Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 18/8/2011 anak sulong aku bersama ribuan calon PMR 2011 akan menghadapi Peperiksaan Percubaan PMR 2011. Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah atau PMR khabarnya tidak lama lagi akan dimansuhkan dan digantikan dengan sistem penilaian yang lain, baguslah tu.
Peperiksaan PMR 2011 sebenar akan dilansungkan pada 4 – 11 Oktober 2011. Calon-calon PMR mempunyai baki 1 bulan lebih untuk memperbaiki kelemahan selepas Peperiksaan Percubaan. Kalau ikut pengalaman aku dahulu biasanya Peperiksaan Percubaan ini soalannya lebih susah dari peperiksaan sebenar dan seharusnya keputusan sebenar akan lebih baik daripada keputusan percubaan.
Berikut Jadual Peperiksaan PMR 2011 :
4/10/2011 :
- Bahasa Melayu Kertas 1 (8.10 – 9.10am),
- Bahasa Melayu Kertas 2 (9.50 – 11.50am)
- Pendidikan Islam Kertas 1 (2.30 – 4.30pm)
5/10/2011 :
- Bahasa Inggeris Kertas 1 (8.10 – 9.10am),
- Bahasa Inggeris Kertas 2 (9.50 – 11.20am)
- Geografi Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)
6/10/2011 :
- Science Kertas 1 (8.10 – 9.10),
- Science Kertas 2 (10.30 – 12.00pm)
- Sejarah Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)
10/10/2011 :
- Mathematics Kertas 1 (8.10 – 9.45am),
- Mathematics Kertas 2 (10.40 – 12.25pm)
- Kemahiran Hidup Bersepadu (2.20 – 3.50pm)
11/10/2011 :
- Bahasa Arab Kertas 1 (8.10 – 10.40am),
- Bahasa Cina Kertas 2 / Bahasa Tamil Kertas 2
- Bahasa Punjabi (8.10 – 10.10am), Bahasa Iban Kertas 2 / Bahasa Kadazandusun Kertas 2 (8.10 – 9.25am), Bahasa Cina Kertas 1 / Bahasa Tamil Kertas 1 / Bahasa Iban Kertas 1 / Bahasa Kadazandusun Kertas 1 (11.10 – 12.10pm)
Untuk mendapat maklumat lengkap sila ke website Kementerian Pelajaran Malaysia
Selamat menghadapi Peperiksaan PMR 2011 semuga semua calon mendapat keputusan yang paling cemerlang. Belajar bersungguh-sungguh kerana hanya ILMU bekalan terbaik untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Pesan Tok Guru supaya ibubapa calon rajin-rajin bagun malam solat sunat Tahajjud dan mendoakan kejayaan anak serta semua calon PMR yang lain. Insyallah sama-sama kita saling mendoakan. Jangan pula mengharapkan orang mendoakan kejayaan anak kita sedangkan kita buat tak tahu je tapi nak sangat anak berjaya. Tiada usaha manakan ada kejayaan.
68 Comments
Jaga kesihatan, banyakkan buat latihan, past year question. Banyakkan sembahyang Hajat doa kepada Allah.
Curahan rasa BloggerHowtt @ ..Insentif Tunai dan Rewards dari Blogger Otai
semoga berjaya kepada semua calon pmr…adik saya juga ada amik pmr tahun ini..sama sama kita doakan kejayaan adik adik ini
rindu zaman PMR 2003 dulu. sampai skrg jadual peperiksaan tu ada di pintu bilik saya.
Curahan rasa eyra @ ..Kuih Raya Untuk Dijual.
good luck buat semua calon2
wah sama dengan UAN ya kalau disini
Curahan rasa munir ardi @ ..The essential of the budget in our Life
rasa berdebarkan bila anak ambil peperiksaan, lagi berdebar hati gurunya…
Wah, PMR da dekat..semoga semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ini telah bersedia..
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
statement riak : saya dapat 8As untuk PMR dan 11As untuk SPM
Curahan rasa Pereman @ ..Jenayah Simbah Asid Kembali lagi Ketika Ramadhan di Malaysia
Wah hebat, sekarang belajar dekat oversea ke? SPM 11A kan
Curahan rasa BloggerHowtt @ ..Insentif Tunai dan Rewards dari Blogger Otai
Zaman saya tidak ada PMR tetapi SRP. Saya adalah generasi terakhir SRP sebelum diperkenalkan PMR 🙂
gunakan waktu bulan ramadhan ini utk berdoa semoga dpermudahkn segala urusan dan dberikn kejayaan….insyaALLAH…
wahhhh
dah start PMR dah rupanya
Curahan rasa Hans @ ..Kisah Berebutkan Tandas Part 2
hahaha nak turut menyampuk sini..
PMR bebaik. Sekali je seumur hidup. TP impaknya berkali2 spanjang hidup d masa hadapan. Ilmu itu ibadah!
Curahan rasa shah URL @ ..Meta Tag Mesra SEO
Oleh itu, buatlah yang terbaik…
PMR senang je kalau difkirkan umur sekarang ni. dulu kemain kata susah. ahakssss
=..=
Curahan rasa amoi @ ..Wordless Wednesday #14: Telur.
harap2 peratus lulus cemerlang pelajar melayu tahun ni meningkat hendaknya
upsr pun nak dekat. lepas raya aje..
Comments are closed.