tidak ada jalan singkat menuju itu
terkecuali memiliki sokongan dana tanpa batas
Curahan rasa pojokshare @ ..Bisnis Pecel Lele Yang Begitu Menggiurkan
Sokongan tanpa batas memang seronok bunyiknya, akan tetapi mana nak carik yang mereka yang baik hati gitu…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Cara Mengatasi Kulit Wajah Kering Secara Semulajadi
Usaha tangga kejayaan. Kena rajin insyallah boleh berjaya. Berniaga jadikan ianya satu peluang. Rajinkan diri insyallah.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Boleh Buat Duit
Benar tuh kata kuncinya adalah RAJIN, apa-apa yang kita buat pun memang nak kena rajin.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Cara Mengatasi Kulit Wajah Kering Secara Semulajadi
Usaha tangga kejayaan. Kena rajin insyallah boleh berjaya. Berniaga jadikan ianya satu peluang.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Boleh Buat Duit
Betul tu… nak berniaga atau menjadi usahawan, kenalah rajin… jangan hangat2 tahi ayam… nanti perniagaan, boleh gulung tikar… huhuhu..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
Tiada jalan mudah untuk berjaya. Kerja apa pun kena usaha. 🙂
betul tu. Semuanya kena berusaha untuk berjaya. tak ada jalan singkat.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Boleh Buat Duit
Perlu kerja keras dan ketekunan untuk dapat menjadi sukses seperti ini. Bravo…
Curahan rasa pesuy @ ..Customer Relationship management For Small Business
Teringat pesanan Dr Irfan Khairi… nak berniaga, kita kena mulajan daripada bawah… dari modal kecil, perniagaan kecil… kwmudian kembangkan perniagaan tersebut…. sepanjang proses mengembangkan perniagaan, banyak ilmu dan pengalaman yang dapat kita timba.
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
Setuju, teringat peribahasa ni
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian 🙂
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Tips Penjagaan Kulit Kepala Untuk Wanita Bertudung
Ha’ah memang betul tuh kata pepatah tuh, mula-mula semestinya kita perlu bersusah paya untuk menikmati manisnya berbisness di kemudian hari.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Cara Mengatasi Kulit Wajah Kering Secara Semulajadi
Comments are closed.