Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Syam yang terdiri dari Jordan, Palestine dan Syria adalah bumi yang diberkahi oleh Allah tempat manusia akan dihimpun di sana pada hari kiamat kerana itu Yahudi sanggup membayar USD100k untuk dikebumikan berhampiran dengan kota Juruselam. Syam, bumi di mana kaum muslimin akan berperang dalam pertempuran terbesar yang sering disebut peperangan Armageddon antara kaum muslimin dan musuh-musuhnya di akhir zaman.
Bersyukur sangat apabila Allah pilih kami sekeluarga bersama sahabat-sahabat dari Zahafiz Travel & Tour dapat menjejaki bumi Syam. Nak minitis air mata apabila melihat kubah Masjid Al Aqsa buat pertama kali dari jauh yang selama ini keliru dengan Dome of the rock. Mengembara selama seminggu di bumi Syam terlalu banyak jejak Islam dan terasa sedikitnya ilmu di dada.
Dalam entri sebelum ini “Menjejaki Baitulmuqqadis kali pertama” telah diceritakan kisah kami singgah di Makam Nabi Musa a.s berserta gambar masjid Nabi Musa a.s di Jericho. Selain Masjid Al Aqsa banyak lagi jejak-jejak makam Rasul yang kami singgah dalam tempoh seminggu kembara palestine.
Makam Nabi Daud a.s
Makam Nabi Daud a.s adalah tempat suci untuk Yahudi terletak di dalam sebuah bangunan berkubah kelabu di hadapan Zion Gate luar kota Juruselam. Alhamdulillah kami dibenarkan masuk kerana biasanya hari Sabtu ramai Yahudi yang datang untuk beribadah. Nak masuk kena pakai tutup kepala kalau tak ada terpaksalah guna kupian yahudi. Mengambil gambar tidak dibenarkan dan kawasan lelaki dan wanita diasingkan. Yahudi sangat menghormati Nabi Daud a.s atau lebih dikenali sebagai King Davis kerana bagi mereka inilah bapa mereka dan untuk umat Islam Nabi Daud a.s juga banyak kisahnya untuk kita ambil iktibar dalam kehidupan yang semakin mencabar diakhir zaman.
Makam Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ishaq a.s
Selepas menziarahi Makam Nabi Daud a.s kami dibawa jauh menyusuri temboh tinggi yang memisahkan Israel dan Palestine ke Hebron untuk menziarahi makam Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ishaq a.s. Hebron pernah ditakluki Israel selapas perang 6 hari kemudian diserahkan kembali kepada PLO selepas perjanjian Oslo. Makam Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ishak a.s dan Nabi Yaakob a.d terletak di dalam Masjid Nabi Ibrahim a.s yang dikawal ketat oleh askar Israel.
Umat Islam dibenarkan menziarahi makan Nabi Ibrahim a.s, makam Sarah isteri Nabi Ibrahim a.s, makam Nabi Ishak a.s dan makan Rifqa isteri Nabi Ishak a.s tetapi tidak dibenarkan melawat makam Nabi Yaakob a.s walaupun hanya bersebelahan dengan makam Nabi Ibrahim a.s. Dinding khas dibina antara makam Nabi Ibrahim a.d dan makam Nabi Yaakob a.s. Yahudi bebas untuk menziarah kesemua makam yang terdapat di dalam Masjid Nabi Ibrahim.
Di Masjid Nabi Ibrahim masih ada lagi mimbar masjid yang dihadiahkan oleh Salahudin Al Ayubi sama seperti mimbar di Masjid Al Aqsa yang telag terbakar setelah dibaling bom api oleh extrimist Yahudi dari Australia pada awal tahun 90 an.
Tempat lahir Nabi Isa a.s
Daripada Hebron kami bergerak ke Bethlehem bandar suci untuk Kristian kerana di sinilah Nabi Isa a.s dilahirkan. Bethlehem suatu masa dahlu dijajah oleh Israel tetapi diserah semula kepada PLO setelah perjanjian Oslo pada awal tahun 1990 an. Di kawasan yang dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa a.s terdiri gereja kuno nativity dan dua gereja lain berbeza mazhab. Kebetulan kami datang dua hari sebelum krismas jadi ramailah penganut agama kristian daripada berbagai negara yang datang.
Kalau kita membaca kisah Nabi Muhammad SAW Israk dari Mekah ke Baitulmuqqadis pasti ada terbaca Baginda singgah di Baitullaham atau Bethlehem kota kelahiran Nabi Isa a.s. Bethlehem juga terkenal dengan kisah Khalifah Umar Al Khattab yang singgah setelah tentera Islam berjaya menakluki Kota Baitulmuqqadis sehingga terbina Masjid Umar Al Khattab di hadapan gereja Nativity. Bethlehem juga sangat penting kepada Yahudi kerana ini juga tempat lahir Nabi Daud a.s dan Nabi Yaakob a.s.
Makam Nabi Yunus a.s
Dalam perjalanan dari Hebron ke Bethlehem kami singgah di sebuah bandar kecil Halhul yang terdapat masjid Nabi Yunus a.s yang sudah berusaha beratus tahun. Di dalam masjid Nabi Yunus a.s terdapat makam Nabi Yunus a.s. Melihat makam Nabi Yunus a.s pasti mengingatkan kita dengan kisah Baginda ditelan ikan besar selama 40 hari dan doa Nabi Yunus a.s.
