Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, hari tu aku ada buka tawaran kepada rakan-rakan FB Group Denaihati Network yang ingin menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Dengan beberapa syarat yang telah diberitahu, penulisan terbaik akan mendapat duit raya. Entri ini adalah daripada Nuraini Huda @ hudamcgyver. Joom sama-sama kita baca.
Satu pagi yang indah, seperti biasa LDP dari Gombak ke Subang Jaya jammed teruk. Kereta bergerak pun kurang 80kmph. Tiba-tiba stesyen radio tempatan putarkan lagu “Kalau Aku Kaya” nyanyian Altimet dan Awi Rafael. Hati aku berkata-kata, kalaulah aku kaya. Minda aku turut berputar gambaran-gambaran indah.
Bila aku kaya, perkara pertama yang aku akan buat ialah berniaga. Aku akan buat satu perniagaan yang boleh bantu dan develop orang lain sama-sama kaya dengan aku. Kalau boleh sampai level orang Islam di Malaysia tidak perlu bayar zakat kerana semua penduduknya sudah kaya. Pergh! Besar gila cita-cita aku. Kalau aku setakat kasi duit, kot guna untuk manfaat takpe jugak. Tapi kalau berjoli, habis cenggitu je. Oh tidak… tidak…
Lepas tu aku akan buka sekolah swasta yang mana sekolah tersebut tidak mengajar perkara asas yang ada dalam subjek-subjek sekolah kerajaan sekarang, tetapi sekolah yang mengajar bagaimana menguruskan kewangan diri, bagaimana untuk menukar hutang yang buruk kepada hutang yang baik, dan bagaimana untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, semuanya bermula dari awal peringkat umur. Bila deorang dewasa, diorang dah boleh berniaga sendiri. Aku tahu rakyat Malaysia ni kreatif orangnya, cuma saluran je kadang-kadang aku rasa salah.
Selain tu, hari-hari jasad aku kat rumah. Takde la macam sekarang, pagi-pagi redah jammed, balik kerja lewat malam. Kalau boleh, nak duduk rumah sampai bosan tak tahu nak buat ape, lepas tu baru aku bawa mak ayah aku round the world sampai masing-masing rindu kat rumah sendiri. Macam tu la kitarannya.
Kalau mak aku suka sangat masak, aku akan bagi dia set masakan yang paling canggih. Masak tu level tak sakit lutut, makanan pulak level nutrisi terbaik la.
“PONNNN!!!!” Astaghfirullaahalaziim. Berangan lagi, kan dah kena hon ngan kereta lain.
“Kalau aku kaya, hari-hari hari raya~ bil-bil jiran keluarga aku bayar selamba~~”
Apa agaknya yang Rakan Blogger akan buat kalau anda kaya?
No related posts.
47 Comments
Wow banyaknya duit. Jika saya, saya nak beli tanah kemudian buat masjid besar-besar dan banyak-banyak. Cukai tanah dan hal ehwal tanah semuanya saya nak minta peguam uruskan selama-lamanya..
Curahan rasa waimantakwa @ ..Inspirasi Perniagaan Internet Mudah.my
Selain yang dinyatakan di atas untuk membahagiakan ibu bapa dan keluarga saya. Saya hendak membuka kedai buku yang mempunyai buku-buku yang saya minati. Menyedekahkan setiap bulan sebahagian hasil saya kepada rumah kebajikan dan projek NGO yang ke arah kebaikan.
Curahan rasa N’war @ ..Gambar Lincoln bersama Nazim Othman di Singapura
Kalau saya kaya, saya akan menyediakan sarapan, makanan thari dan malam kepada orang2 miskin.. setiap hari..
Kalau aku kaya, aku akan buka perusahaan yang besar yg memiliki banyak pegawai agar angka pengangguran di indonesia berkurang. Itu saja sahabat denaihati. :v
Curahan rasa NetterKu @ ..Tips Meningkatkan Penjualan Bisnis Online
Berbisnis dan juga memberikan lapangan kerja juga kepada banyak orang sehingga bisa saling memberikan manfaat satu sama lain
Curahan rasa Ferry @ ..Manfaat Zakat Fitrah
alaaa,,, tak sempat hari tu,, sedeyh giler tak leh join,, sobbsss,,, tak pe,, rezeki masing-masing.. hehe.. kalau saya kaya,, saya nak lawan yahudi,, palestin boleh dapat balik tanah dorang yang diduduki secara haram oleh israel,,, saya nak olong palestin dan syria especially,,,, fuuuhhh,, kalau palestin balik kepada zaman sebelum dijajah,, makin melebarlah empayar Islam sebab dorang pakar dalam bab agama,,,, iman yang terbina sepanjang dorang dijajah sangat hebat,,, dorang punya aura yang ramai orang Islam dalam dunia ini tidak punya,, dorang boleh tolong tanamkan iman itu dalam diri orang Islam di tempat kita lak,, fuhhh,, hebat,, alangkah indahnya, paling penting,, Masjdiil AQSA dapat dilawati dengan tenang,, sesungguhnya,, aku rindu,, :'(
Curahan rasa muja @ ..Last Minute Preparation and Raya Shopping 😀
Selain itu nak bawa emak dan ayah jalan-jalan.. kalau boleh tiap tahun nak bawa mereka pergi menunaikan umrah…
Curahan rasa anuar @ ..Koleksi SMS Ucapan Hari Raya Aidilfitri Pilihan Anuar
Selain itu saya nak anjurkan lebih banyak contest untuk blogger.. supaya lebih byk rakan blogger utk turut sama menikmati kekayaan tersebut…
Curahan rasa anuar @ ..Senarai Peserta Terkini Contest SEO MyKad Smart Shopper
Kalau aku kaya. .. aku akan beli sebidang tanah, dan wakfkan tanah tersebut untuk tempat-tempat ibadah atau pertubuhan-pertubuhan amal…
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman mencuci Kereta dekat Snow Wash (Cuci Kereta Automatik)
kalau aku kaya nak keliling dunia dan bantu bikin mesjid serta panti anak yatim
Curahan rasa munir ardi @ ..7 Smart Tips in Identifying Mistakes Spending and Managing Your Money
best nyeeee …. kalo aku kayee ..
besor jugak impian penulis ni….
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Gema Takbir
kalau aku kaya benda first aku nak bagi apa yang mak aku nak…..terutama gi mekah…lepas tu untuk aku, aku akan travel ke semua tempat di dunia ni….ehhe
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Ninetologi X1, Z1 dan Z1+ Smartphone Mampu Milik
Dah semestinya kalau kaya semua kehendak diri dan orang lain akan kutunaikan. Tapi takde la sampai membazir.
Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Ambil Peluang Melancong Sempena Cuti Aidilfitri
Kalau saya kaya, yang pertama ingin membahagiakan ibu, segala keinginannya akan dipenuhi (asal jangan yang menyimpang dari agama) termasuk memberangkatkan beliau untuk ibadah haji.
Kalau gua kaya, kompom gua angkat Messi, Neymar dengan Van Persie jadi striker Perak.
Curahan rasa abangensem @ ..Selamat Hari Raya Buat Pembaca Blog AbangEnsemDotCom
Comments are closed.