Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dua minggu sudah berlalu, Kamera Sony Alpha 5000 dilancarkan di Malaysia telah mendapat liputan meluas di kalangan media dan blogger. Aku dan rakan team Denaihati juga tidak ketinggalan diberi peluang untuk mencuba menggunakan kamera ini dan memang menyeronokkan.
Pertama kali menyentuh kamera lensa boleh ubah daripada Sony ini, aku sudah tertarik dengan bentuknya yang kompak, selain beratnya yang ringan iaitu hanya seringan 210gram. Mencuba kamera Sony ini membolehkan aku mengambil gambar-gambar yang menarik untuk memori kenangan dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.
Sebagai seorang blogger yang memang gemar juga untuk mengambil gambar, sudut penilaian aku lebih menjurus kepada kemudahan untuk mengambil gambar, apa fungsi-fungsi build in yang membolehkan aku mengambil gambar dalam pelbagai situasi dan perkara-perkara lain yang akan aku kongsikan dalam ulasan kali ini.
Kamera Sony Alpha 5000 ini merupakan kamera lensa boleh ubah yang paling ringan di dunia, dengan fungsi lensa yang setaraf kamera DSLR yang lain, Kamera Alpha 5000 ini memberi peluang untuk pengguna biasa juga mengambil gambar yang menarik dalam keadaan yang sukar seperti dalam ruangan yang mempunyai tahap pencahayaan yang rendah.
Sudah beberapa kamera yang aku cuba sebelum ini, kebanyakannya mempunyai kualiti gambar yang cantik, tetapi gagal apabila berada di kawasan yang kurang pencahayaan. Biasanya aku perlu memastikan sudut gambar dan komposisi yang sesuai untuk mendapatkan gambar yang diinginkan.
Berbeza dengan Sony Alpha 5000, gambar dalam keadaan kurang pencahayaan amat mudah untuk diambil, dan gambar yang terhasil juga tidak mengecewakan. Ini adalah perkara pertama yang menarik perhatian aku semasa mencuba buat pertama kalinya kamera Sony Alpha 5000 ini.
Ramai yang mengatakan, kamera hanyalah alat perhubungan untuk gambar yang cantik, tetapi apa yang penting adalah siapa dan bagaimana gambar itu diambil
Aku tidak ingin menidakkan pernyataan di atas, tetapi untuk pengguna biasa, aku rasa kamera juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan gambar yang berkualiti tinggi. Terutama apabila ingin mendapatkan gambar-gambar yang sukar.
Faktor kamera alpha 5000 ini yang ringan juga memang sangat positif, aku boleh menggantung kamera ini di bahu tanpa rasa beban, dan semasa mencuba mengambil gambar di sekitar Kuala Lumpur dengan berjalan kaki. Kamera ini memang tidak mendatangkan sebarang beban tambahan sepanjang proses tersebut.
Dalam erti kata lain, kamera Sony Alpha 5000 ini sangat sesuai untuk di bawa semasa pergi bercuti atau bersiar-siar bersama keluarga mahupun sahabat handai. Pelbagai mod sedia ada seperti intelligent mode, memberikan aku kemudahan untuk mengambil gambar dalam pelbagai situasi tanpa perlu risau mengenai setting yang terbaik dan sebagainya.
Apa yang aku perlu buat, hanya mencari komposisi yang sesuai seperti yang diinginkan, kemudian gambar boleh diambil dengan sempurna. Kamera lensa boleh ubah daripada Sony ini memang mudah untuk digunakan.
Pada awalnya, memang agak kekok dengan susun atur baru butang dan sistem navigasi kawalan kamera ini. Namun selepas 10 minit mencuba kamera ini, semuanya seperti sudah menjadi kebiasaanya, tiada lagi rasa kekok, bahkan sistem kawalan kamera ini memang amat mudah untuk digunakan selepas mencubanya.
Lensa yang didatangkan bersama-sama dengan kamera Sony Alpha 5000 ini juga mempunyai julat fokus yang besar dan jauh. Ia membolehkan aku untuk mengambil gambar pada jarak jauh tanpa menjejaskan kualiti gambar tersebut. Ternyata kualiti 20.1MegaPixel yang tersedia pada kamera ini membuatkan proses mengambil gambar lebih menyeronokkan.
Dengan harga hanya RM1999.00 untuk kamera lensa tunggal (Body + 16-50mm Kit Lens) dan RM2799 untuk pakej lensa berkembar (Body + 16-50mm Kit Lens + 55-210mm Telephoto Zoom Lens), kamera Sony Alpha 5000 memang sesuai untuk rakan blogger yang selalu pergi kemajlis pelancaran produk atau aktiviti keluarga untuk menulisan entri. Seperti yang semua blogger sedia maklum gambar yang cantik dan unik merupakan salah satu daya tarikan sesebuah blog untuk meningkatkan trafik blog seperti entri “Okinawa tempat percutian menarik” telah mendapat trafik dan komen yang banyak.
