Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bisnis walaupun sunnah Nabi tetapi tidak ramai di kalangan kita yang berani gagal untuk bergelumang dalam dunia perniagaan. Ramai berniaga terlalu mengharap keuntungan atau ramai yang tak nak berniaga kerana takut rugi. Untung dan rugi adat biasa berniaga yang menjadikan kita matang dalam kehidupan.
Sifu bisnis aku kata nak berjaya jadi usahawan malah jadi jutawan sekali pun boleh saja dalam apa sahaja bisnis samada jadi kontraktor, jadi petani moden, jadi katerer, jadi trader, jadi usahawan online, jadi usahawan MLM, jadi pelabur BSKL dan sebagainya. Tapi bukan semua yang join semua bisnis itu akan berjaya kerana yang berjaya hanya mereka yang berusaha sungguh-sungguh, disiplin yang baik dan kerja dengan sistem yang betul. Bila gagal jangan salahkan orang lain kalau kita belum cukup berusaha kerana yang berusaha sungguh-sungguh pun belum tentu berjaya kalau ALLAH belum izin.
Bila menjadi usahawan restoran banyak modal perlu dikeluarkan, setiap hari perlu buka restoran, setiap hari perlu masak, perlu khidmat pelanggan, perlu promosi, perlu berusaha sungguh-sungguh untuk bejaya. Bila jadi kontraktor selain keluar modal beratus malah berjuta ringgit perlu kerja kuat setiap hari untuk memastikan projek siap ikut jadual mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kalau setakat keluar modal kemudian tak buat apa-apa semuanya hanya jadi angan-angan sahaja.
Dalam perniagaan tiada jalan singat walaupun buat bisnis online yang disangka mudah. Malangnya ramai yang nak jadi kaya dengan jalan singkat. Apabila kawan rapat tawaran peluang bisnis kita pun join, kawan kita kerja kuat kita peluk tubuh di rumah dengan harapan boleh jadi jutawan. Bila harapan tinggal harapan maka kita salahkan kawan kita menipu tanpa muhasabah diri atas kesilapan diri sendiri.
Klik sini utk belajar cara Jana income dalam USD
Berniaga sendirian memang banyak cabaran jadi lebih baik berniaga dalam jemaah susah senang bersama mengharungi berbagai dugaan. Tiada jalan mudah untuk berjaya tetapi kalau tidak dipecah ruyong manakan dapat sagunya.
197 Comments
Memang benar Pak, jalan menuju kesuksesan itu tidak ada yang instan. 🙂
Harus ada bumbu2 perjuangan di situ. 😀
Semua orang mahu kejayaan yang singkat tetapi bisnes yg dapat untung cepat memang mudah cepat lingkup.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Ramai yg pandang nk buat bisnes supaya boleh rilek2 dan ada masa yg flexible. Tapi sebenarnya bila kita nk berbisnes ni kita punya all out kalah orang kerja makan gaji.
So at the first place kena betulkan mindset dulu supaya tak terkejut bila kita tersungkur nanti.
Curahan rasa Oh Kerjaya @ ..Review Rahsia Bijak Temuduga
nak berniaga kena ada disiplin tinggi..kalau harian dah takde disiplin, agak sukar nak teruskan perniagaan
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Bagaimana Nak Tingkatkan Kesuburan Suami
Displin yang tinggi membuat kerja kita dihargai dan kepuasan yang maksimun, walaupun untungnya sikit daripada terus rugi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Artikel ini sangat menginspirasi, saya sangat termotivasi dengan artikel anda ini. Terima Kasih
Curahan rasa Sixlust @ ..Smartphone Android C1 Buatan Nokia
Nasihat yang amat berguna untuk semua. Tiada jalan singkat untuk berjaya. Usaha bersungguh-sunguh pasti sda kejayaannya,
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Bagus sekali
BPR Depok, Kredit Modal Kerja, Pinjaman Dana Tunai, Pinjaman Modal Usaha, Dana Express, Deposito Bunga Tinggi, Tabungan Bank BPR
Curahan rasa BPR Depok @ ..Pinjaman Dana Tunai Jaminan Sertifikat Rumah di Depok
kena terus berusaha, kalau jatuh bangun kembali, muhasabah dan teruskan langkah dengan bersemangat
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Kepentingan Protein Untuk Ibu Menyusu
Cabaran memulakan bisnes memang besar. Bisnes online pun tak terkecuali, perlukan semangat dan juga ilmu, selain modal wang/masa/tenaga. Pokoknya, tiada yang mudah untuk berjaya. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..Peluang untuk Orang Johor Mulakan Bisnes Shaklee
Nak berjaya memang kena banyak berkorban..
