Assalamualaikum dan salam sejahtera,
siapa sangka dari minat menjahit di rumah, kini boleh jadi usahawan yang berjaya. Ramai wanita yang mempunyai minat tersebut hanya bermula dari rumah. Sedikit demi sedikit mencari idea dan memasarkan kepada rakan-rakan, kenalan, rakan sekerja secara luar talian yakni dari hebahan mulut ke mulut.
Namun, mengikut trend semasa pada masa kini, seharusnya perkara yang membuahkan hasil itu dikembangkan.
Jannatul Ma’awa binti Jinan Taib yang dikenali dengan nama Puan Janna berumur 34 tahun tidak melepaskan peluang untuk memperluaskan apa yang diusahakan selama ini.
Minat Membuahkan Hasil
Puan Janna mengusahakan jahitan dan sulaman beg atau tas tangan. Gabungan kain serta aksesori memberikan hasil yang cukup kreatif dan menarik bagi dijual kepada awam.
Beliau menyertai eUsahawan pada bulan puasa yang lalu di mana latihan berlangsung di Kolej TAJ Antarabangsa. Di situ Puan Janna diajar pelbagai perkara daripada jurulatih yang berpengalaman.
“Banyak perkara yang diajar seperti story telling, copywriting, unique selling point dan Facebook Ads,” – Puan Janna

Pernah Capai Jualan Hampir Lima Angka Sebulan.
Selepas menyertai kelas eUsahawan secara percuma ini, idea datang semakin mencurah-curah. Puan Janna melebarkan perniagaannya dengan membuat kek biskut, nasi Arab dan juga beberapa jualan cenderamata lain. Permintaan semakin meningkat dari hari ke hari membuatkan Puan Janna mempunyai kumpulan bantuan menjahit seramai 7 orang.
Ini melibatkan kerja-kerja sulaman dan jahitan beg yang memerlukan ketelitian dan Puan Janna mampu mengupah mereka yang lain. Selain itu, beliau mengadakan kelas menjahit dan menjual bahan-bahan jahitan. Dengan usaha yang gigih itu, Puan Janna pernah mencapai jualan hampir lima angka sebulan dengan mempraktikkan apa yang dipelajari di kelas eUsahawan.
Seharusnya peluang ini tidak dilepaskan begitu saja kepada semua individu yang mahu meningkatkan taraf hidup dan berjaya dengan perniagaan yang diusahakan.
Apa yang menarik selepas perogram eUsahawan ini adalah tindakan lanjut selepas menyertainya di mana konsultasi diberikan daripada juruatih-jurulatih yang giat memberikan ilmu kepada peserta.
Ternyata program eUsahawan yang dibawa oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini amat banyak kebaikannya kerana beratus testimoni kejayaan telah dilahirkan. Ini selaras dengan keadaan global di mana kita perlu lebih kreatif untuk menjana pendapatan secara digital ini.
Bagi mereka yang ingin sertai program ini, boleh terus ke Facebook eUsahawanMY atau hubungi di talian berikut :
Hotline (Malaysia) : 1 800 88 8338
Hotline (International) : +6 03 8315 3000
Email : [email protected]
22 Comments
Cantik-cantik hasil tangan beliau. Moga terus maju. Orang yang rajin berusaha pasti boleh berjaya. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..Pencair Darah Semulajadi Untuk Elak Darah Pekat
Hasil usaha yang berterusan membuahkan hasil. Tahniah untuk Puan janna dapat dijadikan contoh usahawan yang berjaya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah.com VS Task.My
Apa sahaja bisnes. Jika kena dengan caranya insyallah boleh berjaya. Kena usaha lebih kuat untuk berjaya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah.com VS Task.My
Memang cantik dan halus jer nampak hasil jahitan puan Janna.
Ambil peluang yang ada, pasti hasilnya memberangsangkan.
Curahan rasa myliferia @ ..Cara Uruskan Duit Bonus Atau Duit Simpanan
Tahniah satu pencapaian yang baik. Buat bisnes dengan hobi. Inshaa Allah akan ikuti jejak langkah Puan Jannatul Maawa.
Curahan rasa Ubat Kuat Lelaki Gambir Emas @ ..Gambir Emas Tahan Lama
tahniah puan.. hasil usaha yang gigih memang akan membuahkan hasil. cuma lambat atau cepat je. moga terus sukses puan
Curahan rasa kauthar mohd @ ..Tonik super power | koleksi testimonial Vivix
Tahniah diucapkan kepada puan Jannatul.
Beliau bijak menggunakan minat dan kepakaran yang beliau ada untuk mengubah benda tersebut menjadi sumber pendapatan beliau.
Curahan rasa Perawat Sihir @ ..Bagaimana Mengembalikan Sihir?
Kat mana kalau nak membeli hasil jahitan ni? Cantik dan menarik la. Senang buat travel. 😀
maybe boleh mesej dia di FB
https://www.facebook.com/jannatulmaawa
Tahniah puan… puan seorang yang hebat.. teruskan usaha & teruskan mencapai kejayaan
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Tips Atasi Masalah Kewangan Mahasiswa
tahniah puan Janna…
tumpang bangga… beliau ialah anak kepada sepupu arwah abah saya… kiranya dua pupulah kami 🙂
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Masalah rambut gugur selepas bersalin dan cara merawat
cantik cantik hasil tangan jannatul maawa.. patut la perniagaan makin laris.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pengalaman Beli Barang CJ Wow Shop
memang cantiklah beg tu, mana boleh beli ya? semoga puan jannatul lebih sukses
Curahan rasa raihanah @ ..Putih Kulit Sopak Kini Mula Memerah Semula
boleh tanya kat fb beliau
https://www.facebook.com/jannatulmaawa
Tahniah Puan Jannatul Maawa.. Teruskan usaha. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..BILA CHICKEN POX ATAU CACAR MENYERANG SUAMI TERSAYANG
Terbaik puan jannatul maawa..
dan terbaik pad eusahawan..melahirkan usahawan2 yang boleh pergi jauh sepert puan ini..
Curahan rasa Jie Susanos @ ..Pengalaman Dengan Google Adsense
Tahniah puan Jannatul Maawa.. kerana berjaya mencapai Jualan sehingga 5 angka sebulan… memang hebat tu…
Curahan rasa Anuar @ ..Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Comments are closed.