Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bisnis walaupun sunnah Nabi tetapi tidak ramai di kalangan kita yang berani gagal untuk bergelumang dalam dunia perniagaan. Ramai berniaga terlalu mengharap keuntungan atau ramai yang tak nak berniaga kerana takut rugi. Untung dan rugi adat biasa berniaga yang menjadikan kita matang dalam kehidupan.
Sifu bisnis aku kata nak berjaya jadi usahawan malah jadi jutawan sekali pun boleh saja dalam apa sahaja bisnis samada jadi kontraktor, jadi petani moden, jadi katerer, jadi trader, jadi usahawan online, jadi usahawan MLM, jadi pelabur BSKL dan sebagainya. Tapi bukan semua yang join semua bisnis itu akan berjaya kerana yang berjaya hanya mereka yang berusaha sungguh-sungguh, disiplin yang baik dan kerja dengan sistem yang betul. Bila gagal jangan salahkan orang lain kalau kita belum cukup berusaha kerana yang berusaha sungguh-sungguh pun belum tentu berjaya kalau ALLAH belum izin.
Bila menjadi usahawan restoran banyak modal perlu dikeluarkan, setiap hari perlu buka restoran, setiap hari perlu masak, perlu khidmat pelanggan, perlu promosi, perlu berusaha sungguh-sungguh untuk bejaya. Bila jadi kontraktor selain keluar modal beratus malah berjuta ringgit perlu kerja kuat setiap hari untuk memastikan projek siap ikut jadual mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kalau setakat keluar modal kemudian tak buat apa-apa semuanya hanya jadi angan-angan sahaja.
Dalam perniagaan tiada jalan singat walaupun buat bisnis online yang disangka mudah. Malangnya ramai yang nak jadi kaya dengan jalan singkat. Apabila kawan rapat tawaran peluang bisnis kita pun join, kawan kita kerja kuat kita peluk tubuh di rumah dengan harapan boleh jadi jutawan. Bila harapan tinggal harapan maka kita salahkan kawan kita menipu tanpa muhasabah diri atas kesilapan diri sendiri.
Klik sini utk belajar cara Jana income dalam USD
Berniaga sendirian memang banyak cabaran jadi lebih baik berniaga dalam jemaah susah senang bersama mengharungi berbagai dugaan. Tiada jalan mudah untuk berjaya tetapi kalau tidak dipecah ruyong manakan dapat sagunya.
197 Comments
Orang kalah selalu cari alasan, orang Berjaya selalu cari peluang..
Curahan rasa Sani @ ..35 Tips Pelajar Cemerlang Dato’ Dr Fadzillah Kamsah
macam biasa dengar jer Ayat ni.. Rasanya Dr Fadzillah Kamsah punya ayat ni… hehehe
Curahan rasa Anuar @ ..Affiliate Junction Penipu?
nak buat apa pun, kena usaha.
memang tak ada jalan singkat.
Curahan rasa ohcikgu @ ..Tips untuk PILIH Jam Tangan Lelaki
Sebab itu kita gunakan motto usaha tangga kejayaan, tak boleh nak guna eskalator hihi ~
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..5 Makanan Penambah Kesuburan Isteri Agar Peluang Hamil Lebih Cerah ~
Ilmu, kunci setiap apa yang kita nak lalukan. tanpa ilmu, kita sesat.
Saya ada tips parenting nak share dengan sahabat semua bagi yang ada naka mahupun bakal ada anak 7 Tip Marah Anak Dengan Kasih Sayang
Curahan rasa FARAH WAHIDA ABDULLAH SUHAIMI @ ..7 Tip Marah Anak Dengan Kasih Sayang
dengan ilmu, kerugian dalam bisnes dapat dikurangkan, perlu cari mentor yang boleh membantu untuk berjaya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Nota Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
Cabaran untuk menjadi seorang peniaga.. nak berjaya dalam dunia perniagaan, kena rajin berusaha…
Curahan rasa anuar @ ..Affiliate Junction Penipu?
Betul tu, tiada rezeki yang datang bergolek mengejar kita.. Kitalah yang kena berusaha mendapatkannya.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..5 Makanan Penambah Kesuburan Isteri Agar Peluang Hamil Lebih Cerah ~
Setuju dengan tuan kerana saya pernah berbisnis. Dalam berbisnis kena ada ilmu , strategi . Kadang laku kadang tidak itu biasa dalam berbisnis. Tapi bisnis itu 9/10 punca rezeki.
