Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan individu berkaitan untuk merentas negeri atas tujuan membawa tanggungan terutamanya ibu bapa menghadiri janji temu vaksinasi, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.
Boleh daftar vaksin covid-19 di sini – Daftar melalui aplikasi MySejahtera untuk dapatkan vaksin Covid-19
Bagaimanapun katanya, kebenaran itu terpakai hanya kepada seorang ahli keluarga sahaja.
“Sidang MKN semalam telah setuju untuk memberi kebenaran kepada seorang ahli keluarga untuk merentas negeri bagi tujuan membawa tanggungan ke janji temu vaksinasi.
“Contoh anak kerja di Kuala Lumpur boleh balik Rembau bawa ibu yang berumur untuk vaksinasi,” tulisnya.
MKN setuju benarkan rentas negeri individu perlu bawa tanggungan terutama ibu bapa bagi janji temu vaksinasi COVID-19 – @Khairykj pic.twitter.com/c6QBLkW17U
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 15, 2021
Sidang @MKNJPM semalam telah setuju untuk memberi kebenaran kepada soeorang ahli keluarga untuk merentas negeri bagi tujuan membawa tanggungan ke janji temu vaksinasi. Contoh anak kerja KL boleh balik Rembau bawa ibu yang berumur untuk vaksinasi. pic.twitter.com/eEsVmN04bK
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) April 15, 2021
3 Comments
sop makin pening kepala.
kekakdang, memang tak faham dibuatnya walaupun lukis dalam melayu.
Curahan rasa titan @ ..Father and his SON.
saya belum lagi mendapat vaksin kerana tergolong sebagai kelompok yang ketiga.
bagaimanapun saya sudah amalkan produk suplimen bagi memastikan sistem imunisasi saya berada pada tahap tertinggi
Comments are closed.