Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Syam yang terdiri dari Jordan, Palestine dan Syria adalah bumi yang diberkahi oleh Allah tempat manusia akan dihimpun di sana pada hari kiamat kerana itu Yahudi sanggup membayar USD100k untuk dikebumikan berhampiran dengan kota Juruselam. Syam, bumi di mana kaum muslimin akan berperang dalam pertempuran terbesar yang sering disebut peperangan Armageddon antara kaum muslimin dan musuh-musuhnya di akhir zaman.
Bersyukur sangat apabila Allah pilih kami sekeluarga bersama sahabat-sahabat dari Zahafiz Travel & Tour dapat menjejaki bumi Syam. Nak minitis air mata apabila melihat kubah Masjid Al Aqsa buat pertama kali dari jauh yang selama ini keliru dengan Dome of the rock. Mengembara selama seminggu di bumi Syam terlalu banyak jejak Islam dan terasa sedikitnya ilmu di dada.
Dalam entri sebelum ini “Menjejaki Baitulmuqqadis kali pertama” telah diceritakan kisah kami singgah di Makam Nabi Musa a.s berserta gambar masjid Nabi Musa a.s di Jericho. Selain Masjid Al Aqsa banyak lagi jejak-jejak makam Rasul yang kami singgah dalam tempoh seminggu kembara palestine.
Makam Nabi Daud a.s
Makam Nabi Daud a.s adalah tempat suci untuk Yahudi terletak di dalam sebuah bangunan berkubah kelabu di hadapan Zion Gate luar kota Juruselam. Alhamdulillah kami dibenarkan masuk kerana biasanya hari Sabtu ramai Yahudi yang datang untuk beribadah. Nak masuk kena pakai tutup kepala kalau tak ada terpaksalah guna kupian yahudi. Mengambil gambar tidak dibenarkan dan kawasan lelaki dan wanita diasingkan. Yahudi sangat menghormati Nabi Daud a.s atau lebih dikenali sebagai King Davis kerana bagi mereka inilah bapa mereka dan untuk umat Islam Nabi Daud a.s juga banyak kisahnya untuk kita ambil iktibar dalam kehidupan yang semakin mencabar diakhir zaman.
Makam Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ishaq a.s
Selepas menziarahi Makam Nabi Daud a.s kami dibawa jauh menyusuri temboh tinggi yang memisahkan Israel dan Palestine ke Hebron untuk menziarahi makam Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ishaq a.s. Hebron pernah ditakluki Israel selapas perang 6 hari kemudian diserahkan kembali kepada PLO selepas perjanjian Oslo. Makam Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ishak a.s dan Nabi Yaakob a.d terletak di dalam Masjid Nabi Ibrahim a.s yang dikawal ketat oleh askar Israel.
Umat Islam dibenarkan menziarahi makan Nabi Ibrahim a.s, makam Sarah isteri Nabi Ibrahim a.s, makam Nabi Ishak a.s dan makan Rifqa isteri Nabi Ishak a.s tetapi tidak dibenarkan melawat makam Nabi Yaakob a.s walaupun hanya bersebelahan dengan makam Nabi Ibrahim a.s. Dinding khas dibina antara makam Nabi Ibrahim a.d dan makam Nabi Yaakob a.s. Yahudi bebas untuk menziarah kesemua makam yang terdapat di dalam Masjid Nabi Ibrahim.
Di Masjid Nabi Ibrahim masih ada lagi mimbar masjid yang dihadiahkan oleh Salahudin Al Ayubi sama seperti mimbar di Masjid Al Aqsa yang telag terbakar setelah dibaling bom api oleh extrimist Yahudi dari Australia pada awal tahun 90 an.
Tempat lahir Nabi Isa a.s
Daripada Hebron kami bergerak ke Bethlehem bandar suci untuk Kristian kerana di sinilah Nabi Isa a.s dilahirkan. Bethlehem suatu masa dahlu dijajah oleh Israel tetapi diserah semula kepada PLO setelah perjanjian Oslo pada awal tahun 1990 an. Di kawasan yang dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa a.s terdiri gereja kuno nativity dan dua gereja lain berbeza mazhab. Kebetulan kami datang dua hari sebelum krismas jadi ramailah penganut agama kristian daripada berbagai negara yang datang.
Kalau kita membaca kisah Nabi Muhammad SAW Israk dari Mekah ke Baitulmuqqadis pasti ada terbaca Baginda singgah di Baitullaham atau Bethlehem kota kelahiran Nabi Isa a.s. Bethlehem juga terkenal dengan kisah Khalifah Umar Al Khattab yang singgah setelah tentera Islam berjaya menakluki Kota Baitulmuqqadis sehingga terbina Masjid Umar Al Khattab di hadapan gereja Nativity. Bethlehem juga sangat penting kepada Yahudi kerana ini juga tempat lahir Nabi Daud a.s dan Nabi Yaakob a.s.
