Jemaah Tabligh tercemar akibat nila setitik

Spread the love

Majoriti masyarakat yang tidak kenal secara dekat memandang negatif kepada Jemaah Tabligh. Patang sahaja ada ruang dan titik lemah pasti Jemaah Tabligh akan dilanyak habis-habisan layak statusnya lebih rendah daripada penjenayah dan kaki maksiat. Tak kurang juga orang yang lebih ilmu agamanya memandang sebelah mata terhadap Jemaah Tabligh.

Aku bukanlah seorang ahli Jemaah Tabligh tetapi aku memahami perjuangan mereka berdasarkan pengalaman bersama semenjak berusia 14 tahun. Jemaah yang memperjuangkan 6 prinsip yang diamalkan oleh Para Sahabat tidak  pernah melabelkan mereka sebagai Jemaah Tabligh. Jemaah yang mengajak umat Islam kembali kepada Al-Quran dengan cara hidup yang ditujukkan oleh Rasulullah SAW. Jemaah yang sentiasa mengajak Solat Berjemaah di masjid, bersangka baik kepada Allah dan sesama Manusia, menghormati yang muda dan memberi khidmat pada yang tua, membudayakan membaca kitab setiap hari di rumah dan masjid, mengamalkan akhlak baik, berkongsi ilmu walaupun sedikit, mengajak kita mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam kehidupan dan banyak lagi aktiviti baik yang bertentangan dengan amalan kehidupan moden.

Mana yang lebih baik seandainya seorang pemuda Islam itu mengikut Jemaah Tabligh atau mengikut Jemaah Rempet, dadah dan jenayah? Yakinlah ramai dikalangan kita tidak kisah jika anak bangsanya tercebak dalam dunia rempet, dadah dan jenayah daripada ikut Jemaah Tabligh. Agama lain memang sudah lama tidak suka kepada Jemaah Tabligh yang sentiasa sahaja bertebaran di seluruh dunia tanpa dibayar oleh sesiapa dan lebih malang lagi apabila umat Islam sendiri juga membeci Jemaah Tabligh.

Jemaah Tabligh juga manusia yang sentiasa dibisikan kata-kata hasutan oleh Iblis durjana jadi sudah pasti ada kes-kes terpencil seperti kes kahwin bawah umur dan pencabulan. Jangan hanya kes-kes terpencil ini maka Jemaah Tabligh yang banyak jasanya kepada perkembangan Islam di dunia dilabelkan dengan label yang negatif.

Tak kenal maka tak cinta. Ambilah peluang untuk mengenali Jemaah Tabligh dan azam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kita keluar ke jalan Allah SWT. Siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk bertebaran di seluruh muka bumi menegakan Islam sekarang?

“Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:’Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu.” (QS. 29:19-20)

Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu” (Al An’am: 11)

“Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat)” – Surah At-Taubah ayat 2.

“Dan mereka berkata: “Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita) oleh itu, bekerjalah engkau (untuk ugamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk memepertahankan kepercayaan kami)!” – Surah Fussilat ayat 5


Spread the love

60 Comments

  1. Salam,…saya ada menulis tentang Jemaah Tabligh ni. Tajuknya, Sejarah dan Perkembangan Jemaah Tabligh di Malaysia, terbitan Jahabersa. Saya tulis berdasarkan pengalaman bersama mereka sepanjang belajar dulu. Pada 28 Mei 2010, 9 orang member saya bertolak ke IPB untuk melaksanakan khuruj selama 4 bulan. Kita doalah supaya kita juga terpilih mcm mereka. Kalau berminat nak dapatkan buku tu, boleh kunjugi blog saya, atau Jahabersa di http://www.jahabersa.com.my.
    .-= Ahmad Henry´s last blog ..BAKAL TERBIT!! 60 Tahun Islam di Bawah UMNO-BN: Terbelakah Islam? =-.

  2. x la nk pndg serong kt jmaah ni..ak penah kua ekot jmaah ni n teng je hati…kpd mreke2 yg sgke bruk kt jmaah ni btobatla coz ini adalh kerja2 nabi..lau xdk jmaah ni spe ag yg nk smbg dkwah2 nbi ni??? cermin dlu dri kite ni lau nk hkum sseorg 2…da ckup da ke iman kite? da byk ke amalan kite? so, husnu zhon la kt mereka2 yg mnymbg kerja2 nabi ye…mmg la pd pngn korg remeh wt sume ni, tp pd pngan Allah???? ha…Allah akn mengharamkn debu2 untuk mlekat pada tubuh bg mereka yg kluar di jalan Allah…insyAllah…

  3. Allah swt memberi pertunjuk kpd sesiapa yg dikehendaki usaha dan doa jemaah tabligh sebabkan hidayah tersebar keseluruh alam sehingga wujud ketakutan dinegara Barat akan perkembangan Islam. Wujud ketakutan dihati mereka hanya melihat golongan yg lemah memakai purdah. Teruskan dakwah sesungguhnya seketika dijalan Allah hanya diantara dua perahan susu unta wajib syurga baginya.

  4. sekali kita benci pada mereka yang mengamalkan sunnah nabi, sedangkan kita tidak tahu, maka dlm masa yg sama kita telah membenci ALLAH TAALA dan Rasulnya.

    Bacalah buku “Penerang Bagi Hati” supaya hati menjadi lembut.INSYAALLAH.

