Ketua Polis Daerah Kajang positif dadah digantung kerja

Spread the love

Kredit gambar: BH Online

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Seorang ketua balai polis yang ditahan selepas dipercayai berhibur di sebuah balai polis di daerah Kajang pada Selasa lepas, digantung kerja mulai hari ini.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata tindakan itu dilaksana selepas hasil ujian air kencing pegawai polis berpangkat Sub Insp itu, didapati positif ganja dan direman dua hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, baki tujuh individu terdiri daripada tiga anggota polis dan empat orang awam turut terlibat dalam serbuan itu dibebaskan dengan jaminan.

“JIPS dalam pada itu masih menjalankan siasatan lanjut berhubung salah laku dan tatatertib anggota terlibat manakala yang lain diserahkan kepada bahagian-bahagian berkaitan untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama.

Dalam serbuan pada 6 petang itu, selain ketua balai, turut ditahan dua anggota polis berpangkap Koperal dan seorang Koperal Sokongan bersama empat wanita, ketika mereka sedang berhibur di dalam bilik khas di balai polis berkenaan.

Semasa serbuan, polis turut merampas antaranya beberapa botol air disyaki air ketum, botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, mikrofon dan televisyen.

Sumber: Bernama


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!