Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Syam yang terdiri dari Jordan, Palestine dan Syria adalah bumi yang diberkahi oleh Allah tempat manusia akan dihimpun di sana pada hari kiamat kerana itu Yahudi sanggup membayar USD100k untuk dikebumikan berhampiran dengan kota Juruselam. Syam, bumi di mana kaum muslimin akan berperang dalam pertempuran terbesar yang sering disebut peperangan Armageddon antara kaum muslimin dan musuh-musuhnya di akhir zaman.
Bersyukur sangat apabila Allah pilih kami sekeluarga bersama sahabat-sahabat dari Zahafiz Travel & Tour dapat menjejaki bumi Syam. Nak minitis air mata apabila melihat kubah Masjid Al Aqsa buat pertama kali dari jauh yang selama ini keliru dengan Dome of the rock. Mengembara selama seminggu di bumi Syam terlalu banyak jejak Islam dan terasa sedikitnya ilmu di dada.
Dalam entri sebelum ini “Menjejaki Baitulmuqqadis kali pertama” telah diceritakan kisah kami singgah di Makam Nabi Musa a.s berserta gambar masjid Nabi Musa a.s di Jericho. Selain Masjid Al Aqsa banyak lagi jejak-jejak makam Rasul yang kami singgah dalam tempoh seminggu kembara palestine.
Makam Nabi Daud a.s
Makam Nabi Daud a.s adalah tempat suci untuk Yahudi terletak di dalam sebuah bangunan berkubah kelabu di hadapan Zion Gate luar kota Juruselam. Alhamdulillah kami dibenarkan masuk kerana biasanya hari Sabtu ramai Yahudi yang datang untuk beribadah. Nak masuk kena pakai tutup kepala kalau tak ada terpaksalah guna kupian yahudi. Mengambil gambar tidak dibenarkan dan kawasan lelaki dan wanita diasingkan. Yahudi sangat menghormati Nabi Daud a.s atau lebih dikenali sebagai King Davis kerana bagi mereka inilah bapa mereka dan untuk umat Islam Nabi Daud a.s juga banyak kisahnya untuk kita ambil iktibar dalam kehidupan yang semakin mencabar diakhir zaman.
Makam Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ishaq a.s
Selepas menziarahi Makam Nabi Daud a.s kami dibawa jauh menyusuri temboh tinggi yang memisahkan Israel dan Palestine ke Hebron untuk menziarahi makam Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ishaq a.s. Hebron pernah ditakluki Israel selapas perang 6 hari kemudian diserahkan kembali kepada PLO selepas perjanjian Oslo. Makam Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ishak a.s dan Nabi Yaakob a.d terletak di dalam Masjid Nabi Ibrahim a.s yang dikawal ketat oleh askar Israel.
Umat Islam dibenarkan menziarahi makan Nabi Ibrahim a.s, makam Sarah isteri Nabi Ibrahim a.s, makam Nabi Ishak a.s dan makan Rifqa isteri Nabi Ishak a.s tetapi tidak dibenarkan melawat makam Nabi Yaakob a.s walaupun hanya bersebelahan dengan makam Nabi Ibrahim a.s. Dinding khas dibina antara makam Nabi Ibrahim a.d dan makam Nabi Yaakob a.s. Yahudi bebas untuk menziarah kesemua makam yang terdapat di dalam Masjid Nabi Ibrahim.
Di Masjid Nabi Ibrahim masih ada lagi mimbar masjid yang dihadiahkan oleh Salahudin Al Ayubi sama seperti mimbar di Masjid Al Aqsa yang telag terbakar setelah dibaling bom api oleh extrimist Yahudi dari Australia pada awal tahun 90 an.
Tempat lahir Nabi Isa a.s
Daripada Hebron kami bergerak ke Bethlehem bandar suci untuk Kristian kerana di sinilah Nabi Isa a.s dilahirkan. Bethlehem suatu masa dahlu dijajah oleh Israel tetapi diserah semula kepada PLO setelah perjanjian Oslo pada awal tahun 1990 an. Di kawasan yang dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa a.s terdiri gereja kuno nativity dan dua gereja lain berbeza mazhab. Kebetulan kami datang dua hari sebelum krismas jadi ramailah penganut agama kristian daripada berbagai negara yang datang.
Kalau kita membaca kisah Nabi Muhammad SAW Israk dari Mekah ke Baitulmuqqadis pasti ada terbaca Baginda singgah di Baitullaham atau Bethlehem kota kelahiran Nabi Isa a.s. Bethlehem juga terkenal dengan kisah Khalifah Umar Al Khattab yang singgah setelah tentera Islam berjaya menakluki Kota Baitulmuqqadis sehingga terbina Masjid Umar Al Khattab di hadapan gereja Nativity. Bethlehem juga sangat penting kepada Yahudi kerana ini juga tempat lahir Nabi Daud a.s dan Nabi Yaakob a.s.
Makam Nabi Yunus a.s
Dalam perjalanan dari Hebron ke Bethlehem kami singgah di sebuah bandar kecil Halhul yang terdapat masjid Nabi Yunus a.s yang sudah berusaha beratus tahun. Di dalam masjid Nabi Yunus a.s terdapat makam Nabi Yunus a.s. Melihat makam Nabi Yunus a.s pasti mengingatkan kita dengan kisah Baginda ditelan ikan besar selama 40 hari dan doa Nabi Yunus a.s.
