Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, saat yang ditunggu-tunggu oleh kakak semakin hampir. 2/10/13 – 9/10/13 tarikh keramat untuk kakak dan calon PMR 2013 yang telah ditunggu sekian lama dengan berbagai persiapan. Kakak terpaksa meninggalkan keluarga masuk asrama di Johor awal tahun 2013 demi untuk membuat persiapan rapi menghadapi PMR 2013. Cita-citanya satu untuk mendapat 9A untuk melayakan diri masuk ke sekolah asrama penuh aliran sains.
Amalan ibubapa ketika anak dalam dewan peperiksaan
Di saat-saat akhir PMR 2013 yang paling penting kakak mesti menjaga kesihatan dengan makan makanan berkhasiat, minum air yang cukup dan tidur yang cukup. Sentiasa pesan kepada kakak untuk tidur sebelum jam 12.00 am dan bangun awal untuk membuat ulangkaji. Sia-sia sahaja usaha selama setahun sekiranya pada hari peperiksaan kakak tidak sihat, sudah pasti tak boleh nak fokus kepada peperiksaan. Bagus juga makan Minda Aktif kerana dengan izin ALLAH in shaa Allah boleh membantu menghilangkan perasaan gemuruh, takut, panik, menambah konsentrasi, menguatkan daya fikir, menghilangkan keletihan dan kelesuan fizikal dan mental.
Klik untuk Minda Aktif menguatkan ingatan dan hafalan untuk calon PMR
Masa untuk membaca buku kurang sesuai yang terbaik fokus menjawab soalan ramalan PMR, soalan percubaan PMR dan soalan PMR tahun-tahun lepas untuk mengasah daya ingatan. Biasanya cikgu akan membuat ramalan soalan yang akan keluar berdasarkan trend jadi jangan abaikan ramalan tersebut.
Persiapan fizikal dan mental untuk kakak dan semua calon PMR 2013 sangat penting ditambah dengan doa dari ibubapa. Kalau atok dulu pasti akan puasa sunat untuk mengiringi anak-anak yang menduduki peperiksaan. Usaha telah dibuat selainnya berdoa dan bertawakal kepada Allah swt. Bagus juga solat sunat istikharah memohon semuga Allah gerakan hati untuk kita membaca bahagia-bahagian yang bakal keluar dalam peperiksaan PMR.
Paling bagus sekarang kena buat jadual ulang kaji mengikut jadual waktu peperiksaan PMR 2013. Berdasar pengalaman ulangkaji di saat akhir sangat membantu terutama kalau terbuat latihan atau terbaca tajuk yang keluar dalam soalan peperiksaan. Dengan jadual ulangkaji calon tidak akan cepat panik dan dapat mengulangkaji dengan bersistematik.
Semuga kakak dan semua calon PMR 2013 dapat menduduki peperiksaan PMR dengan tenang, sihat dan dapat menjawab semua soalan dengan betul. Semuga kakak mendapat 9A+.
Jom kongsi tips peperiksaan dengan adik-adik calon PMR dan ibubapa calon PMR.
Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 Calon Biasa
Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 Calon Berkeperluan Khas (CBK)
51 Comments
Good luck buat kakak semoga berjaya menghadapi PMR 2013
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging
Terharu baca entri macam ni..sayangnya ayah pada sianak…yelah harapan agar kakak berjaya dengan cemerlang menduduki peperiksaan pmr ini..
anak akak pun akan ambik periksa spm tahun ni..semuga anak-anak kita berjaya dengan cemerlang
moga beroleh ketenangan dan kesihatan sepanjang menduduki peperiksaan, doa anti mengiringi perjalanan kakak, agar kejayaan menjadi milik kakak, amin Ya Allah
Love u so much kakak
Teringat zaman PMR tahun 1999 yang lepas, memang macam-macam kelas tambahan saya pergi, tapi ulangkaji saat akhir tu memang teramat membantu.Selamat berjaya kepada Kakak
Curahan rasa wazy @ ..Cara Berniaga Melalui Facebook
wah zaman PMR masih terkenang… score dalam sejarah dan geo, BM, BI…..
semoga KAKAK berusaha dn bertawakal untuk lulus berjaya dalam PMR nanti… =)
kakak ni anak sulung encik DH ke?
Selamat m’hadapi PMR kakak! and goooodluck! kakak mesti boleh buat punye insyaAllah…
terkenang memori manis ambil result PMR 14 tahun sudah… ^-^
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Keajaiban kalimah BISMILLAH
no.2. .mudah-mudahan kakak dipermudahkan. cabaran belajar masa kita sikit sebanyak mesti berbeza dengan anak-anak sekarang.
Curahan rasa Denaihati @ ..Mitsubishi Electric Lancar Peti Sejuk Model Folio JX dan BX
selamat menduduki peperiksaan..dan selamat maju jaya..jawab soalan tu betul2
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Sweet Ke Lelaki Merajuk?
Semoga Kakak dipermudah dalam menjawab soalan PMR sehingga mendapatkan hasil yang cemerlang. Insya Allah, Amin.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Ulang Tahun Google ke-15
selamat menduduki peperiksaan kepada kakak, semoga semuanya dipermudahkan dan beroleh kejayaan yang cemerlang 🙂
Curahan rasa yangbaik @ ..Bukan Tiada Kerja
Good luck buat kakak…
Oh anak tuan ada yang PMR tahun ni…
Moga kakak dapat menjawab dengan baik seterusnya mendapat keputusan cemerlang
Curahan rasa cikgu naman @ ..Mark Adam-Pencuri
Semoga dimudahkan kakak dalam mengikuti ujian PMR 2013 ini aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Jadwal Tes CPNS Honorer K2 2013
Amin. semoga kakak dipermudahkan menjawab soalan nanti, insyaAllah.
Curahan rasa Denaihati @ ..iPhone 5S penipuan di Sim Lim Square Singapore
Semoga KAkak sukses dalam PMR Amin
Curahan rasa munir ardi @ ..Hari Ulang Tahun Google ke 15 di Logo Google hari ini
Amin yaAllah. terima kasih atas doanya bang munir.
Curahan rasa Denaihati @ ..Terkejut 73% usahawan IKS Malaysia buta ICT
haa..suruh kakak study elok-elok..
Curahan rasa titan @ ..Segmen – Saya Mahu Ditegur.
insyaAllah, dah jadi kewajipan. bila anak ambik periksa, kita pun gementar jugalah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual Waktu PMR 2013 untuk kakak
Cikgu pun gementar juga..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Mark Adam-Pencuri
haha..biasalah tu.
gua pun takut gak walaupun takde kaitan sangat. anak saudara ramai yang yang ambil. 3 orang nih..
Curahan rasa titan @ ..Majlis MOU Al Ansar Health bersama Sinar Permata dan Magnetic Aura.
Comments are closed.