Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dua minggu sudah berlalu, Kamera Sony Alpha 5000 dilancarkan di Malaysia telah mendapat liputan meluas di kalangan media dan blogger. Aku dan rakan team Denaihati juga tidak ketinggalan diberi peluang untuk mencuba menggunakan kamera ini dan memang menyeronokkan.
Pertama kali menyentuh kamera lensa boleh ubah daripada Sony ini, aku sudah tertarik dengan bentuknya yang kompak, selain beratnya yang ringan iaitu hanya seringan 210gram. Mencuba kamera Sony ini membolehkan aku mengambil gambar-gambar yang menarik untuk memori kenangan dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.
Sebagai seorang blogger yang memang gemar juga untuk mengambil gambar, sudut penilaian aku lebih menjurus kepada kemudahan untuk mengambil gambar, apa fungsi-fungsi build in yang membolehkan aku mengambil gambar dalam pelbagai situasi dan perkara-perkara lain yang akan aku kongsikan dalam ulasan kali ini.
Kamera Sony Alpha 5000 ini merupakan kamera lensa boleh ubah yang paling ringan di dunia, dengan fungsi lensa yang setaraf kamera DSLR yang lain, Kamera Alpha 5000 ini memberi peluang untuk pengguna biasa juga mengambil gambar yang menarik dalam keadaan yang sukar seperti dalam ruangan yang mempunyai tahap pencahayaan yang rendah.
Sudah beberapa kamera yang aku cuba sebelum ini, kebanyakannya mempunyai kualiti gambar yang cantik, tetapi gagal apabila berada di kawasan yang kurang pencahayaan. Biasanya aku perlu memastikan sudut gambar dan komposisi yang sesuai untuk mendapatkan gambar yang diinginkan.
Berbeza dengan Sony Alpha 5000, gambar dalam keadaan kurang pencahayaan amat mudah untuk diambil, dan gambar yang terhasil juga tidak mengecewakan. Ini adalah perkara pertama yang menarik perhatian aku semasa mencuba buat pertama kalinya kamera Sony Alpha 5000 ini.
Ramai yang mengatakan, kamera hanyalah alat perhubungan untuk gambar yang cantik, tetapi apa yang penting adalah siapa dan bagaimana gambar itu diambil
Aku tidak ingin menidakkan pernyataan di atas, tetapi untuk pengguna biasa, aku rasa kamera juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan gambar yang berkualiti tinggi. Terutama apabila ingin mendapatkan gambar-gambar yang sukar.
Faktor kamera alpha 5000 ini yang ringan juga memang sangat positif, aku boleh menggantung kamera ini di bahu tanpa rasa beban, dan semasa mencuba mengambil gambar di sekitar Kuala Lumpur dengan berjalan kaki. Kamera ini memang tidak mendatangkan sebarang beban tambahan sepanjang proses tersebut.
Dalam erti kata lain, kamera Sony Alpha 5000 ini sangat sesuai untuk di bawa semasa pergi bercuti atau bersiar-siar bersama keluarga mahupun sahabat handai. Pelbagai mod sedia ada seperti intelligent mode, memberikan aku kemudahan untuk mengambil gambar dalam pelbagai situasi tanpa perlu risau mengenai setting yang terbaik dan sebagainya.
Apa yang aku perlu buat, hanya mencari komposisi yang sesuai seperti yang diinginkan, kemudian gambar boleh diambil dengan sempurna. Kamera lensa boleh ubah daripada Sony ini memang mudah untuk digunakan.
Pada awalnya, memang agak kekok dengan susun atur baru butang dan sistem navigasi kawalan kamera ini. Namun selepas 10 minit mencuba kamera ini, semuanya seperti sudah menjadi kebiasaanya, tiada lagi rasa kekok, bahkan sistem kawalan kamera ini memang amat mudah untuk digunakan selepas mencubanya.
Lensa yang didatangkan bersama-sama dengan kamera Sony Alpha 5000 ini juga mempunyai julat fokus yang besar dan jauh. Ia membolehkan aku untuk mengambil gambar pada jarak jauh tanpa menjejaskan kualiti gambar tersebut. Ternyata kualiti 20.1MegaPixel yang tersedia pada kamera ini membuatkan proses mengambil gambar lebih menyeronokkan.