Berkoraban tenaga dan masa untuk mendapatkan pulangan yang bagus.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Kesihatan Minum Air Putih dengan Perut Kosong
boleh dikatakan ramai pihak yang terjejas dengan kejatuhan ekonomi, pengguna dan peniaga tak terelak.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Gred U29
Mengikut ekonomi semasa memang kita melalui ekonomi yang sukar lebih lagi kita terpaksa bayar GST walau pun hanya sejeping burger.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Saya pun kini sedang berusaha untuk mencari income sampingan. Tidak kira apa saja asalkan boleh membuat duit untuk saya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
ramai yang kerja senang.. goyang kaki..duit masuk..mana mgkin blh jd kaya raya cam gitu..
Curahan rasa kaki pelangi @ ..PERKARA LAIN YANG TURUT ANDA PILIH APABILA ANDA MEMILIH UNTUK MEROKOK
Yang pilih hendak goyang kaki duit masuk banyak memang ramai..
Tak ramai yang ingin berusaha keras dan rajin mendapatkan impian..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Faedah Protein kepada Tubuh Badan yang Sangat Penting
berusaha dan berdoa untuk terus berada dijalan usaha yang halal.
Curahan rasa Abdul Rois @ ..Do’a Ibu dan Keluarga Mengiringi Toto Sucartono
semoga usaha kita untuk memajukan ekonomi diredhai dan diberkati Allah, bukan mudah nak berjaya pasti ada banyak halangan dan cubaan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Download Nota Peperiksaan Separa Perubatan
Mula-mula nak berjaya memang banyak cabaran yang perlu diredah dan diharung.
Ini mematangkan jiwa dan emosi kita juga
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom Carpal Tunnel Menyerang Pengguna Komputer?
apa jua bisnes sekalipun kena usaha dengan bersungguh sungguh… kalo malas dah tentunya kejayaan itu lari jauh jauh… kalo duk fikir jalan singkat aje nak bisnes tak ke mana mana… biar susah dahulu senang senang kemudian hari dari rugi tiada hala tuju dalam bisnes… kena ada target yang realistik…
Curahan rasa abdfatah @ ..Jika Anda Mahu Bayar Hutang Ptptn Anda Mesti Tahu Cara Percuma Tersebut. Hahh? Percuma?
sememangnya bisnes memang perlu usaha, gagal pun satu usaha untuk mencapai kejayaan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Gred U29
Orang yang malas pasti menemui kegagalan, hanya yang sanggup menempuhi rintangan saja yang berjaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Ramai juga kawan kawan Mek ila yang tertipu dengan bisness yang tidak betul. Kesiannya mereka.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Spageti Bolognese Meat Ball Arif ~
adakalanya bisnes itu betul, tapi dikendalikan oleh orang yang tidak betul, habis semuanya disalahkan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Download Nota Peperiksaan Separa Perubatan
Saya setuju dengan artikel ni. Tapi sayangnya, bangsa Melayu kita ramai yang ambil jalan singkat untuk menjadi kaya. Akhirnya, lingkup. Duit berpuluh ribu lesap dek kerana skim itu ini.
Mintak jauh..
Semalam ada kawan yang bagitau beliau rugi 20k kerana terlibat dalam perniagaan yang tidak jujur. Kesian juga…
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Langkah Awal Tangani Hidung Berdarah Ketika Hamil Agar Ibu Tidak Panik
kalau ada skim pulangan tetap atau bonus tetap setiap bulan pasti ramai orang yang berebut rebut nak masuk, siap buat pinjaman wang dari bank lagi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Gred U29
sebahagian besar bani melayu suka goyang kaki dapat duit, duduk diam dapat duit tapi tak ramai yang nak usaha kembangkan duit tu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Download Nota Peperiksaan Separa Perubatan
Bermula dari bawah, mohon pertolongan dari Allah, persiapkan diri dengan ilmu dan mempunyai matlamat yang jelas. InsyaAllah semuanya akan bergerak lancar.
Curahan rasa ummi mra @ ..9 Tip Untuk Anak Yang Kurus & Enggan Makan
mulakan dengan apa yang ada ditangan, elakkan dari membuat sebarang pinjaman kewangan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Gred U29
“berusaha sungguh-sungguh, disiplin yang baik dan kerja dengan sistem yang betul”
Insya Allah .. kejayaan akan dapat dicapai….
Curahan rasa syamila @ ..BeastPump Lacte Super Pack
Pilih syarikat yang betul dan dipercayai juga sesuatu yang penting agar kita tidak tertipu.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Spageti Bolognese Meat Ball Arif ~
Saya jumpa page ini, bila baca ada banyak manufaatnya. Tahniah semua Sifu di atas. Mohon tunjuk ajar. TQ
Curahan rasa happysus @ ..Cara Memantau website down
ya, terima kasih kepada tim denai hati, banyak ilmu bisnes yang ada dalam blog ni, jadi panduan untuk kita bersama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Download Nota Peperiksaan Separa Perubatan
Comments are closed.