Kadar Dividen KWSP 2019/2020 EPF

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

KWSP adalah satu sumber simpanan untuk persaraan atau pada waktu tua kelak. Dengan pembayaran dividen yang tinggi, simpanan atau tabungan mereka akan bertambah. Disebabkan faktor keadaan kos kehidupan yang tinggi dan ekonomi yang sukar masa kini menyukarkan rakyat untuk menabung hasil dari jumlah gaji pendapatan yang diterima.

Pasti ramai pencarum KWSP sangat mengharapkan kadar dividen yang tinggi untuk tahun 2019 atau sekurang-kurangya setara seperti kadar dividen ASB atau Tabung Haji.

Pada tahun lepas, kadar dividen yang diumumkan adalah sebanyak 6.15% untuk simpanan konvensional dan 5.90% untuk simpanan Shariah.

Jumlah Pembayaran Dividen EPF Tahun 2019/ 2020

Berikut dikongsikan maklumat penting tarikh dan Jumlah Pengumuman Kadar Dividen KWSP 2019. Mengikut rekod tahun lepas, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan mengumumkan kadar dividen untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2019 pada pertengahan bulan Februari hingga awal Mac 2020.

Kadar Dividen KWSP Tahun 2019

Tarikh pengumuman kadar dividen KWSP akan dikemaskini dari masa ke semasa.

• 2019 : KWSP pada 22 Februari 2020, telah mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.45% untuk simpanan konvensional (SK) dan 5.0% untuk simpanan shariah (SS)

Jumlah pembayaran dividen untuk 2019 adalah RM45.82 bilion, di mana RM41.68 bilion adalah untuk SK dan RM4.14 bilion untuk SS. Jumlah pembayaran yang diperlukan untuk 1% kadar dividen adalah RM7.65 bilion untuk SK dan RM828 juta untuk SS.

• 2018 : 16 Februari 2019 (Sabtu) : Dividen sebanyak 6.15% untuk simpanan konvensional dengan agihan dividen sebanyak RM43 bilion dan 5.9% untuk simpanan Shariah dengan agihan dividen sebanyak RM4.32 bilion.

• 2017 : 10 Februari 2018 (Sabtu) : Dividen sebanyak 6.9% untuk simpanan konvensional dan 6.4% untuk simpanan Shariah.

• Ahli KWSP yang ingin beralih ke Simpanan Syariah 2019 disaran untuk mendaftar sebelum 24 Disember 2018.

Semakan Jumlah Pendapatan Dividen KWSP

Pengkreditan Dividen 2019 akan dilakukan pada Sabtu, 22 Februari 2020 dan ahli boleh menyemak penyata KWSP masing-masing melalui i-Akaun, Kios KWSP atau di mana-mana kaunter KWSP seluruh negara. Aplikasi mudah alih ‘EPF i-Akaun’ juga boleh dimuat turun melalui Google Play atau Apple App Store.

Maklumat Lanjut KWSP

Maklumat mengenai dividen 2019 boleh diperoleh menerusi laman Facebook KWSP, Twitter di KWSPBuzz dan YouTube ‘KWSP Malaysia.’.

Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan lain KWSP seperti i-akaun, jenis pengeluaran, muat turun borang dan banyak lagi di Laman Web Rasmi KWSP di http://www.kwsp.gov.my/

Malaysia Kini

Semoga Kadar Dividen KWSP 2019/ 2020  yang diumumkan tahun ini mengembirakan semua pencarum EPF.

Sumber : Permohonan.my


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!