Dengan harga hanya RM1999.00 untuk kamera lensa tunggal (Body + 16-50mm Kit Lens) dan RM2799 untuk pakej lensa berkembar (Body + 16-50mm Kit Lens + 55-210mm Telephoto Zoom Lens), kamera Sony Alpha 5000 memang sesuai untuk rakan blogger yang selalu pergi kemajlis pelancaran produk atau aktiviti keluarga untuk menulisan entri. Seperti yang semua blogger sedia maklum gambar yang cantik dan unik merupakan salah satu daya tarikan sesebuah blog untuk meningkatkan trafik blog seperti entri “Okinawa tempat percutian menarik” telah mendapat trafik dan komen yang banyak.
Mari sama-sama kita melihat gambar-gambar yang sempat di ambil menggunakan kamera Sony Alpha 5000 ini di bawah:
[customgallery]
187 Comments
wahh, bestnyaa. gambar memang sangat cantik. superb., yang best tu sebab ringan,. jenis yang suka 24 jam ambil gamabr mesti tak rugi untuk memiliki kamera ni, insyaallah, satu hari nanti saya pun nak :p
Curahan rasa KANVASDAKWAT @ ..business card MURAH !!!!
sesuai untuk blogger, ambik gambar makanan post ke fb, blog, insta, ambik gambar selfie buat yang suka menyelfie diri
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Lensanya boleh diubah cukup menarik minat pengguna. Kita boleh Zoom lebih dekat walaupun pada jarak yang jauh. 20.1 megapixel cukup untuk mengambilnya dengan mudah tanpa menjejaskan kualiti gambar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
saya suka kamera yang boleh zoom dengan baik dan berkualiti. memang ada jenis kamera yang boleh zoom, part kualiti gambar agak kurang
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
tengok hasil gambar kamera sony alpha ni memang bagus dan terbaik. gambar time malam pun puas hati. clear!
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
saya juga memiliki kamera digital sony. tapi takde berlensa macam ni. teringin nak memiliki sony alpha
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
selalu kalau dapat sertai lucky draw yang bagi hadiah kamera berlensa macam ni excited giler nak join. konon2 dapat la sejibik kamera lensa. kuat berangan sunggoh!
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
tengok review pun memang terbaik kan… saya pun suka kalau boleh zoom dan kualiti gambar cantik..
Curahan rasa zaza zehra @ ..Design Dan Tempahan Kad Bisnes Murah
Ke mana saja dibawa tiada masalah, bentuknya yang kecil senang nak bawa iaitu boleh sangkut di leher tanpa memberatkan tengkuk pengguna
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
nak bawa berlari pun senang. ringan je. shor sana shot sini dengan mudah tanpa alami masalah berat. memang sangat2 sesuai untuk blogger
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Dengan beratnya 210 gram, ia merupakan kamera paling ringan dalam kelasnya. Sesuatu yang selalu diambil berat oleh pengguna. I
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
benar saya masa beli handphone hari tu, tengok berapa berat dia. kalau berat sangat tak syok la nak bawa. nak main game pun tak seronok. berat
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Walaupun harganya agak mahal, tapi kusliti gambar yang amat baik dan jelas serta terang membuat ramai blogger tertawan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
kalau kualiti gambar terbukti cantik, part harga jadi nombor 2. itu kalau bagi saya la. coz dah namanya kamera, mesti kita nak gambar yang terbaik dan berkualiti
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
berbaloi dengan harganya kan… tapi zaza dapat tengok je la…. hahaha
Curahan rasa zaza zehra @ ..Design Dan Tempahan Kad Bisnes Murah
Kamera alpha 5000 keluaran Sony amat menarik jika dilihat pada luarannya, ringannya memikat hati.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
design simple dan ringan dibawa itu antara ciri2 yang saya suka sony alpha ni. kualiti gambar watu malam juga jelas dan terang
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Memang tercari cari satu kamera yg ringan untuk dijadikan sebagai wishlist dan Sony Alpha 5000 sngt sesuai sbb ringan dan gambar yg dihasilkan sangat terbaik. Sesuai buat mereka yg gemar untuk ambil gambar.
Curahan rasa Syazwanie Afandi @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sudah pastinya ringan menjadi pilihan ramai, namanya juga sangat menarik iaitu Kamera Sony Alpha 5000. Sesuai sangat untuk mana-mana blogger milikinya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
saya juga mengimpikam kamera lensa sebgini sebagai whislist tapi belum berkemampuan nak beli, seronoknya kalau dapat genggam sony alpha
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Pergghh… semua gambar-gambar yang diambil menggunakan sony 5000 ni memang cantik dan superb . Bagi pengguna yanag tak pandai sangat dalam bidang photograpy macam ni ni rasanya memang sesuai sangat guna kamera kompak macam ni.
Betul setuju sangat gambar yg dihasilkan sangat cantik dan mudah digunakan. Kecil pun kecil dan yg paling menarik ianya ringan.
