Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai yang memberi berbagai komen apabila entri “Jemaah Tabligh tercemar akibat nila setitik” dikongsikan di facebook. Yang tidak suka memberi komen negatif sehingga ada yang kata Jemaah tabligh kaki seks dan tidak kurang juga ramai yang berkongsi pengalaman. Kerja dakwah memang kerja susah sedangkan Rasulullah SAW pun melalui berbagai kesusahan jadi jemaah tabligh jangan bersedih apabila dihina dikeji. Daripada 73 golongan manusia hanya satu golongan sahaja yang akan masuk Syurga jadi itu gambaran betapa ramainya yang akan menentang usaha dakwah dari yang menyokong.
Mungkin ramai orang biasa yang memandang negatif kepada Jemaah Tabligh tetapi tidak kepada pemimpin parti politik apabila hampir semua ketua parti politik Islam mendekat dan menziarahi jemaah tabligh kerana meraka tidak berpihak kepada mana-mana parti.
Sebenarnya ramai yang menyokong perjuangan dan usaha jemaah tabligh walaupun mereka tidak aktif bersama jemaah tabligh. Berikut antara komen daripada sahabat kita :
Umi Zaki : Ini pengalaman saya , dulu saya pun tak suka pada orang tabligh. Kalau dulu masa belum khawin nampak sahaja jemaah tabligh lalu dihadapah rumah (masa tu mereka tak pergi rumah saya kerana dah tahu tak ada lelaki dalam rumah tu) terus tutup pintu tapi diam diam kami intai melalui tingkap nak tahulah katakan. Bila naik kat pasar MPKB yang lama tu (sekarang telah dirobohkan) saya takut sangat nak lalu ikut lorong orang tabligh. Terus ajak kawan melalui lorong lain. Tapi akhirnya kerja Allah Taala semuanya. Saya bertemu jodoh dengan orang tabligh. Bila dah tahu dia orang tabligh kakak saya usik saya, nanti kau bila khwin dengan orang tabligh kena tinggal lepas tu tak beri belanja dan byk lagi kata-kata yang negetif. Tapi nak buat macam mana itu dah takdir Allah kerana sebelum tu saya dah istikarah dan buat solat hajat supaya Allah beri jodoh yang terbaik. Banyak tomohan yang dilemparkan pada jemaah tabligh salah satunya jemaah tak berpolitik dan sebagainya. Dipendekkan cerita wahai mereka di luar sana janganlah menyebarkan cerita yang bukan-bukan kalau kita tak buat kajian betul-betul. Jemaah tabligh sanggup korban harta sendiri untuk keluar 3hari, 40hari dan 4bln tanpa nak kelim balik duit dari sesiapa pun. Mereka buat kerana Allah Dan menambah baik iman sendiri bukan kerana nak nama atau sebutan ramai hanya Allah yang tahu. Maaf andai kata yang saya tulis ni mencuit hati sahabat2 di luar sana.
Sutera Rindu : Sebenarnya jemaah tabligh ada adab2 nya sebelum keluar 1 1/2 hari..3 hari ..15 hari..4 bulan. ..mereka telah pun sempurna tangungjwp mereka dahulu..supaya tidak mendatangkan beban kpd yg di tinggalkan. jika pelajar. .mereka keluar ketika cuti sahaja.. jika yg telah berumahtanngga mereka pastikan ahli keluarga cukup kelengkapan selama yg di tinggalkan. …dan tugas mereka hanya mempelawa umat islam utk berjemaah. menghidupkan surau2 dan masjid2..berkongsi tentang fadilat amal.. sunnah rasuluallah. .tetapi masyarakt sentiasa memandang sinis kpd mereka..mengangap mereka org2 yg tidak berjaya.. tidak berkerja.. apa salahnya jika meninggal kan segala urusan dunia buat seketika selama 3 hari mencari pengalaman dan perjuangan tentang agama.. tak rugi merasai apa yg mereka perjuangan. ..selepas itu barulah kita berhak utk bersuara kerana berdasarkan pengalaman.
Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat)” – Surah At-Taubah ayat 2
Muhammad Zaim : Bapa saya ketika menuntut di university roommatenya adalah seorang tabligh. Menurut bapa dia seorang yg baik dan sering mengajak bapa ke majlis agama. Mula mula bapa pun ada tanggapan salah terhadap tabligh ni tapi lama lama suka dan kerana niat utama mereka adalah mengajak kita kpd agama. Mereka tidak menolak dunia dan akhirat diutamakan. Tak silap saya Bapa tabligh pada ketika itu berkerja sebagai setiausaha pertama di kedutaan malaysia di holland. Bila dia kesana masa cuti dia melawat ayahnya di sana. Bila pulang sentiasa berikan cenderahati utk bapa. Kesimpulannya jgn dihina mereka ni walaupun kita tidak suka cara mereka berdakwah
Mutiara Qaseh : syazwan memg btul.mrk yg tak pernah ikut tabligh mrk tak akan faham… bila mrk ikut barulah mrk akan rasa hidayah tu… bila kite sertai mrk, kite mst nk gandakan amalan lagi… lg satu jgn pertikaikan niat dakwah mrk utk syurga ke apa.. tapi klu kita yg bukan tabligh ni tiba2 org tanya.. ko solat untuk syurga ke nak riya?? soalan tu bole dtuju semua org islam samada dia tabligh atau pas atau org biasa…kalau kita tanya dorg seperti itu ibarat kita sengaja mencari kesalahan mrk dan seolh2 kita ni malaikat yg bersih dri dosa walaupun solat pun suka tinggal2… korg mungkin suke bertaubat bila usia dah tua atau azab Allah sedg menimpa anda..t api mrk sedg pebetulkan diri mrk drpd skrg tanpa tunggu kiamat.. walaupun korg bertaubat waktu melihat bala sedg mnimpa kemudian korg mati…bolehkah korg bandingkan amalan korg dgn mrk yg sudah lama beramal??cube fikir.. Allah maha pengasih tp setidk2 nya kita kena sedar yg hri2 kite bnyk wat dosa
Sulhan Putera : Allah bnyak ubah diri saya mnjadi lebih baik lebih sopan, lebih bijak dlm berkomunikasi, dan bnyak Allah bri ilmu agama asbab usaha yg di sebut2 jemaah tabhligh … Blom kenal blom tau…
Que Han : gua respect jemaah tabligh.. dunia dah nk rosak disbbkn nafsu2 manusia.. tetapi mereka (tadbligh) berjaya mengimbangi dunia ini dari orang2 yg rakus.
Faizal Miqael : Member2 sy ramai yg kluar tabligh sampai 4 bulan pegi ke india,pakistan dan banglades,peaarh.. balik malaysia alhamdulillah,sejuk mata,hati tengok perubahan beliau.
Yarn Marziana Sali : syukran dear Marzila Muhammad tag akak…tu lah pengalaman akak bersama isteri jemaah tabligh, (masturat),… subhanallah, sprt baru memeluk islam… baru kenal diri, baru kenal Allah.. malu sgt2, baru perasan diri ini sebenarnya sombong… itu sbb melengahkan taubat… Allahu…. Ampunkanlah segala dosa2 sy dan semua org Islam
Luqman Hafizi : Tabligh ni bgos sbnrnya,dia menyampaikan dakwah dri stu rumah ke stu rmah…kdng2 jumpa kat masjid..dia cerita psl sejarah nabi2 kita…mcm2 dia cerita psl agama..xbosan mendengar
Nelviana Nelviana : Adik,kakak dan kakak saudara sy orang jamaah tabliq.mereka sangat kuat mengerjakan sunah Rassulullah.Saw.Suatu saat sy juga berharap supaya sy di beri Hidayah oleh Allah menjadi seperti mereka yg menutup seluruh aurat n mengerjakan sunah2 Rassul.
Ku Kau : ak pnh ikut rmbngon p tabligh 3 hari mse umor 12thun…ada 1 hari tu p ajak org y tua y tgh mnyangkul tanah p masjid dgr taklim..tibe2 jer die naik angin myb die pantang ngn org tabligh..nasib baik xkena cangkul.pdhal budak2 je pn..jgn xpercaya klu ada sesetengah org y pantang nmpk org tbligh mula sumpah seranah
Semuga ALLAH terus limpahkan taufiq dan hidayah kepada kita dan keluarga serta anak cucu cicit dan keturunan sehingga hari kiamat untuk terus bertauhid kepada Tuhan yang satu …. ALLAH SWT dengan mengikut cara hidup yang telah ditunjukkan oleh RASULULLAH SAW.
127 Comments
Jemaah tabligh semoga mendapatkan pencerahan dari belajar aqidah Ahli Sunnah Waljamaah
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Tips Bersabar [1]
semoga jamaah tabligh mendapatkan hidayah dan mempelajari sunnah dengan benar dan takkan dihina lagi
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kebahagiaan Seorang Hamba
bukan mudah berpegang teguh pad Sunnah di akhir jaman bagaikan memegang bara api
Curahan rasa risalah @ ..HUKUM DAN SYARAT MENYAPU KHUF
nak disayang nabi dan Allah, bukan senang kan…
kenalah berkorban sikit di dunia
sy mmbesar dlm famili tabligh, hingga dah kahwin pun still the same. alhmdllh~
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Travelog Haji 1435H: Madinah (Bahagian 1)
Semoga Allah selalu memelihara kita dalam istiqamah di jalan kebenaran
Curahan rasa Abdullah @ ..Islam Agama yang Sempurna (Bagian 7: Islam dan Politik)
Betul tu…. kekadang sebab nila setitik rosak susu sebelanga
Setahu saya mereka bukan mengklasifikasikan diri mereka sebagai sebuah jemaah yang berasingan, sebaliknya mereka bergerak secara berjemaah agar lebih tersusun pergerakan mereka.
