Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini.Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Senarai 30 Syarikat Pelaburan Terlibat Dalam Penipuan“. Kali ini Abang nak berkongi hasil pelaburan ASB untuk tahun 2017.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Tahun pelaburan 2017 menutup tirai dengan pengumuman dividen ASB yang mengembirakan hati pelabur. Viral di sosial media apabila PNB mengumumkan dividen ASB 2017 adalah 7.00 sen seunit dan bonus sebanyak 0.25 sen seunit dan ‘bonus istimewa ulang tahun’ sebanyak 1.00 sen sesaham bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB). Ini menjadikan jumlah pulangan unit pelaburan itu sebanyak 8.25 sen sesaham bagi 2017.
Alhamdulillah syukur dengan rezeki iaitu kenaikan 12% daripada dividen ASB tahun 2016. Pelaburan ASB adalah pendapatan jangka masa panjang. Pelaburan ASB ini kalau pandai menggunakan kuasa compounding memang lumayan, dapat dividen dari dividen. Dalam entri “Dividen Tahung Haji 2016“, Abang huraikan bagaimana duit pelaburan kita boleh berganda-ganda (compounding) pada jumlah yang banyak dalam tempoh tertentu.
Kepada yang bijak menguruskan kewangan pasti mereka ada berbagai bakul pendapatan, ada bakul hari-hari, ada bakul mingguan, ada bakul bulanan dan ada bakul tahunan. Pelaburan ASB adalah pendapatan untuk bakul tahunan. Abang mula belajar penguruskan duit dari membaca buku sifu Azizi Ali jutawan pelaburan dan dikembangankan ilmu melalui perkongsian sifu-sifu yang lain.
Sifu pelaburan Abang juga menganjar bagaimana menggunakan duit dividen ASB dan Tabung Haji dapat menambah pendapatan keluarga. Majoriti pelabur menunggu duit dividen ASB untuk dibelanjakan anak-anak masuk sekolah. Sifu bisnis Abang kata cara paling bijak adalah menggunakan dividen pelaburan untuk modal bisnis dan keuntungan bisnis barulah kita belanjakan untuk keperluan keluarga atau diri sendiri.
Kita kena belajar ilmu cara duit buat duit daripada usia muda supaya pada usia tua kita tidak lagi jadi hamba mencari duit.
Kepada yang belum mendaftar semakan baki pelaburan ASNB secara online boleh mendaftar di Pemodalan Nasional Bhd.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat
53 Comments
Alhamdulilah dapat lebih rezeki kewangan tahun ini.
Boleh lah tampung apa yang perlu dengan dividen ini
Curahan rasa onlajer @ ..Buat duit dengan Lazada – pandangan seorang lelaki berkaca mata
Tahniah… Alhamdulillah…
Inilah salah satu keuntungan dalam pelaburan… bila masa kita perlukan duit tambahan… ada pulangan dari pelaburan
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak Download Ebook “Senarai Homestay Di Malaysia”
Bagi yang buat simpanan dan pelaburan asb
memang berita menggembirakan ni
kumpul duit banyak banyak
Alhakumut takasur
Hatta zul tumul makobir
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Ubat kencing manis paling berkesan untuk kawal gula darah?
betul. selain asb ni boleh mula kumpul emas dari sekarang
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Menjana USD Dengan Google Adsense 2017
Ibu faham makna tersembunyi dalam komen mama tu
Hehe
Betul lah tu
Nak kumpul harta untuk amalan kebaikan bagus
Tapi jangan sampai kita lupa bahagian di akhirat
Hatta zur tumul makobir
Sampai masuk kubur
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Doa mudah bersalin normal cara islam amalan ibu mengandung!
kalau tiada langsung duit susah juga.
duit adalah kemudahan yang tidak dapat dinafikan oleh manusia
Curahan rasa mrhanafi @ ..Petua Turunkan Gula Dalam Darah
Terima kasih untuk perkongsian. Tak perasan pula bila diumumkan dividen.
Boleh lah … ada sikit simpanan.
Alhamdulillah.. asalkan dapat lepas buat perbelanjaan persekolahan anak2..’ dan ada lebihan sedikit untuk keperluan tahun 2018… itupun sudah cukup memadai bagi saya..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak Download Ebook “Senarai Homestay Di Malaysia”
salah satu pelaburan yg dipercayai.. semua org patut melabur dgn asb.. utk masa depan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Ulasan Filem Bright di Netflix
Dalam pelaburan apa pun yang kita sertai… yang penting sekali kita perlu ada ilmu..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak Download Ebook “Senarai Homestay Di Malaysia”
melaburkan untuk masa depan . insyaallah dalam jangka waktu lama akan membuahkan hasil
Kalau nak hasil yang pantas, boleh guna kemudahan pembiayaan ASB, boleh penuhkan akaun sampai RM800,000 menggunakan teknik yang betul.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Nilai Pelanggan Seumur Hidup
Sememangnya itu merupakan prinsip pelaburan… kena aim jangka masa panjang..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak Download Ebook “Senarai Homestay Di Malaysia”
melabur bisa mendapatkan keuntungan setiap tahunnya ya dari pembagian dividen banyak lagi yang harus dipelajari dari dunia saham
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Menu Makanan yang Sebaiknya Tidak Dicoba
Ya betul… dalam pelaburan pastinya kita bisa memikirkan keuntungan..