Makam Salman Al Farsi
Kami sempat juga menziarahi makam sahabat Rasulullah SAW yang pernah masuk berbagai agama dan akhirnya menjadi perjuang setia Islam Salam Al Farsi di Bukit Zaitun. Seorang perjuang Islam yang mendapat tempat di hati Rasulullah SAW dan dikurniakan umur yang panjang untuk menyebar syiar Islam.
Tembok pemisah Israel dan Palestine
Regim kejam Israel telah membina tembok setinggi 9 meter sejauh 900 kilometer memecahkan bumi Palestine sehingga memisahkan kaum keluarga dan memenjara penduduk Palestine di Tebing Barat daripada dunia. Tembok kejam ini telah menyebabkan warga Palestine terpisah dengan dunia luar. Ketika bertemu dengan wakil mufti Hebron beliau memohon doa dari semua umat Islam dari seluruh dunia supaya mereka diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan menentang Yahudi yang kejam.
116 Comments
seronok membaca pengalaman tuan DH , semoga suatu hari nanti den berpeluang ke sana pulak…amin…
Curahan rasa papa mifz @ ..Kenapa Dia Menangis Selama Satu Jam…???
kali ini..manyak panjag ini entri woo..
Curahan rasa titan @ ..Cerek.
terbaiklah kisah cerita ni, rasa best jer
Curahan rasa Juan @ ..Buat Duit Dengan Nuffnang – Asas Iklan Berbayar di Blog
Beruntung dapat melawat tempat para Anbia. Pernah pergi ke Lubnan beberapa tahun dahulu dapat lihat kesan kemusnahan Beirut akibat dibedil oleh Israel dan kesan peluru jelas pada dinding bangunan.
Curahan rasa akubiomed @ ..Mari lihat pinjaman buku teks pelaksanaan KSSR tahun 4
sungguh sebuah kembara yg kaya akan makna terutama untuk memperkuat iman.
kenapa tak boleh melawat makam nabi yakub a.s?
Belum puas rasanya baca perjalanan anda dalam ziarah ke makam para nabi, ingin rasanya bisa melihatnya secara langsung … apa daya untuk kesana pasti perlu biaya yang besar, sebagai pengganti keinginan, kami kirimkan bacaan Al-Fatihah untuk para nabi yang dimakamkan disana, Al-Fatihah….!
Curahan rasa nuansa pena @ ..Profil Buya Hamka: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk
jadi pengen ke Palestine, moga suatu saat nanti bisa jejakan kaki disana…
Curahan rasa Budi Majid @ ..Power Bank Eser Eagle 8800 mAh
PLO itu akronim untuk apa ya?
Curahan rasa ERIDY @ ..Blog sampah pun blog sampah laa..
Palestine Liberation Organization(PLO), atau Pertubuhan Pembebasan Palestin.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jejak-jejak Rasul di bumi Palestine
wah makamnyaa besar2 banget yahh
Ternyata banyak peninggalan bersejarah dan juga makam-makam nabi Allah yang ada di tanah palestine ini.
Menambah pengetahuan dan juga paling tidak mengetahui melalui gambar-gambar yang tersaji di diatas.
Allahu Akbar…pada masanya nanti manusia akan mengetahui akan kebenaran ajaran Islam yang mulia ini aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Pembuatan Akta Kelahiran KK Dan KTP Gratis
Allahuakbar. Banyak tinggalan sejarah agung di bumi Palestin. Bersama kita sentiasa berdoa kepada saudara kita di Palestin. Moga diberi kekuatan utk menentang kezaliman Israel zionis laknatullah.
Terima kasih tuan DH berkongsi gambar yg byk memberi sejuta pengertian.
p/s-terima kasih juga utk backlink Kisah Umar al-Khattab =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Kembara Palestine Jejak Khalifah Umar al-Khattab r.a
sip info yang sangat baguys
Curahan rasa baju batik @ ..MG-629
Tembok pemisah yang tinggi dan jauh sungguh..
Curahan rasa KiD @ ..Final Pencetus Ummah Duniaku Dakwahku
Temboh pemisah dunia luar rakyat Palestin. Kesian pulak bila kena gali terowong utk teruskan hidup. Allahuakbar!
Curahan rasa hafizmd @ ..10 Blogger Pilihan 2013!
Entah bila agaknya saya akan merasai pengalaman sebagaimana tuan denaihati rasai..walaupun tak berpeluang untuk kesana,baca artikel ni dah rasai sepertimana mata sendiri yang melihatnya..
Curahan rasa Hafizul @ ..Pulangan Pelaburan Melebihi 2000% Setahun
Seronok membaca pengalaman Tuan Denaihati menjejaki makan-makam nabi… Bilalah agaknya saya dapat berpeluang menjejakkan kaki ke sana…
Curahan rasa Anuar @ ..Sukipt 2014 kembali lagi..
Sy selalu berdoa moga sy akan sampai juga disana nnti
Curahan rasa sohoque @ ..Tuhan Hantar Dia Untuk Mengajar Aku
ameen ameen ameen…andai kita tak diberi peluang sampai…moga2 doa kita sampai kepada mereka…ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Kembara Palestine Jejak Khalifah Umar al-Khattab r.a
Comments are closed.