Jalan Raja Laut 1 Kini Dikenali Sebagai Jalan Palestin

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengumumkan pertukaran nama Jalan Raja Laut 1 kepada Jalan Palestin.

DBKL berkata, ia diputuskan selepas mengambil kira sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat negara itu.

Katanya, cadangan untuk mewujudkan Jalan Palestin di Kuala Lumpur tercetus semasa Majlis Himpunan Hari Quds Sedunia yang diadakan di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei tahun lalu.

Dalam perhimpunan tersebut, Kementerian Wilayah Persekutuan sudah memohon kepada DBKL untuk menamakan sebatang jalan di Kuala Lumpur sebagai Jalan Palestin.

Penamaan Jalan Palestin ini adalah sebagai simbol sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dalam menentang penindasan dan seterusnya menubuhkan sebuah negara Palestin,”

DBKL berkata, proses mengenalpasti jalan sesuai sebagai Jalan Palestin mengambil masa agak lama kerana perlu dibuat secara teliti dan perlu melalui prosedur ditetapkan seperti penamaan jalan-jalan lain.

Sementara itu, Kementerian Wilayah Persekutuan berkata, pengisytiharan nama Jalan Palestin berkuatkuasa semalam.

Perasmian nama jalan itu turut disempurnakan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

Sumber : FMT

One Comment

Leave a Reply to Ikhwan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!