Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 18/8/2011 anak sulong aku bersama ribuan calon PMR 2011 akan menghadapi Peperiksaan Percubaan PMR 2011. Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah atau PMR khabarnya tidak lama lagi akan dimansuhkan dan digantikan dengan sistem penilaian yang lain, baguslah tu.
Peperiksaan PMR 2011 sebenar akan dilansungkan pada 4 – 11 Oktober 2011. Calon-calon PMR mempunyai baki 1 bulan lebih untuk memperbaiki kelemahan selepas Peperiksaan Percubaan. Kalau ikut pengalaman aku dahulu biasanya Peperiksaan Percubaan ini soalannya lebih susah dari peperiksaan sebenar dan seharusnya keputusan sebenar akan lebih baik daripada keputusan percubaan.
Berikut Jadual Peperiksaan PMR 2011 :
4/10/2011 :
- Bahasa Melayu Kertas 1 (8.10 – 9.10am),
- Bahasa Melayu Kertas 2 (9.50 – 11.50am)
- Pendidikan Islam Kertas 1 (2.30 – 4.30pm)
5/10/2011 :
- Bahasa Inggeris Kertas 1 (8.10 – 9.10am),
- Bahasa Inggeris Kertas 2 (9.50 – 11.20am)
- Geografi Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)
6/10/2011 :
- Science Kertas 1 (8.10 – 9.10),
- Science Kertas 2 (10.30 – 12.00pm)
- Sejarah Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)
10/10/2011 :
- Mathematics Kertas 1 (8.10 – 9.45am),
- Mathematics Kertas 2 (10.40 – 12.25pm)
- Kemahiran Hidup Bersepadu (2.20 – 3.50pm)
11/10/2011 :
- Bahasa Arab Kertas 1 (8.10 – 10.40am),
- Bahasa Cina Kertas 2 / Bahasa Tamil Kertas 2
- Bahasa Punjabi (8.10 – 10.10am), Bahasa Iban Kertas 2 / Bahasa Kadazandusun Kertas 2 (8.10 – 9.25am), Bahasa Cina Kertas 1 / Bahasa Tamil Kertas 1 / Bahasa Iban Kertas 1 / Bahasa Kadazandusun Kertas 1 (11.10 – 12.10pm)
Untuk mendapat maklumat lengkap sila ke website Kementerian Pelajaran Malaysia
Selamat menghadapi Peperiksaan PMR 2011 semuga semua calon mendapat keputusan yang paling cemerlang. Belajar bersungguh-sungguh kerana hanya ILMU bekalan terbaik untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Pesan Tok Guru supaya ibubapa calon rajin-rajin bagun malam solat sunat Tahajjud dan mendoakan kejayaan anak serta semua calon PMR yang lain. Insyallah sama-sama kita saling mendoakan. Jangan pula mengharapkan orang mendoakan kejayaan anak kita sedangkan kita buat tak tahu je tapi nak sangat anak berjaya. Tiada usaha manakan ada kejayaan.
68 Comments
Salam.
Waaaaah…. bahasa kadazan/dusun pun dah ada dalam exam PMR ke?
Curahan rasa Baju Kurung Budak @ ..Baju raya harga borong
Kita kan 1 Malaysia..hehehe
jadual SPM ader tak? nak download ni.. lagi 81 hari lagi tinggal..
tahun nie takder adik amik PMR…
Entri Menarik Di Sini:
1)Menarik!! Impian Wanita Zaman Sekarang
2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4
3)Faktor Kegagalan Pelajar Universiti
Curahan rasa Famili Ceria @ ..Dialog Bulan Ramadhan
adik saya amik UPSR tahun ni..
Curahan rasa Fakarepain @ ..TAZKIRAH RAMADHAN : BERSAHURLAH KAMU
sila2…jadual peksee….
Curahan rasa ScaniaZ @ ..Download : Drama Korea – Baker King
Teringat time 2005 ambil PMR dulu.
Curahan rasa BloggerHowtt @ ..Kenapa Pelaburan Emas Lumayan?
Harap-harap dah skor 8A. Terima kasih denaihati untuk entri ini.
Selamat menempuh PMR…semoga berjaya…
sekarang johor tengah trial pmr.lepas raya trial spm pulak…
Curahan rasa pacifista @ ..Contest: Review Alexa @ Pacifista.my
Kalau di Indonesia sejenis dengan ujian semester yah?
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto Finalis Miss Universe 2011
Ini periksa besar untuk SMA tahun 3.
Wah… sama dengan Ujian nasional kalau begitu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto Finalis Miss Universe 2011
pesanan buat adik2 bakal PMR: jangan takot sangat, jaga kesihatan. kalau sebelum ni kita asyik gagal, bisik kpd diri, Allah bagi gagal sebelum ni sebab bila tiba exam sebenar Dia akan tolong kita. Doa banyak2 insha Allah lancar je jawab 🙂
Curahan rasa afiq aiman @ ..Forum Sebagai Penjana Trafik Kedua Terbesar
Sekejap saja adik2 bakal menduduki peperiksaan pmr.. Semoga maju jaya buat adik2 yang bakal menduduki pmr
Curahan rasa ProfHariz @ ..Download Lagu Hari Raya Aidilfitri
semoga lancar
ada dua bulan lagi untuk exam.. selamat ulangkaji..!!!
Curahan rasa kid @ ..FREE Download Lagu Raya
Masih banyak masa 🙂 kalau nk dpt 8A masih mampu
Curahan rasa ProfHariz @ ..Download Lagu Hari Raya Aidilfitri
Masa itu emas..oleh itu jangan leka…berusaha dan terus berusaha!
Yang nak ambil peperiksaan PMR 2011 tu , saya ucapkan Selamat Bejaya !
Curahan rasa anastasyea @ ..Ameerah Asha Tak Hilang Tetapi Bersekongkol Dengan Teman Lelaki Peras Ugut RM50,000 dengan Keluarga Sendiri
Moga semuanya berjaya…
semoga calon2 pmr tahun 2011 mendapat keputusan yg memberangsangkan! Amin!
Curahan rasa Acik @ ..Malam Tadi Ko Mimpi Siapa
Pastikan adik2 jangan lupa study, solat sunat.. banyak2kan berdoa.. insyaAllah dapat keputusan yg memberansangkan 🙂
Curahan rasa ProfHariz @ ..Download Lagu Hari Raya Aidilfitri
Comments are closed.