Curahan rasa Aiman Aziz @ ..Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015
Setuju sangat-sangat… nak berniaga kena ada ilmu…. lepas tu kena berani berhadapan dengan risiko kegagalan. …
Curahan rasa anuar @ ..Affiliate Junction Penipu?
Jiwa perlu kental kalau nak jadi orang bisness sebab sebelum berjaya mungkin 2-3 kali jatuh dan perlu bangun bukan bila jatuh terus duduk merenung nasib.
Dare to fail… kegagalan dalam perniagaan merupakan satu proses pembelajaran….
Curahan rasa anuar @ ..Affiliate Junction Penipu?
Apa juga perniagaan yang kita lakukan, kita kena tekun, jatuh & bangun adalah asam garam dalam berniaga.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Sabar dan Redha Dalam Menghadapi Ujian
Kalau tiada asam- garam, rasa pun tidak berapa nak enak. Bila sudah Berjaya nanti, kita akan teringat balik kenangan manis masa susah payah dahulu..
Curahan rasa Sani @ ..35 Tips Pelajar Cemerlang Dato’ Dr Fadzillah Kamsah
ya, betul tu.. nak berjaya dalam bisnes bukan mudah. Insyaallah jika terus berusaha, berdoa dan tawakal kita pun boleh berjaya macam orang lain.
Curahan rasa nafsu suami @ ..Tips Pikat Nafsu Suami Seperti Malam Pertama
Bila ingat berniaga… Satu istilah yang selalu saya ingat ialah D.U.I.T
D-Doa
U-Usaha
I-Ikhtiar
T-Tawakal
Semoga dapat kita sama-sama amalkannya… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Affiliate Junction Penipu?
kita berpijak dibumi nyata, memang takde jalan singkat untuk berjaya, hiduplah selagi hidup jangan mati ketika hidup…
Curahan rasa huda @ ..Lecithin Shaklee Murah, Berkesan Dan Selamat
Kalau mati ketika hidup , maka hidupnya macam zombie , jasad sahaja ada tapi rohnya tiada..
Curahan rasa Sani @ ..35 Tips Pelajar Cemerlang Dato’ Dr Fadzillah Kamsah
Nak berjaya ni bukanlah mudah. Saya yakin orang yang berjaya sekarang sudah tentunya pernah melalui fasa susah, perit, menangis dan sebagainya. Silapnya kebanyakan orang hanya mudah menyalahkan orang lain apabila diri sendiri tidak berjaya.
Curahan rasa Nor Hafizah @ ..Surirumah Sepenuh Masa VS Surirumah Bekerjaya
Betul tu.. Saya setuju sangat-sangat…
Dare To Fail… Kena berani gagal, kalau nak berjaya… Boleh jadikan kisah kejayaan Thomas Edilson mencipta mentol sebagai motivasi kepada kita semua…
Curahan rasa Anuar @ ..Affiliate Junction Penipu?
setuju.. untuk berjaya perfu fokus dan memerlukan usaha yang berterusan..
Curahan rasa aromaperfume2u @ ..Minyak wangi murah Promosi Merdeka 2015
Kena fokus dan usaha sampai jadi kalau tidak hancurlah segala yang kita impikan.
Curahan rasa Sani @ ..35 Tips Pelajar Cemerlang Dato’ Dr Fadzillah Kamsah
ramai melihat orang yg berjaya / jutawan dalam perniagaan ketika kemuncaknya sahaja , dan mengimpikan menjadi seperti mereka .. tapi lupa melihat zaman penat lelah jerit perih orang berjaya itu
Curahan rasa muhammad nizam @ ..PRODUK TERLANJUR LARIS PILIHAN SELEBRITI TERKENAL
Setuju sangat. Asasnya yang menentukan seseorang itu berjaya atau tidak dipengaruhi 2 faktor
(1) Berdisiplin & menepati masa
(2) Terus menerus menimba ilmu. Jangan berhenti
Entry terbaru saya Kelas Blogger
man jadda wa jadda….mulakan langkah pertama…yang penting mesti ada ilmu dan berani.
tahniah!
Setuju!Selagi tak keluar dari zon selesa, selagi tu kita tak tahu kemampuan sebenar. Berniaga lubuk kekayaan sebenar.
Comments are closed.