  5. JANGAN BERSANGKA BURUK PADA MEREKA, KERANA KITA TIDAK TAHU APA ISI HATI MEREKA PADA ALLAH TAALA.

  6. Masya ALLAH… tak ramai yang memandang usaha yang murni ini sebagai suatu kebaikan kepada ugama, ramai yang pandang dengan hinaan dan cacian…

    Saya juga bukanlah ahli JT, namun saya lihat sendiri bagaimana ahli2 JT ini bersusah payah demi ugama tanpa mengharapkan sedikit balasan pun,

    Maha Suci ALLAH… terima kasih atas entri yang pendek namun bermanfaat ini… 🙁

  7. Kekeliruan ku: berkaitan dengan pemakaian purdah d kalangan isteri2 JT dan golongan isteri2 JT yg tidak dibenarkan kerja?????tlg jwb persoalan ku plzzzz…..

  8. Tabligh bagi ku tidak salah kerana mbwa perjuangan Nabi,menggamalkn sunnah Nabi,iaitu kekasih Allah swt…bedakwah mgEsakan Allah…menarik golongan muda yg terpesong mendekati Allah….cuma kdg2 ada ssetgh golongan drp JT/mahupn bukan yg cuba mgelirukan pandgn org rmai…berbalah ssama sndiri untuk mnegakkan pdgn msing2…sudah2 lah berbalah/bdebat…kita semua sama mnyembah Tuhan yg 1…umat Nabi Muhammad…jgn mcaci sesama sndiri…Allah Maha Mengetahui apa yg ada d dsar hati kita…stiap dr kita punya tggjwb mnegakkan Agama Allah wlu dgn cara apa skalipun….(skadar pandangan dariku)

  9. mane la ade nabi-nabi dan para sahabat yang tak tinggal kan anak isteri untuk agame…tak kan x tau cite yang asas ni bro…korang penah tak fikir mengape para sahabat r.a sanggup tinggalkan anak isteri hatta nabi yang dicintai dan tinggal kan Masjidil Haram dan masjid Nabawi…korang cari la sendiri mengape…dan mane la ade nabi yang berdakwah tanpa penghinaan dan cacian..so, sape kite yang nak lari dari kesilapan dan penghinaan….sedang kan nabi yang maksum teruk dihina!sebab ye..BUAT USAHA BERDAKWAH..

    luth textile- jemaah tabligh buat ziarah dari rumah ke rumah, jumpa orang dengan penuh kasih sayang…2 adalah sunnah nabi..so,betul ke ko nak kate 2 pun BASI!!!Barangsiapa yang membenci Sunnahku,dia bukan dari golonganku.” (Shahih, HR Muslim).

  10. dalam satu hadis RASULULLAH SAW pernah bersabda “sesunggunnya berjayalah orang yang pelik”. Aku selalu berdoa, “Ya Allah seandainya usaha agama ini, usaha yang hak engkau gunakanlah diriku, hartaku, dan masaku didunia ini untuk agamamu, hantarkan aku kehujung-hujung dunia untuk agamamu. Dan seandainya usaha ini usaha yang salah lagi sesat engkau hentikanlah usaha ini, engkau hancurkanlah usaha ini.” Amin…

  11. salam…say anything you want..but it dont bother to me cauze i do things for Allah and i dont care want u think or others thing..yang penting aku akan pergi ke seluruh dunia sampai kiamat kalau boleh untuk kalimah laa ila ha illalah. anak isteri keje, pejabat,what ever tidak menjadi penghalang untuk ke masjid dan menunaikan kerja kerja agama..inasyallah.

  12. Aku terharu membaca entri ini.
    Alhamdulillah, masih ramai orang yang faham dengan usaha ini.

    Biarlah orang nak kata yang buruk2 pun,
    yang pasti, orang yang buat usaha ini cuma mengharapkan redha Allah pada mereka.

    Apalah nilainya pandangan seorang manusia berbanding penilaian Allah Ta’ala.

    Kutuklah korang nak kutuk pun,
    yang pasti, orang yang buat usaha ini,
    berkorban wang ringgit, masa dan tenaga mereka semata mengharapkan Redha Allah dengan kehidupan mereka.

    1. @PakarHowTo, buat baik manusia kutuk, buat jahat lagi lah kena kutuk jadi biarlah orang kutuk bila kita buat baik sebab pernilaian yg terbaik bukanlah manusia.

  13. saya dlu pernah masuk tabligh…maser join tabligh mmg sronok…tenang,dapat solat samer, ckp perkara2 yg baik2, mkn sama, wlopon mereka tidak mmpunyai ilmu sperti para ustaz, tapi gerakan mereka mengajak kepada perkara yg asas, iaitu akhlak, mmbaca al.quran, dan hadis rasulullah yang mungkin ramai yang tidak tahu langsung tentang hadis2 rasulullah…gerakan ini baik untuk mndidik jiwa2 agar mnjadi jiwa yg tenang….

  14. Elok juga ada isu nie supaya jemaah tidak lalai dengan pujian ..agama tidak akan berkembang dengan pujian tetapi dgn mujahadah..Nabi juga dinilai oleh masyarakat rom dan parsi ketika itu sebagai orang yang ketinggalan zaman..dikalangan masyarakat jahiliah mekah Nabi Muhammad dinilai sebagai al majnun(orang Gila)..siapa yang cakap kerja ni ketingalan zaman kena istigfar. mungkin yang salah individu tapi jangan sampai kita menghina kerja nabi..wallahualam

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!