Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Liza Razak tuan blog Lizarazak.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU kita untuk go next level dalam dunia blog. Selamat membaca Rakan Blogger :
Semua orang boleh menjadi blogger. Semua orang mampu ada blog. Tapi, bukan semua semua orang dilahirkan ada bakat menulis blog dan disegani semua orang. Kita kena bermula dari bawah. Naik sikit demi sedikit. Belajar setiap hari dengan blogger-blogger yang sudah lama dalam dunia blogging. Saya pun belajar sama ni.
Ramai yang kata pada saya “saya suka cara penulisan awak di blog. Ada bakat jadi penulis!”. Terima kasih tapi saya bukan mahu membangga diri. Cuma, ingin berkongsi di sini ok. Semua boleh jadi penulis sebenarnya. Mesti ada caranya, kalau kita betul-betul serius mahu jadi penulis yang berjaya. Sebenarnya, tidaklah susah mana. Baca tips di bawah ni.
1. Kenal diri sendiri
Apa saja pekerjaan yang kita nak buat. Mula-mula kenal diri kita sendiri terlebih dahulu. Nak ada blog sendiri? Nak jadi blogger hebat? boleh, tapi cuba tanya pada diri sendiri dulu “apa yang aku boleh tunjukkan dalam penulisan aku nanti?”, “apa bidang yang aku mahir?” atau “apa yang aku akan tulis dan apa yang tidak akan sesekali tulis dalam blog aku ni?”. Penting. Sebab, untuk menjadi penulis yang berjaya pada saya kita kena ada pendirian. Sama maca dalam life seharian kita. Apa yang diri kita boleh buat dan apa yang jangan sesekali kita buat. Jadi penulis pun macam tu. Contoh. Saya tidak akan menulis berkenaan seks dalam blog.
2. Belajar Secara Bijak
Blogger pun boleh dikategorikan sebagai pelajar. Jadi, tugas pelajar adalah belajar. hahahaha! Jangan jemu untuk mencari ilmu blogging yang baru setiap hari. Tapi, jangan belajar “membabi buta”. Kita kena tahu apa yang kita nak belajar atau cari untuk hari ini. Jadi, fokus. Contoh. Hari ini, saya ingin tahu macam mana nak tambahkan earning innity saya. So, saya cuma fokus cari info pasal ini sahaja lah. Hasilnya? Menjadi. Earning innity saya naik. Jadi, belajar fokus bukan hentam saja.
3. Cari Peluang “improve” gaya penulisan dalam blog
Sehebat mana pun blogger, kalau tidak diasahkan lagi bakat menulis tu susah juga. Nanti, dekat situ..situ sajalah ilmu yang ada. Macam mana nak asah? Ok, senang je. Rajinkan diri cari peluang untuk join Contest yang ada kualiti. Saya ulang, kualiti. Tak ada niat nak kecilkan hati siapa-siapa ok. Kualiti yang macam mana? Contoh, kalau betul serious nak jadi penulis blog yang berjaya dalam dunia blogging ni. Join contest berkaitan blogging juga. Contest SEO, Review alexa rank, contest yang ada kaitan dengan trafik paling bagus! Biasanya, contest macam ni buat korang belajar cara menulis di blog dengan betul. SEO akan buat korang belajar menulis dengan bahasa melayu yang betul, proper habis, susun ayat dan macam-macam. hahaha!!! Tengok entry blog saya. Jarang nak jumpa ayat pelik-pelik. Dekat Twitter bolehlah guna ayat carca marba.
4. Be Creative
Bukan orang hiburan je perlu creative ni. Kita, kalau nak jadi penulis blog pun kena creative! Kena cari apa yang kita boleh tulis dalam blog kita dan akan pembaca tidak merasa bosan. Contoh, korang boleh variasikan tajuk dalam entry seharian korang (kecuali blog niche jangan ikut tips ini). Kalau hari ini tulis pasal isu semasa, esok boleh ubah pasal hiburan. Lusa, cerita pasal masalah harian pula. Be creative!!! Jangan bagi pembaca blog kita bosan.
5. Berani Suarakan Pendapat
Nak jadi penulis blog kena berani beri pendapat dan berani terima teguran. Kalau tak berani 2 perkara ini, susah nak jadi penulis blog yang berjaya. Apa tujuan kita berblog? Untuk kongsi pendapat kan? Jadi, sila jadi berani!! Jangan takut kena hentam. Cuma, perlu hati-hati jangan menulis ikutkan hati. Jadi blogger kena pandai kawal emosi.
Rasanya, cukuplah 5 ini sahaja yang saya kongsikan untuk korang yang nak jadi penulis blog tapi ragu-ragu. Boleh saja. Tak ada istilah “aku tak boleh jadi penulis” . Semua boleh kalau kita kata boleh. Be positive!! Selamat menjadi penulis blog yang berjaya.