Mana yang lebih untung pastinya menjadi pilihan ramai pelabur..
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki dapat 2 Domain Percuma daripada NetKL.com
fuuhh.. walaupun tak bayak tapi boleh buat kita tersenyum.. mmg elok melabur di ASB..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pantang Larang Tambah Tinggi dengan HI-PLUS
Kan?. nampaknya kalau ada sedikit lebihan duit, pelabur boleh tambahkan lagi pelaburan ASB..
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki dapat 2 Domain Percuma daripada NetKL.com
Tahniah di atas perkongsian info dan motivasi sebelum melangkah ke tahun baru 2018..
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki dapat 2 Domain Percuma daripada NetKL.com
In Shaa Allah dengan dua terbaru yang saya terima secara “percuma” daripada NetKL akan saya manfaatkan sebaiknya untuk merealisasikan impian duit buat duit..
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki dapat 2 Domain Percuma daripada NetKL.com
Dengan sedikit pulangan tahunan melalui pelaburan ASB sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan sekolah anak-anak..
Alhamdulillah.. walaupun tak sampai 10% tapi berita ini tetap dapat menggembirakan para pelabur..
Alhamdulillah rezeki
Boleh dikatakan banyak juga dividen untuk tahun 2017 ni
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Tips Untuk Menjadi Seorang Super Affiliate
Alhamdulillah… Walaupun tak banyak tapi masih lagi berbaloi untuk pelabur…
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki dapat 2 Domain Percuma daripada NetKL.com
byk juga tu kan. alhamdulillah rezeki semua pemegang akaun asb
Curahan rasa mamapp @ ..Tips Didik Anak Belajar Solat
kalau sesiapa yang pandai gunakan peluang seperti yang dinyatakan oleh tuan Denaihati lagi bagus.. Gunakan duit yang diperolehi melalui pelaburan ASB dengan menggandakannya ke instrumen pelaburan yang lebih baik..
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki dapat 2 Domain Percuma daripada NetKL.com
Kata orang, ini tanda tanda pilihan raya nak menjelma. Kita tunggu Tabung Haji dan KWSP pula.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Komisyen RM1000 Bila Ajak Rakan Jadi Uber Driver
Ada kebarangkaliannya juga… Dah banyak khabar angin yang mengatakan Pilihan raya dah nak dekat… lagipun memang dah sampai masanya.
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki dapat 2 Domain Percuma daripada NetKL.com
ni pasti ramai pelabur berpuas hati dengan dividen tahun ini.
Yang tak nak amik risiko tinggi, memang eloklah melabur di instrumen ASB ni..sekali skala dapat dividen macam ni, senyum manjang la kan
Curahan rasa JMR @ ..Patutlah Ramai Yang Tak Sihat !
Sikit atau banyak para pelabur tetap perlu bersyukur… sekurang-kurangnya masih dapat rezeki tambahan secara tahunan..
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki dapat 2 Domain Percuma daripada NetKL.com
Kepada yang berani untuk mengambil risiko, boleh gunakan sebahagian daripada rezeki tambahan tersebut kepada pelaburan lain yang berisiko tinggi..
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki dapat 2 Domain Percuma daripada NetKL.com
Mat Saleh kata dalam duni pelaburan “High Risk High Return”.. kalau berani nak mengambil risiko yang tinggi, In Shaa Allah boleh dapat pulangan yang tinggi..
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki dapat 2 Domain Percuma daripada NetKL.com
fuhh..
naik banyak tahun ni punya dividen.
hoho..
mesti ramai menyesal tak menyimpan nih.
Curahan rasa titan @ ..Anakku Sazali.
nak PRU14 kan, dah agak mesti naik punya. dividen TH pun mesti naik gitu juga KWSP.
Curahan rasa denaihati @ ..Senarai 30 Syarikat Pelaburan Terlibat Dalam Penipuan RM 3.8 Bilion
Berapa banyaklah duit kena pakai untuk naik kan dividen ni ya
Dalam keadaan ekonomi tak menentu macam ni
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Lemas di Pantai Puteri Melaka. Hati hati semasa bercuti untuk elak tragedi!
Tak sabar nak tunggu bila dividen Tabung Haji akan diumumkan.. harap dapat kekal konsisten seperti tahun 2017..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak Download Ebook “Senarai Homestay Di Malaysia”
Comments are closed.