Mari sama-sama kita melihat gambar-gambar yang sempat di ambil menggunakan kamera Sony Alpha 5000 ini di bawah:
[customgallery]
187 Comments
wow ! Walaupun saya ni pengguna smartphone jenama sony, tapi kalau dapat satu camera alpha 5000 ni pun sesuai jugak nak digunakan sebagai student multimedia. Saiz pun kecil, senang nak bawak pergi mana-mana.. Kena masuk dalam wishlist dahh ni nampaknya ^^
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..Task 2: Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan
suka size yang kecil kecil..mudah bawa..hajat nak beli juga tapi bukan yang inilah.. 😀
Curahan rasa zaza zehra @ ..Design Dan Tempahan Kad Bisnes Murah
bagi suka mengambil gambar dan masuk dalam blog bolehlah dapatkannya segera. barang baik kualiti pun bagus
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 23/2014_ Sunsilk Silhouette
menu lauk ikan keli nampak sedap.mod ambii ini dalam jarak yang dekat agaknya.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Pengalaman Mendaftarkan Anak Untuk Sesi Tahun Satu
banyak juga sudut dan pandangan yang denaihati cuba ambil dalam pelbagai jarak sungguh tidak mengecewakan hati
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 21/2014_ Sime Darby LPGA 2014
Denaihati pun berkebolehan menjadi photographer nampaknya kan ? Mencari sudut yang sesuai untuk menghasilkan gambar yang berkualiti pun memerlukan kebolehan individu itu sendiri
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..Task 2: Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan
nampaknya banyak blogger yang tidak melepaskan pelung sedia ada ini. boleh cuba dab balek ada rezeki mesti rembat satu
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 23/2014_ Sunsilk Silhouette
gambar yang ambil dalam suasana gelap kelihatan tajam dan cantik. Mahu harapkan tab samsung semua ke laut
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 21/2014_ Sime Darby LPGA 2014
agaknya berapakah harga untuk sebuah kamera sony alpha 5000 ini ya. tiada pula harga di letakkan dalam entri ini
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kesedihan Berlagu Jernih Di Air Matamu Abu Hurairah
sungguh cantik nampak ada perbezaan dekat situlah. hurm..badget makin bertambahlah macam ini
Curahan rasa cahayacinta @ ..Pengalaman Mendaftarkan Anak Untuk Sesi Tahun Satu
blogger dan kamera dua perkara yang tidak boleh di lupakan. tambah pula ada suka berselfi katanya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Badan Macam Kerengga Cara Cepat Bakar Lemak Dengan Pantas Teknik Pengalaman Hafiz Wasa
sudah kata paling ringan di dunia wah hebatlah pasti boleh di bawa ke mana juga. benda harus dapatkan manalah tahu mungkin lepas target mesin jahit tepi akan datang terget kamera sony alpha 5000
Curahan rasa cahayacinta @ ..Pengalaman Mendaftarkan Anak Untuk Sesi Tahun Satu
dahlah ringan dia 210 gram je…kualiti gambar pun terbaik..dalam keadaan pencahayaan yang rendah pun kualiti gambar jadi baik..sangat-sangatlah terbaik
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
selalu dalam keadaan gelap atau samar banyak kemera atau tab, hp gagal melalui saat persekitaran begini
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Menggunakan Pemerah Pipi Mengikut Bentuk Wajah_ RMK Malaysia
saiz ringan, design lawa, kualiti gambar terhasil pun memang setaraf dengan DSLR. Kalau nak beli DSLR tapi disebabkan saiz yang besar, nampaknya sony alpha 5000 ni boleh menjadi pengganti. Tetiba dah jatuh hati dengan camera ni. Adoiii hai
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..Task 2: Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan
teman baru saja beli kamera sony, RX100 tak sialp teman.. memang terbaik kualiti gambarnya, video pun best.. sharp.. sukaa sangat2.. jenama Sony memang diyakini..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..LINDA RAFAR — MENUNGGUMU DI PINTU SYURGA
Wow, tengok gambar-gambar yang diambil pun memang nampak berkualiti…harga pun berpatutan..SONY always the best!… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
jyeahhh ! sony is the best. Memang tak menghampakan peminat tegar dia kan ? Dari tv sampailah ke smartphone dan sekrang camera, jenama sony tetap menjadi pilihan no.1 satu .
Teringin sangat nak dapatkann sebuah kamera compak dengan kualiti yang terbaik..
bagus kamera sony alpha 5000 ni, lighting dia bagus, then gambar pun sharp even diambil dlm keadaan laju
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Setuju dengan umi kasum, hari tu kami menggunakan kamera sony untuk mengambil gambar orang tengah melompat, memang sharp gambar nya.. tiada kabur pun.. seolah2 orang itu terbang di awan.. heee
Curahan rasa Tengkubutang @ ..3 Pesakit dan Ceritanya…
cantik jugak kamera Alpha 5000 bila tangkap gambar…dapat beli ni best jugak..dapat amik gambar bila pergi melancong
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
aah ringan juga. mudah nak dibawa travel ke mana2. saya kalau travel gambar memang part nombor 1
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Dasyat juga camera sony alpha 5000 ni. Paling ringan dalam dunia.?? Terbaiklah. Kualiti gambar pun macam bagus. Bagi yang tak pandai guna kamera rasanya sonny aplha pilihana yang tepat.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Nik
saya suka pencahayaan, lebih jelas dan terang. kalau sebelum ni kamera saya yang kurang canggih ambik gambar kepekatan malam tapi kamera ni memang hebat
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Iya tulah. Kalau tengok contoh gambaf yang di ambil masa atas kereta yg tengah bergerak tu… peerghh.. memang cantiklah..
Semua gambar2 yang menggunakan kamera sony diatas amat cantik dan kualiti gambar jugak cantik.. pencahayaan tu yang penting tuu..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..LINDA RAFAR — MENUNGGUMU DI PINTU SYURGA
Comments are closed.