KUALA LUMPUR: Angka jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan 17,045 kes dalam tempoh 24 jam lalu, rekod tertinggi sejak pandemik ini bermula.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 1,013,438.
Selangor masih menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 8,500 kes diikuti Kuala Lumpur (2,045), Kedah (1,216), Johor (950) dan Sabah (818).
Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan sebanyak 9,683 kes sembuh dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 844,541.
Daripada jumlah kes harian, hanya enam kes import manakala 17,039 pula merupakan penularan tempatan.
KKM turut merekodkan 92 kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif korban akibat COVID-19 meningkat kepada 7,994 kes.
Sementara kes yang memerlukan rujukan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 970 kes, manakala 501 pesakit lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.
Status Terkini #COVID19, 25 Julai 2021
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) July 25, 2021
Kes sembuh= 9,683
Jumlah kes sembuh= 844,541
Kes baharu positif= 17,045 (6 import)
Jumlah positif= 1,013,438
Kes kematian= 92
Jumlah kes kematian= 7,994
Kes dirawat di ICU= 970
Bantuan alat pernafasan= 501 pic.twitter.com/aXaVAcTTuJ
Sumber: Awani
- COVID-19: PKP di enam buah negeri zon merah – Perdana Menteri
- Covid-19: Kes baharu tertinggi 5,725 di Malaysia
- 53,287 orang telah mendapat suntikan dos 1 vaksin Covid-19
- Covid-19: Jangkitan varian baru delta berlaku dalam tempoh 15 saat
- Kerajaan Akan Mengambil Tindakan Tegas Kepada Mereka Yang Sebarkan Maklumat Palsu
2 Comments
Sejuta dah kes. tak mampu nak ikut data nombor seharian. Berbanding keadaan tahun lalu, kita masih menunggu berita setiap hari.
Curahan rasa Geng Borak @ ..7 Cara Mudah dan Cepat untuk Tingkatkan Imun Badan
Pada pandangan saya ada eloknya kerajaan buat total lockdown macam pkp 1 dulu untuk turunkan bilangan kes secara total sementara rakyat masih ada i citra dan moratorium untuk survive.
Comments are closed.