Makam Salman Al Farsi
Kami sempat juga menziarahi makam sahabat Rasulullah SAW yang pernah masuk berbagai agama dan akhirnya menjadi perjuang setia Islam Salam Al Farsi di Bukit Zaitun. Seorang perjuang Islam yang mendapat tempat di hati Rasulullah SAW dan dikurniakan umur yang panjang untuk menyebar syiar Islam.
Tembok pemisah Israel dan Palestine
Regim kejam Israel telah membina tembok setinggi 9 meter sejauh 900 kilometer memecahkan bumi Palestine sehingga memisahkan kaum keluarga dan memenjara penduduk Palestine di Tebing Barat daripada dunia. Tembok kejam ini telah menyebabkan warga Palestine terpisah dengan dunia luar. Ketika bertemu dengan wakil mufti Hebron beliau memohon doa dari semua umat Islam dari seluruh dunia supaya mereka diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan menentang Yahudi yang kejam.
116 Comments
Semoga ada rezeki merasai menjejakkan kaki di negara orang sambil tambah tambah ilmu pengetahuan
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
semoga rakyat Palestine sentiasa dilindungi dari kekejaman Zionis.. teringinnya nak menjejakkan kaki ke sini..
Curahan rasa shamiera osment @ ..Salam Aidiladha…
Amiin semoga mereka bebas daripada sebarang penjajahan dan boleh hidup seperti sedia kala
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Ya Allah, aku harap suatu hari nanti dapat aku menjejak kan kakiku di bumi palestine.. mudah mudahan dipermudahkan oleh Allah.
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
InsyaAllah, kita sama2 berdoa, semoga dapat kita menjejakkan kaki kebumi Palestin
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
Tempat yang wawa nak pergi sangat. Ya Allah, mudah-mudahan rakyat disini sentiasa dilindungi oleh kekejaman zionis yang tidak pernah berhenti menghapuskan mereka.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Benar tu, selain dari Mekah dan madinah, Palestin adalah bumi yg menjadi keinginan setiap umat Isalam utk dilawati.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
Perenggan akhir tu menarik. Kita umat Islam jom sama sama doakan mereka rakyat palestine. Sudah terlalu lama mereka menderita dengan kekejaman zionis.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
InsyaAllah…Zionis akan hancur jua suatu hari nanti, namun segala2 nya bergantung kpd kita… Marilah bersama2 kita berdoa utk kehancuran Zionis
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
Entri yang paling menarik dalam kembara jejak2 rasul. Banyak gambar yg memberi peluang utk kami melihat keadaan sebenar disana. Terima kasih dh diatas perkongsian yg sangat menarik dan bermakna ini.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Idea Gila Yang Memang Giler!
seronok baca kisah nabi dan rasul. harap diberikan rezeki dan peluang untuk ke sana satu hari nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
membaca kisah nabi memang seronok. sedikit sebanyak kita boleh mengetahui sejarahnya. In Sha Allah suatu hari nanti kita bakal pergi ke palestin.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
sedih bila tengok rakyat palestin dilayan seperti banduan di negara sendiri
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
betul tu. namun, mereka kuat dalam mempertahankan hk mereka sendiri terutamanya agama islam.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Seronok baca kisah Tuan Denaihati yang berpeluang melawat makam para Rasul ni. Kalau ada rezeki lebih suatu hari nanti, nak jugak kesana. 🙂
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..BBQ.
tentu seronok dapat melawat makam para rasul…rasa sedih pula bila hayan orang yahudi sahaj dibenarkan melawat makam nabi Yaakob a.s…sebab itulah kita kena kembalikan kuasa Islam di Palestine..agar orang Islam bebas beribadah di sana
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Erti Persahabatan
bestnyer tengok tuan dapat kesana dengan perkongsian maklumat mengenai palestin dapat juga saya tahu serba sedikit tentang palestin terima kasih berkongsi di sini..insyllah saya ingin juga menyusur kaki di sana tapi bila tu tak tahu la..
Curahan rasa adna2029 @ ..Keindahan Tempat Pelancongan Indonesia
alhamdullah dengan perkongsian ilmu dari tuan dapat juga saya tahu serba sedikit tempat bersejarah di palestin walaupun tak pernah jejak kaki di sana..
Curahan rasa adna2029 @ ..Keindahan Tempat Pelancongan Indonesia
Menarik minat wan untuk pergi ke sana satu hari nanti. Insya Allah.
Wan tertarik dengan kehebatan dan keindahan senibina yang ditinggalkan. Kalau tidak kerana keganasan perang, mesti lebih baik struktur nya kan.
Kasihan juga pada penduduk Palestine yang dilakukan sedemikian rupa. Tembok yang tak perlu dibina sekalipun. Kerana itu bukan tanah mereka.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Seronoknya kalau dapat pergi sana…
Ya Allah,
Permudahkanlah segala urusan kami…
Curahan rasa ubat gout @ ..panduan kurangkan gout
YaAllah adalah rezeki saya dpt menjejakkan kaki kemasjid Al Aqsa dan menziarahi makam para Rasul..Amin
Comments are closed.