Assalamualaikum dan salam 1Dunia, musim Haji datang lagi. Tahniah kepada semua Bakal Jemaah Haji Malaysia yang sudah terpilih untuk menjadi tetamu ALLAH SWT untuk musim haji 2012. Bersyukurlah kepada ALLAH SWT kerana telah memilih anda menjadi salah seorang daripada berjuta tetamu-Nya dari seluruh dunia. Anda dipilih bukan kerana banyak duit, bukan kerana muda, bukan kerana sihat, bukan kerana bertenaga tetapi hanya satu kerana dipilih oleh ALLAH SWT untuk menjadi tetamu NYA. Masih ramai lagi yang sedang menunggu giliran dengan penuh sabar jadi jangan persiakan peluang yang telah diberi oleh ALLAH SWT.
Tabung Haji telah mengumumkan tarikh Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012 :
1. Penerbangan Pergi Pertama : 17 September 2012 (Isnin)
2. Penerbangan Pergi Akhir : 19 Oktober 2012 (Jumaat)
3. Wukuf (9 Zulhijjah) : 25 Oktober 2012 (Khamis)
4. Hari Raya Haji : 26 Oktober 2012 (Jumaat)
5. Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 27, 28 dan 29 Oktober 2012 (Sabtu, Ahad dan Isnin)
6. Penerbangan Balik Pertama : 1 November 2012 (Khamis)
7. Penerbangan Balik Akhir : 29 Disember 2012 (Khamis)
Nota : Tarikh Wukuf akan berubah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Puas dah mencari Jadual Penuh Penerbangan Haji Malaysia 2012 tapi masih belum terjumpa lagi. Di zaman teknologi dimana manusia mencari informasi melalui internet adalah bagus jika Tabung Haji mengambil langkah proaktif dengan menyediakan Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012 secara online atau semakan secara SMS. Mungkin website ini boleh sedikit sebanyak memberi panduan kepada jemaah haji 2012.
Betulkan niat hanya untuk menjadi tetamu ALLAH SWT menyempurnakan rukun Islam yang ke lima dan bersedia untuk menghadapi berbagai ujian dengan redha tanpa ada keluh kesah. InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin jemaah haji 2012 akan mendapat melaksanakan Haji Akbar.
Rupanya ramai yang kurang selesa dengan tajuk entri Ibadah Haji itu Kusut Masai sehingga ada yang mengirim email dan DM dalam inbox FB. Insyallah akan dijelaskan dalam entri yang akan datang apa maksud Ibadah Haji itu Kusut Masai.
Nota :
1. Jadual Penerbangan Haji ( JPH ) kepada bakal-bakal haji TERPILIH Musim Haji 1433H/2012 telah mula dikeluarkan dan diposkan secara berperingkat-peringkat ke alamat bakal-bakal haji berkaitan. Buat masa ini, JPH hanya diperuntukkan kepada bakal-bakal haji penerbangan peringkat awal sahaja khususnya yang melibatkan KT 01 – KT 19 iaitu untuk tarikh penerbangan daripada 17 – 22 Sept. 2012 sahaja. JPH bakal-bakal haji untuk KT seterusnya mungkin akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat. Hubungi TH terdekat atau melalui talian Tabung Haji Contact Centre (THCC): 03-62071919 untuk maklumat lanjut.
126 Comments
masih lagi menungu tarikh, tapi mengikut TH johor penerbangan akhir dari senai 6 oct, melibatkan kt 69
Curahan rasa onlajer @ ..Mohon Cuti di Hari Malayasia ini
Ya Allah! Seronoknya apabila tiba musim haji. Walaupun jasad berada di Malaysia, teringin sangat untuk berada bersama-sama jemaah lain untuk menunaikan ibadah dalam rukun Islam ini. Tuan DH, doakan agar satu hari nanti hamba dapat membawa bonda hamba menunaikannya.
Curahan rasa abangkhai @ ..Abangensem – dahulu dan sekarang.. (siri 3)
AMINNN….semoga hasrat abangkhai tercapai….
Curahan rasa Nana @ ..Pelakon Filem Hina Islam Diperdayakan Oleh Pengarah
Semoga keinginannya untuk menjadi Tamu Allah terlaksana sahabat demikian pula dengan saya aamiin…aamiin
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyakit Endokarditis
yup betul tu 9 zulhijjah (25 oktober) dan 10 zulhijjah (26 oktober)
Curahan rasa sweetkurma @ ..kembalikan cintaku
Mungkin maksudnya 9 Zulhijjah itu 25 Oktober Bro,.. jadi bukan 25 November.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Penyelenggaraan Ibadah Haji 2012
Begitu pula Hari Raya Haji : 26 Oktober 2012, bukan 25 November
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Penyelenggaraan Ibadah Haji 2012
Maksud saya bukan 26 November seperti yang tertulis diatas.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Penyelenggaraan Ibadah Haji 2012
Mohon maaf,… saya juga sering keliru dalam penulisan tanggal seperti ini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Penyelenggaraan Ibadah Haji 2012
Jika ada rakan-rakan yang bakal menunaikan haji dan berkumpul di komplek tabung haji kelana jaya.. Jangan lupa roger bro.
