Jangan tengok wanita cantik 2 kali haram tu

Spread the love

Salam 1Malaysia, hari ini aku singgah Solat Jumaat di Masjid Al-Syakirin KLCC sebelum meneruskan perjalanan ke Shah Alam. Dah agak lama juga aku tak singgah solat di masjid yang unik ni. Setelah Solat Jumaat aku seperti jemaah yang lain berbondong-bondong berjalan ke arah KLCC dengan niat mencari sesuap nasi.

Sesampai aku di pintu masuk ke KLCC mata nakal aku ini terlihat seorang gadis bertundung pendek, berseluar jeans dan berbaju merah jambu ketat sehingga kelihatan payudara yang boleh tahan saiznya berjalan keluar dari KLCC. Bila mata terlihat terus menyerap mengegar hormon lelaki tetapi cepat-cepat aku beristhifar. Dalam Islam bila ternampak wanita cantik tu nikmat tapi jangan toleh 2-3 kali tu dah haram melainkan isteri sendiri. Jadi kawan-kawan aku kata kalau dah ternampak wanita cantik tengok terus jangan kelip2 sebab kalau toleh kali ke dua dah haram…heee teori sendiri ni.

Gambar dari iLuvislam.com

Bagi aku seksi untuk wanita bukan sekadar dedah sana dedah sini ibarat kata orang tua pakai baju tak cukup kain. Banyak juga kejadian wanita yang berpakaian lengkap lebih seksi daripada wanita yang terdedah sana sini. Ramai Wanita Islam berpakaian lengkap nampak lebih seksi apabila berpakaian ketat sehingga semuanya nampak walaupun berlapik kain. Yang paling tragis ada juga wanita yang berpakaian ketat sehingga menampakan “spare tyre” kat depan, tepi dan belakang, sungguh tak sesuailah.

Aku tak nak lah komen banyak-banyak hal aurat dan etika berpakaian  wanita islam kerana semua pun dah tahu cuma akau nak kongsikan Firman Allah Surah An-Nur ayat 31 : “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung“.


Spread the love

138 Comments

    1. @Norasikin, maknanya pakai ketat tu tak seksi ke? Di sini tak bincang seksi dengan perogol tapi seksi dengan hukum yg telah ditetapkan. Perogol ni bila naik nafsu tidak pandang pada seksi atau tidak tapi pandang lelaki atau perempuan. Bila nafsu dah naik nenek tua pun kena rogol …janji dapat perempaun.

      1. @maryam jamilah, Kajian sendiri tu tak de la tp saya pernah terbaca artikel yang telah saya lupa dimana. Dari statistik dia membuat kesimpulan, “semua mangsa kes rogol-bunuh adalah wanita, ramai diantaranya adalah kanak-kanak kecil. Ini menunjukkan bahawa wanita dan kanak-kanak kecil menjadi mangsa kes rogol dan bunuh bukan kerana mereka berpakaian seksi. Tetapi kerana mereka adalah golongan lemah yang tidak dapat mempertahankan diri sendiri”
        Curahan rasa Norasikin @ ..Pendapatan sambilan – Contoh bidang yang sesuai diceburiMy Profile

  1. Dengan mengenal diri sendiri, seseorang akan sadar dan mengerti tentang kemampuan, karakter, potensi dan kekurangan yang dimiliki di bumi mana ia bertempat serta berdiam diri. Dengan pencapaian kesadaran itu pula, setiap individu yakin akan adanya kekuatan, kekuasaan Maha Besar yang berada jauh dibandingkan dengan dirinya.

    Cerahkan hati dengan pancaran sinar Illahi
    Tebarkan kedamaian dengan cinta kasih dan kelembutan.
    Tetaplah berkarya mengisi kreatifistas dengan pancaran cahaya Illahi
    Karyamu tetap dinanti……. 😉 😆 😉

  2. Perkara melihat wanita seksi ni memang dari dulu dah dengar, tapi seronok tengoj gelagat orang yang pandang tak kelip-kelip…tapi menikmati kecantikan memang kena tekun, hehe…pastu isthifar la banyak2…
    Curahan rasa rashid @ ..Kemana Kau Pergi Syaitonnn-My Profile

  3. saya setuju!!!
    bener juga… tapi, perempuan yang berpakaian dirasa seksi (kalo menurutku, pakaian sopan berlapik kain) itu kuno dan nggak modis daripada baju yang kurang berlapik kain, alias baju moderen kurang kainlah. Terbalik, bukan??
    Curahan rasa Nadia Khadijah Putri @ ..Malam kesendirianMy Profile

    1. @Nadia Khadijah Putri, dunia memang sudah terbalik buat baik dilihat pelik buat yg tak baik sudah jadi budaya yg diterima majoriti masyarakat.

  4. Salam, ada salah ejaan dekat ayat ni “Aku tak nak lah komen banyak-banyak hal aurat dan etika berpakaian wanita islam kerana semua pun dah tahu cuma akau nak kongsikan Firman Allah Surah An-Nur ayat 31″

    rasanya aku kan? bukan akau.. :mrgreen:

  5. ntah lah.. kdg2 rasa baik tak payah pakai tudung dulu kalau ssh nak tutup yg sepatutnya…. aduh lemahnya iman… kdg2 outing pun bukak juga ni 🙁

    1. Lebih baik pakai walaupun pendek daripada tak pakai lansung. Kalau tak pakai lansung dah memang tak ikut tuntutan kalau pakai tapi tak sempurna masih boleh diperbaiki lagi. serupa juga lansung tak solat dengan solat tak sempurna 2 perkara yg berbeza.

        1. maksudnya lebih baik pakai tudung walaupun pakaian tak berapa sempurna daripada lansung tak pakai. Apabila tak pakai tudung makan nampak rambut yg pasti urat yg tidak boleh ditontonkan.

  6. salam bro..memang nafsu lelaki kalau dah tengok perempuan cantik sure akan toleh 2,3 kali..huhu..tp kta xleh ikut nafsu kn..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!