Makam Nabi Yunus a.s
Dalam perjalanan dari Hebron ke Bethlehem kami singgah di sebuah bandar kecil Halhul yang terdapat masjid Nabi Yunus a.s yang sudah berusaha beratus tahun. Di dalam masjid Nabi Yunus a.s terdapat makam Nabi Yunus a.s. Melihat makam Nabi Yunus a.s pasti mengingatkan kita dengan kisah Baginda ditelan ikan besar selama 40 hari dan doa Nabi Yunus a.s.
Makam Salman Al Farsi
Kami sempat juga menziarahi makam sahabat Rasulullah SAW yang pernah masuk berbagai agama dan akhirnya menjadi perjuang setia Islam Salam Al Farsi di Bukit Zaitun. Seorang perjuang Islam yang mendapat tempat di hati Rasulullah SAW dan dikurniakan umur yang panjang untuk menyebar syiar Islam.
Tembok pemisah Israel dan Palestine
Regim kejam Israel telah membina tembok setinggi 9 meter sejauh 900 kilometer memecahkan bumi Palestine sehingga memisahkan kaum keluarga dan memenjara penduduk Palestine di Tebing Barat daripada dunia. Tembok kejam ini telah menyebabkan warga Palestine terpisah dengan dunia luar. Ketika bertemu dengan wakil mufti Hebron beliau memohon doa dari semua umat Islam dari seluruh dunia supaya mereka diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan menentang Yahudi yang kejam.
116 Comments
semoga bisa mengambil ibroh dari perjalanannya
Curahan rasa bestagaric @ ..Obat Alternatif Pengencer Darah
Nice shar gan..
Muhammad saw adalah Rasul dan tauladan bagi seluruh umat manusia.
bahkan non muslim pun banyak yang mengakui akan hal itu..
Maaf pak, kalau bisa tolong cantumkan sumber bacaannya dari buku apa, agar lebih PD untuk menjelaskan ke orang lain
sungguh terasa rindu Rasulullah… melihat gambar belum cukup merawat rindu tetapi cukup sekadar adanya… semoga kami pula berpeluang ke sana..
🙂
Curahan rasa yangbaik @ ..Jom Naikkan Trafik Blog 2014!
bagus sangat artikelnya, makasi udashare
Curahan rasa razaq @ ..Download Driver Printer HP Laserjet Pro P1606DN
Bertuah ler bro Amir dapat berkunjung menjejaki sendiri jejak2 peninggalan Nabi2 terdahulu.. baca & lihat gambar pun dah seronok, apatah lagi jika dapat mengunjunginya sendiri..
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Pelita Bandung Raya
Islam is the best!!
Curahan rasa Aliyafi RIzky @ ..5 Restoran Paling Unik Dan Aneh Di Dunia
perancangan yahudi yang sudah berzaman-zaman, semoga kita terus berdoa untuk keselamatan warga palestin
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Glen Johnson Diberi Lampu Hijau Untuk Keluar LFC
Bila melihat foto-foto nie, saya begitu teruja untuk pergi kesana. Semoga perjuangan umat islam di sana akan menemui kejayaan.
Curahan rasa kamal @ ..WANITA YANG MASUK NERAKA KERANA SEEKOR KUCING
kekejaman Yahudi terserlah bila sanggup bina tembok pemisah setinggi 9 meter tu.
Curahan rasa Que @ ..Cara Mudah Nak Transfer Dan Keluar Duit Tanpa Kad ATM Maybank
Lagi2 perjalanan Tuan DH dan kawan2 sungguh luar biasa dan menyentuh …
Semoga saudara kita yang ada di Palestine diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan oleh Allah SWT
Curahan rasa Rina @ ..How To Create Login & Logout Using MySQL Database And PHP Script
Alhamdulillah entri yang sarat dengan info dan gambar menarik. Teringin betul nak ke sana. Insya-Allah doakan saya sampai. Jazakallah atas perkongsian!
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Hari Pertama Muhammad Ke Tadika
Terima kasih perkongsian ini DH. dapat tahu banyak tentang palestine di sini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jobdirumah Memberi Pendapatan Yang Lumayan
seronok bc pengalaman orang berada di tempat sejarah-sejarah Islam seperti ini…begitu tinggi dan jauh jarak tembok dibina yer.
Curahan rasa ema @ ..Hidangan Timur Tengah
Yea. Seronok baca kisah-kisah Islam di sini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jobdirumah Memberi Pendapatan Yang Lumayan
wah beruntung dapat ke sana, bukan semua org dapat ke sana
Curahan rasa hafiz @ ..Mom Blogger Top Referral Contest
Comments are closed.