Jutawan atau Perasuah Bola Sepak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, peminat bola sepak Malaysia dikabarkan dengan berita gembira apabila Safee Sali penyerang sensasi menjadi Jutawan Bola Sepak pertama Malaysia setelah menyambung kontrak 2 tahun bernilai RM2juta bersama Kelab Pelita Jaya. Walaupun Kelab Pelita Jaya yang bernaung di bawah Indonesia Super League (ISL) diselubungi dengan berbagai kontroversi Safee Sali masih tetap meneruskan khidmatnya di sana sebagai pemain profesional. Aku sokong Safee Sali sebabnya nak main di Europa memang tak layak walaupun telah diuji di Cardiff City kerana ranking bola sepak Malaysia tidak melayakan pemain Malaysia bermain di Europa dan kalau main di kelab Malaysia pasti tidak akan dapat kontra seperti ini. Keburukannya mungkin Safee Sali tidak dapat bermain dengan team Malaysia tapi apa nak kisah Malaysia dah terkeluar daripada saingan Piala Dunia nak tunggu kelayakan yang akan datang pasti kontra dengan Pelita Jaya sudah tamat.

Peminat bola sepak Malaysia dikejutkan juga dengan berita sedih apabila berbelas-belas pemain muda di dapat bersalah mengambil rasuah. Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) baru mengeluarkan senarai pemain bola sepak yang terlibat dengan rasuah antaranya Mohd. Yatim Abdullah, Adrian Davadas, Norhairi Abdul Rahman, Muhammad Zulfadhlie Mohamad A’ashari, Muhammad Zaidi Othman, Hamirul Fahamie Abu Yazid, Anwarul Hafiz Ahmad, Muhamad Haikal Mohamad Nazri dan Suhairy Johari. Semua pemain yang terlibat dengan rasuah digantung daripada bermain selama 1 – 5 tahun manakala jurulatih Yusarman Yusof digantung seumur hidup.

Kehidupan dunia yang berpaksikan materialistik mungkin menjadikan pemain-pemain bola sepak muda ini tidak sabar untuk menjadi kaya seperti Safee Sali yang perlu berkorban untuk mencapai ketahap Jutawan Bola Sepak. Melihat pemain senior bergaya dengan kereta yang besar, rumah besar dan girl friends cantik membuatkan mereka kelabu mata apabila penjahat menghulurkan duit untuk membeli perlawanan.

Ini bukan kali pertama pemain bola sepak Malaysia digantung kerana rasuah dan pasti bukan kali terakhir. Manusia memang tidak pernah akan serik kerana ingin hidup mewah di dunia.


Spread the love

198 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!