Di lapangan masing-masing mereka juga bercampur gaul dengan masyarakat sekeliling.
Wallahu ‘alam.
Curahan rasa aLiXaL @ ..Gaji Graduan Universiti Tidak Mampu Untuk Simpan Duit
Kenapa ada jurang di antara “tabligh” dan “orang bukan tabligh”? Bukan ke kita semua patut amalkan gaya hidup sunnah, Rasulullah pun suruh kita kejar akhirat dan dunia. Hmm (?)
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
memang tak patut ada jurang sebegitu keatas mereka yang memperjuangkan ilmu Islam
Curahan rasa cikgu naman @ ..Baiki cermin kereta retak
Mereka berpegang dengan enam prinsip utama:
1. Yakin terhadap kalimah tayyibah (la ilaha illallah Muhammad Rasulullah)
2. Solat khusyu’ dan khudu’ (ketundukan)
3. Ilmu dan zikir
4. Ikram muslimin (Memuliakan muslim yang lain dengan khidmat)
5. Tashih al-niyyah (membetulkan dan mengikhlaskan niat)
6. Dakwah dan tabligh (dengan cara keluar berdakwah[khuruj] dalam tempoh-tempoh tertentu seperti tiga atau empat puluh hari atau empat bulan.
Curahan rasa adna2029 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Pernah dengar kawan2 cakap, jemaah tabligh ni kadang2 nampak kotor dan ada yang berbau. Bila aku perhatikan kadang2 ada benarnya juga. Mungkin tidak semua jemaah tabligh berkeadaan begini. Oleh kerana golongan kecil maka mereka beranggapan begitu.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Otak Blurr Tak Tahu Nak Tulis Apa
oh yeke..setakat ni saya belum jumpa lagi..normal lah, orang bukan tabligh pun ada yang pengotor..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Baiki cermin kereta retak
ye mungkin pula karena satu dua orang maka terkena lah semua padahal yang lain tidak seperti itu
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Arsitektur Kubah dan Interior Mesjid Dari Seluruh Dunia yang Indah
kat sekolah pun ada seorang Ustza yang selalu join tabligh seluruh dunia semasa cuti sekolah
Curahan rasa cikgu naman @ ..Jualan Revolusi Online Lazada
masa SPM dulu ada kawan yang ikut tabligh sekali dengan bapak dia..ada ajak saya tapi tak pergi..hehe
tabligh ni takde masalah..tak kacau kita pun..dia nak menyampaikan ilmu je
Curahan rasa cikgu naman @ ..Jualan Revolusi Online Lazada
Saya suka melihat jemaah tabligh kerana cara mereka mengikut sunnah Rasulullah…saya harap sunnah Rasulullah ini dapat dipertahankan sehingga selamanya…
amin. semoga mereka terus menyampaikan ilmu akhirat yang berguna kepada umat islam
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
aah..segala galanya..dari berpakaian, makan dan mengidupkan tazkirah di masjid/surau
Curahan rasa cikgu naman @ ..Jualan Revolusi Online Lazada
mereka dah menyampaikan dakwah yang baik..itu usaha yang bagus..kita yang masih mencari ilmu..boleh menimba ilmu dari diaorang tu
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Blogger Buat Duit Online
mereka adalah antara golongan yang tepat utk kita menuntut ilmu agama
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
dekat U pun ada jemaah tabligh, biasanya ramai budak² U kunci pintu bilik bila lihat budak tabligh
Curahan rasa cikgu naman @ ..Jualan Revolusi Online Lazada
Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Semoga usaha tabligh mereka dipermudahkan Allah.
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Alpha Lipid Bee Venom
yang negatif ni tak ramai. tapi mereka telah mencemarkan nama baik ulamak.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
biasanya yang negatif ni orang yang pandang serong pada tabligh lah..mereka takut betul bila didatangi tabligh
Curahan rasa cikgu naman @ ..Jualan Revolusi Online Lazada
insyaAllah..mereka nak menyampaikan ilmu Allah..jadi Allah akan permudahkan
Curahan rasa cikgu naman @ ..Jualan Revolusi Online Lazada
semoga mereka mengerjakan Sunnah sebenar-benarnya dan selalu memperbaharui ilmu tentang Agama yang lurus ini
Curahan rasa Abdullah @ ..Islam Agama yang Sempurna (Bagian 7: Islam dan Politik)
Comments are closed.