Islam I Follow

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, syukur kita dilahirkan dalam Islam dan ini merupakan nikmat yang paling besar kita dapat dalam hidup ini. Cuma tidak semua antara kita menghargai nikmat besar dari ALLAH SWT mungkin kerana kita dapat tanpa usaha susah payah. Dilahirkan dalam Islam bukan suatu gurantee mendapat hidayah dari ALLAH SWT kerana itu kita lihat ramai yang dilahirkan dalam islam tetapi baca Al-Fatihah pun tidak mampu.

Apabila mendapat HIDAYAH jangan ditolak kerana mungkin tak akan dapat lagi.

ALLAH SWT bukan sahaja kurniakan hidayah kepada artis seperti Bob Lokman, Malik Noor dan Sham Kamikaze tetapi setiap hari ada sahaja orang biasa yang mendapat hidayah. Seorang teman aku yang dalam rumahnya pun ada mini bar minuman keras mendapat hidayah setelah melihat bapa meninggal dunia. Berbagai cara manusia mendapat hidayah untuk semakin dekat kepada pencipta ALLAH SWT. Kemanisan mendapat hidayah hanya dapat dirasai mereka yang telah dikurniakan hidayah.

Kejadian Blogger di marah kerana menegur Tiz Zaqyah pelakun utama Nur Kasih kerana bertanya bila nak pakai tudung seperti wataknya Nur Amina itu dah biasa berlaku dalam dunia nyata. Suami pun belum tentu dapat memujuk isteri memakai tudung dan biasa juga membiarkan anak perempuannya tidak bertudung dan berpakaian seksi. Manusia tidak mampu beri hidayah sesama manusia cuma berhak memberi nasihat dan teguran secara berhikmah.

Setiap hari kita kena bersyukur teramat sangat kerana di beri hidayah dan mesti berdoa semuga ALLAH SWT terus turunkan hidayah kepada mereka diluar terutama yang dilahirkan Islam tetapi hidup jauh dari ALLAH SWT, harapkan nama sahaja Islam. Nyawa kita terlalu rapuh dan bila-bila masa sahaja ALLAH SWT akan ambil seperti kejadian Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa dan semuga apabila nyawa kita diambil semula kita dalam hidayah ALLAH SWT.

ISLAM I FOLLOW joom lah ramai-ramai.

[ad#eQurban300]


Spread the love

59 Comments

  1. jadi Islam, jadilah yang berguna. Jangan hanya seperti buih dilautan…renung- renungkanlah….

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!