Thanks bro Denaihati sebab menjemput saya dan memberi peluang untuk menjadi penulis jemputan di blog ini. Terima kasih banyak.
Jangan lupa singgah di blog Lizarazak.com dan follow di Facebook @Lizarazak dan Twitter @Lizarazak.
222 Comments
Terimakasih liza sudi berkongsi tips2 berharga.
Bolehlah blogger junior macam aku ni ambil mana2 yg patut untuk diaplikasikan.
Terima kasih 😀
nice artikel
Curahan rasa abdul rahman @ ..Siapakah Sebenarnya Dajjal??
yang penting tetap semangat dan kreatif
Curahan rasa IniBarudotCom @ ..Sony Ericsson Spiro Versi Harry Potter
tip-tip yang sangat menarik sekali terutamanya kepada penulis-penulis blog baru.
Curahan rasa Teratakerapung @ ..Sehari Sebelum Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432
minta2 dpt membantu sikit sebanyak.hehehe
Curahan rasa Lizz @ ..Video Gumpalan Awan Jatuh di Tanah Arab. Logik Ke?
Phewit Liza!
Kih3.
Setuju babe. Bukan semua orang boleh menulis dengan baik dan buat orang duduk membaca apa yang mereka tulis. 🙂
P/S : Bang DH bila nak ajak Zara plak tulis? :p
Curahan rasa Lord Zara @ ..#18 #Ramadhan : Awak Sedang Sakiti Diri Sendiri
itulah. kalau ada yang rajin baca entry kita sampai habis, rasa happy jugak.hehehe
Curahan rasa Lizz @ ..Video Gumpalan Awan Jatuh di Tanah Arab. Logik Ke?
mmg syoka bacaentri sampai habis, sekali baca macam mudah je rasanya, tapi bila nak praktiskan…alamak! terkaku habis…
Tips yang menarik
Curahan rasa Rina As @ ..Cara Membuat Read More di Blogspot
hoho..bagus nih. bagus.. leh jadi penulis yang bagus lepas nih..
bahasa saya caca-marba… 🙁
Curahan rasa tips @ ..Why I Stay Single
lama- lama elok la tu.. usahakan perlahan- lahan
Curahan rasa Fakarepain @ ..TAZKIRAH RAMADHAN : BERSAHURLAH KAMU
betul. menulis perlukan latihah jugak sebenarnya. rajin menulis, dah biasa mesti boleh improve skill.hehehe
Curahan rasa Lizz @ ..Video Gumpalan Awan Jatuh di Tanah Arab. Logik Ke?
Terima Kasih pada Liza atas tips2 yg berguna
menarik…trully menarik…
terima kasih membaca…
Curahan rasa Lizz @ ..Video Gumpalan Awan Jatuh di Tanah Arab. Logik Ke?
Wah! ada segmen blogger jemputan…Bagus!
Curahan rasa akakcomey @ ..Jelajah alam
bagus jugak tips ni.. memang berguna!
Curahan rasa kid @ ..Panggilan Misteri Belum Terjawab
mana yang rasa macam ok, boleh lah ikut.if tak, jangan.hehehe
Curahan rasa Lizz @ ..Video Gumpalan Awan Jatuh di Tanah Arab. Logik Ke?
I thought I’d have to read a book for a dscioevry like this!
suka kat point no. 5 Berani Suarakan Pendapat,memang betul,kita sebagai blogger kena berani suarakan pendapat 🙂
Curahan rasa wazy @ ..Nuzul Al-Quran-Penghayatan Untuk Semua
ada blogger yang banyak menda nak suarakan, tapi dia takut. kita boleh takut, tapi jangan takut sangat. semua ada risiko. kena bahan tu ok je. esok lusa lupalah.cuma, hati2 tulis entry jangan ada risiko kene saman.tu je.hahahaha
Curahan rasa Lizz @ ..Video Gumpalan Awan Jatuh di Tanah Arab. Logik Ke?
Tulisan lizarazak memang menarik..
selalu singgah blog dia tu senyap-senyap setiap kali ada notification blog dah update masuk email.. moga terus maju dalam penulisan
Curahan rasa kulanzsalleh @ ..Adakah Memberi Informasi Secara Percuma Itu Teruk?
alamak. silent reader. hehehehehe. thanks sebab follow. banyak lagi nak belajar pasal blogging ni. seronok berblog ni sebenarnya.hehehe
Curahan rasa Lizz @ ..Video Gumpalan Awan Jatuh di Tanah Arab. Logik Ke?
Comments are closed.