Curahan rasa Syazwanie Afandi @ ..Cuti Cuti Bajet: Pakej Percutian Murah ke Korea Selatan 2015
saya juga masih basic dalam dunia kamera. seronoknya kalau dapat ambik gambar guna kamera sony alpha ni.
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Menarik hasil gambar kamera ini. Sesuai bg mereka yang minat fotografi. Kalau saya…saya lebih sukakan kamera yang simple dan tidak terlalu banyak setting serta laju processing nya.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
saya suka kualiti gambar yang diambil waktu malam. sangat jelas dan memuaskan hati. mungkin 1 hari nanti saya akan beli sony alpha ni
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
saya suka pada kualiti gambar…tapi nak beli kamera yang canggih2 n cantik macam ni… slurpppp….heheheh
Curahan rasa zaza zehra @ ..Design Dan Tempahan Kad Bisnes Murah
Boleh tahan juga gambarnya tambah pula lens boleh ubah, memang mengancam habis! Tapi ini belum habis diuji lagi kan? Kena uji semaksima mungkin barulah pengguna dapat tahu tahap keupayaan kamera ni
Curahan rasa MK Hakimi @ ..Jom Outing 3 | Taman Botani Putrajaya
saya juga teruja tengok hasil gambarnya, kena buat ujikaji sepenuhnya. mungkin lepas tu menambahkan keyakinan pengguna untuk beli
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Gambar-gambar yang dihasilkan kamera sony alpha 5000 semuanya cantik-cantik belaka. Memang sangat sesuai bagi mereka yang suka tangkap gambar untuk mendapatkan gambar yang berkualiti.
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Liebster Award #2
Haaa murni. Kalau ada duit lebih ni bolehlah cuba dapatkan satu. Nik pun tengah survey kamera juga ni sambil-sambil kumpul duit. Hehehe.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review Blog Mereka.
ringan, lighting bagus, clear dan sharp itu ciri2 yang saya nak melalui kamera. sony alpha bikin hatiku berdegup kencang nak milikinya
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Cantik betul gambar yang diambil melalui kamera Sony Alpha 5000 ini. Sangat sesuai untuk blogger yang gemar tangkap gambar untuk dimuat naik dalam media sosial. ^_^
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Don’t Compare
betul tu sally. terutama diri saya yang gemar bergambar ni. puas hati tengok hasilnya. dengan senang hati share di laman sosial
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Cantik jugak kamera sony alpha 5000 ni bila kita tangkap gambar. Memang sesuai sangat dengan blogger yang suka menggembara macam tuan denaihati.com. gambar yang cantik boleh menarik perhatian para pembaca.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
saya juga dah jatuh cinta dengan kamera sony alpha ni. bagus betul kualiti gambar dipamerkan
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Memang sesuai untuk blogger aktif. Mudah di bawak kemana mana. Gambar pun cantik, bertambah cantiklah dalam entry boleh menarik pembaca untuk membaca artikel 🙂
Curahan rasa Azhafizah @ ..Wordless Wednesday #120 | Tentang anda
dengan gambar yang cantik menarik hati pembaca blog kita. mereka pun rasanya nak share gambar yang kita kongsikan
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Sejak lahir lagi, ayah dah dedahkan dengan camera Sony.. Sampailah sekarang, pengguna tetap Sony! Nanti nak cuba tengok camera ni pula. Tapi kalau nak video rakam percakapan sendiri, camera jenis boleh tilt screen senang.. B-)
Curahan rasa Rara Zack @ ..Travelling
Wah, beruntungnya awak. Wawa dulu kurang pendedahan sikit dengan alat canggih ni. Hihi. Tapi bila besar, wawa sangat minat ambil gambar.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
saya suka sony sebab pamerkan kualiti gambar terbaik dan sangat memuaskan hati. memang sangat disarankan buat blogger
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
kalau nak travel ke mana2 pun senang. sebba kamera sony alpha ni ringan je. letak kat beg, gantung kat leher. mudah mudah
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
ambik gambar time travel masa kenderaan di bawa laju pun boleh dapatkan kualiti gambar jelas dan sharp
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
malah nak gambar bangunan masa waktu malam pun dah tak perlu risau. jelas dan terang
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
inilah ciri2 penarik yang ada dalam kamera sony alpha 5000. memang sangat menggoda diri saya sebagai blogger nak memilikinya
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
pastinya saya akan beli kamera berlensa suatu hari nanti. lepas etngok ciri2 kamera alpha sony ni, pergh sesuai sangat dengan apa yang saya idamkan
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Comments are closed.