Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini.Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Senarai 30 Syarikat Pelaburan Terlibat Dalam Penipuan“. Kali ini Abang nak berkongi hasil pelaburan ASB untuk tahun 2017.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Tahun pelaburan 2017 menutup tirai dengan pengumuman dividen ASB yang mengembirakan hati pelabur. Viral di sosial media apabila PNB mengumumkan dividen ASB 2017 adalah 7.00 sen seunit dan bonus sebanyak 0.25 sen seunit dan ‘bonus istimewa ulang tahun’ sebanyak 1.00 sen sesaham bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB). Ini menjadikan jumlah pulangan unit pelaburan itu sebanyak 8.25 sen sesaham bagi 2017.
Alhamdulillah syukur dengan rezeki iaitu kenaikan 12% daripada dividen ASB tahun 2016. Pelaburan ASB adalah pendapatan jangka masa panjang. Pelaburan ASB ini kalau pandai menggunakan kuasa compounding memang lumayan, dapat dividen dari dividen. Dalam entri “Dividen Tahung Haji 2016“, Abang huraikan bagaimana duit pelaburan kita boleh berganda-ganda (compounding) pada jumlah yang banyak dalam tempoh tertentu.
Kepada yang bijak menguruskan kewangan pasti mereka ada berbagai bakul pendapatan, ada bakul hari-hari, ada bakul mingguan, ada bakul bulanan dan ada bakul tahunan. Pelaburan ASB adalah pendapatan untuk bakul tahunan. Abang mula belajar penguruskan duit dari membaca buku sifu Azizi Ali jutawan pelaburan dan dikembangankan ilmu melalui perkongsian sifu-sifu yang lain.
Sifu pelaburan Abang juga menganjar bagaimana menggunakan duit dividen ASB dan Tabung Haji dapat menambah pendapatan keluarga. Majoriti pelabur menunggu duit dividen ASB untuk dibelanjakan anak-anak masuk sekolah. Sifu bisnis Abang kata cara paling bijak adalah menggunakan dividen pelaburan untuk modal bisnis dan keuntungan bisnis barulah kita belanjakan untuk keperluan keluarga atau diri sendiri.
Kita kena belajar ilmu cara duit buat duit daripada usia muda supaya pada usia tua kita tidak lagi jadi hamba mencari duit.
Kepada yang belum mendaftar semakan baki pelaburan ASNB secara online boleh mendaftar di Pemodalan Nasional Bhd.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat
53 Comments
terima kasih untuk infonya artikelnya sangat menarik i like thanks
Curahan rasa grosir gamis murah @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Nak kena pergi ke Permodalan Nasional Berhad juga untuk urusan pendaftaran online. Senang tak yah ke sana lagi lain kali
Terbaik sekali!
Entri terbaru sstribe – sstribestore.com/penawarmujarabdengkur.html
insyaAllah lepas ni saya akan menyusul buat pelaburan asb. terima kasih atas perkongsian tuan.
Curahan rasa kauthar mohd @ ..PENGEDAR SHAKLEE SG BULOH – PENGEDAR SHAKLEE MALAYSIA
alhamdulillah, semoga dividen yang diberikan dapat digunakan dengan baik dan untuk tujuan yang berfaedah.
Esok dah boleh kemaskini buku ASb masing masing, pasti ramai orang datang ke bank dan pejabat pos.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29
sangat beruntung kalau ada simpanan yang banyak dalam ASB.
boleh dapat durian runtuh.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Petua Turunkan Gula Dalam Darah
Betul tu.. bila sebut ASB ni teringat dekat pengarah saya semasa bertugas di Sarawak dulu.. beliau ambil keputusan bersara awal ketika berumur 50 tahun… semasa dlm ucapannya, antara yang beliau ada sebut adalah tentang pelaburan dalam ASB..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak Download Ebook “Senarai Homestay Di Malaysia”
sebab tu kita digalak melabur dlam ASB.. parents, cikgu selalu pesan pasal benda ni dulu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Skin Food Black Sugar Mask Review
Rasanya ini antara dividen yang paling tinggi pernah dapat dari ASB. Kena ada ilmu pelaburan yang betul barulah boleh dikatakan pendapatan pasif.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
betul tuan..ilmu untuk urus duit dengan sebaiknya mungkin.
bijak urus.
hebat hasilnya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Petua Turunkan Gula Dalam Darah
Betul tu… walaupun ada juga menaruh harapan supaya boleh dapat 10%… tapi setakat ni masih belum tercapai..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak Download Ebook “Senarai Homestay Di Malaysia”
semua yg ade ASB tersenyum riang tahun ni..durian runtuh sungguh
Curahan rasa nida @ ..6 Langkah Bina Bisness Tanpa Memerlukan Modal Yang Besar
Tahniah semua…
Pelabur ASB tak perlu risau nak keluarkan duit yg banyak untuk beli keperluan sekolah… sebab boleh cover balik dengan dividen ASB..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak Download Ebook “Senarai Homestay Di Malaysia”
dividen yang sangat menarik sekali.’
ramai sungguh yang akan menikmati durian runtuh kali ini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Petua Turunkan Gula Dalam Darah
Mereka yang buat pembiayaan ASB, boleh maksimakan sampai RM800,000 dengan strategi yang betul.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Comments are closed.