Belakang rumah bro je tue 🙂
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Mukanya Makin Berseri, Bila Tarikh Perkahwinan Ku Makin Hampir
Saya harap saya berkesempatan ke sana. Tapi orang kata, susah nak dapat tu. Ada yang tunggu sampai 5 tahun masih tak boleh p lagi. Kadang2 nama orang yang baru di dulukan dari orang lama. Mungkin itulah orang kata, rezeki kan.
Curahan rasa Naziman Blogger Malaysia @ ..Jana pendapatan online di internet Malaysia
Betul Bro…. di Indonesia juga seperti itu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Penyelenggaraan Ibadah Haji 2012
Di daerah saya sekarang malah quota haji untuk 10 tahun kedepan sudah terpenuhi
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Penyelenggaraan Ibadah Haji 2012
Jadi kalau tahun ini mendaftar, kemungkinan besar baru bisa berangkat tahun 2023.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Penyelenggaraan Ibadah Haji 2012
memang animo masyarakat untuk melaksanakan ibadah haji sangat tinggi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Penyelenggaraan Ibadah Haji 2012
Tapi kalau dengan izinNya, bisa saja yang daftar sekarang berangkat sekarang ya Bang…
Curahan rasa Dadan @ ..Nasi Tutug Oncom Kuliner Khas Tasikmalaya
Bahkan ada juga yang tidak mendaftar, mendadak harus pergi haji tahun itu juga
Curahan rasa Dadan @ ..Nasi Tutug Oncom Kuliner Khas Tasikmalaya
Karena ada yang mengajak untuk menemani seseorang….
Curahan rasa Dadan @ ..Nasi Tutug Oncom Kuliner Khas Tasikmalaya
Disni tidak ada seperti itu Kang, kecuali TPHI
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Penyelenggaraan Ibadah Haji 2012
itupun sudah disiapkan sehari sebelumnya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Penyelenggaraan Ibadah Haji 2012
Maaf…. maksud saya setahun sebelumnya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Penyelenggaraan Ibadah Haji 2012
Semua memang termasuk Rahasia Allah juga Kang Dadan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyakit Endokarditis
harap berkesempatan pergi ke sana..
Curahan rasa boni kacak @ ..Mencari Gadis Idaman
semoga semuanya selamat~
Curahan rasa donnyien @ ..Gambar Putera William Dan Kate Middleton di Sabah
semoga yg terpilih tu akan membawa pulang Haji yang mambrur dan mampu memberi lebih minat kpd sahabat2 lain utk turut ke Mekah kelak, sbb rata2 ramai yg dah berkemampuan skg ni
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Hamilton Scotts: Memparkir Kereta Mewah Di Aras 14 Kondominium Serendah RM24 Juta
aaamiin..aamiin Ya Allah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyakit Endokarditis
good info untuk bakal2 tetamu ALLAH
Curahan rasa jaff @ ..LED Lights – Benefits Over Traditional Lighting By Horace Tait
semoga bakal-bakal haji tahun ini dapat menjalankan ibadah dengan sempurna dan aman.
Curahan rasa Syarih @ ..Bagaimana Kita Boleh Terjerat Dengan Masalah Keewangan?
Jadual ibadah haji memang sangat diperlukan sekali
Curahan rasa Dadan @ ..Nasi Tutug Oncom Kuliner Khas Tasikmalaya
Beribadah Haji memang dambaan semua muslim
Curahan rasa Dadan @ ..Nasi Tutug Oncom Kuliner Khas Tasikmalaya
Termasuk saya dan istri, moga suatu saat nanti tiba gilirannya untuk jadi tetamu Allah SWT
Curahan rasa Dadan @ ..Nasi Tutug Oncom Kuliner Khas Tasikmalaya
2 rakan saya akan berangkat ke tanah suci pada 17 Sept ini,
Curahan rasa akubiomed @ ..Entri pemanas badan blog AkuBiomed
Memang bagus la kalau ada Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012 secara online .. =)
Curahan rasa anastasyea @ ..Pakej Umrah Istimewa Awal Musim 2013
Di Indonesia penerbangan pertama tanggal 21 September 2012
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Otak Dibalik Pembuatan Film ‘ Innocence of Muslims’
kebetulan juga lagi buat entri dengan tema yang sama
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Penyelenggaraan Ibadah Haji 2012
Alhamdulillah…saya dah berkunjung dan membacanya Bang, sekaligus jadi pengomen pertama
Curahan rasa Dadan @ ..Nasi Tutug Oncom Kuliner Khas Tasikmalaya
Makasih banyak…Kang dadan memag selalu yang pertama.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Penyelenggaraan Ibadah Haji 2012
Comments are closed.