Islam I Follow

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, syukur kita dilahirkan dalam Islam dan ini merupakan nikmat yang paling besar kita dapat dalam hidup ini. Cuma tidak semua antara kita menghargai nikmat besar dari ALLAH SWT mungkin kerana kita dapat tanpa usaha susah payah. Dilahirkan dalam Islam bukan suatu gurantee mendapat hidayah dari ALLAH SWT kerana itu kita lihat ramai yang dilahirkan dalam islam tetapi baca Al-Fatihah pun tidak mampu.

Apabila mendapat HIDAYAH jangan ditolak kerana mungkin tak akan dapat lagi.

ALLAH SWT bukan sahaja kurniakan hidayah kepada artis seperti Bob Lokman, Malik Noor dan Sham Kamikaze tetapi setiap hari ada sahaja orang biasa yang mendapat hidayah. Seorang teman aku yang dalam rumahnya pun ada mini bar minuman keras mendapat hidayah setelah melihat bapa meninggal dunia. Berbagai cara manusia mendapat hidayah untuk semakin dekat kepada pencipta ALLAH SWT. Kemanisan mendapat hidayah hanya dapat dirasai mereka yang telah dikurniakan hidayah.

Kejadian Blogger di marah kerana menegur Tiz Zaqyah pelakun utama Nur Kasih kerana bertanya bila nak pakai tudung seperti wataknya Nur Amina itu dah biasa berlaku dalam dunia nyata. Suami pun belum tentu dapat memujuk isteri memakai tudung dan biasa juga membiarkan anak perempuannya tidak bertudung dan berpakaian seksi. Manusia tidak mampu beri hidayah sesama manusia cuma berhak memberi nasihat dan teguran secara berhikmah.

Setiap hari kita kena bersyukur teramat sangat kerana di beri hidayah dan mesti berdoa semuga ALLAH SWT terus turunkan hidayah kepada mereka diluar terutama yang dilahirkan Islam tetapi hidup jauh dari ALLAH SWT, harapkan nama sahaja Islam. Nyawa kita terlalu rapuh dan bila-bila masa sahaja ALLAH SWT akan ambil seperti kejadian Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa dan semuga apabila nyawa kita diambil semula kita dalam hidayah ALLAH SWT.

ISLAM I FOLLOW joom lah ramai-ramai.

[ad#eQurban300]


Spread the love

59 Comments

  1. soal tizz, pujian buat tizz kerana sudah membuka minda masyarakat tentang nilai tudung itu sebenarnya, bukan semua kalangan umat dilahirkan dari keluarga yang berpegang kuat pada agamanya. kita sendiri sedia maklum watak Nur Amina sebagai anak imam dan menantu ustaz bukanlah realiti hidup sebenar Tizz.
    Curahan rasa azura @ ..Bertemu cintaMy Profile

  2. terbukti Tiz Zakiah tak mampu ditegur secara lisan apatah lagi perbuatan. Nampak gaya hanya secara hati iaitu berdoa supaya beliau dan golongan artis lain berubah sebagaimana penghijrahan hebat yang dilakukan Wardina dan terbaru Irma Hasmi. Sekali kita menegakkan hukum Allah, Allah akan limpahkan lebih rezeki kepada kita. Usah khuatir. Rezeki kita semua hak milik Allah.
    Curahan rasa ekspresiruang @ ..5 Sebab Aku Sanggup Tidur Dalam Bilik Air IniMy Profile

    1. agreed. aku pun percaya. family aku berdoa supaya aku jd lebih baik dr sebelum ni dalam doa. sebab hati aku keras. lagi ditegur terang2 n silap langkah jadi makin memberontak (dulu lah). aku selalu terdengar mak aku berdoa dalam solat die. tapi tak adelah pulak die nk malukan aku “pakai tudung! dah besar panjang. berdosa…bla bla” tak pernah. dalam doa je aku dengar dia nanges mintak Allah berikan hidayah n maybe sebab tu aku “terlembut hati” nak berubah -..- *aduh, terbukak pekung sendiri lak*
      Curahan rasa lizz @ ..Masa Untuk Berfikir – Apa Yang Perlu- Apa Yang TidakMy Profile

  3. Hidayah(petunjuk) itu boleh datang dalam pelbagai cara. Itu menurut kebolehan dan kemampuan pada individu. Contoh, kita lihat ramai saintis non-muslim menjadi muslim bila sudah dalam ilmu tentang bidang kajian mereka. Mereka mencari dan terus mencari sehingga berjumpa pemilik sekalian alam. Mereka menoktahkan pencarian dengan memeluk Islam.

    Namun Taufik(pertolongan) ke arah Hidayah(petunjuk) itu mutlak milik Allah. Jika kita memohon dan mempunyai keinginan ke arahnya, Insyaallah lambat laun kita akan diberikan. Namun doa , ikhtiar dan mengarah ke arah permintaan kita juga penting.

    Untuk Tiz, kita doakan dia supaya dianugerahkan Taufik dan Hidayah dari Tuhan empunya dirinya…..

  4. Ada menonton YouTube mengenai Sham Kamikaze mendapat hidayah. Tersentuh menontonnya.Rupanya macam-macam bentuk manusia menerima hidayah. Lahir sebagai islam kadang kala kita take for granted.

    1. boleh tak share link utube sham tu??nak tengok jugak..hehehehe. thanks.

      bro denaihati~ salah 1 sebab kenapa suke sangat ngan blog ni sebab cara penyampaian mesej yg berunsur islamik tapi dengan cara yg tak menyinggung mana-mana pihak. ni bukan nk bodek tp honestly derr.huhuhhu.

      pasal isu tiz tu. aku bukan nk bela artis cz aku kawan ngan artis ke ape. nope. tapi, trust me. if dia bukan artis sekalipun (in fact aku sendiri)…ditegur mcm tu secara direct (twitter) in public..org biasa pun tahu melenting. lagi2 dipanjangkan cerita. mende kecik jd besar. Islam bukan agama yg mintak kita bertegang urat. sapa yg betol, sape yg salah.

      dia tak pakai tudung,nak colour rambut.yes.salah. tapi silap caranya tu nak menegur. jgnlah sebab dia artis, kita senang2 nak aibkan. tiz tu mmg tweet die nmpk cam die rude tp 1st time jumpe die..shes damn tired. tengah tido, tp sanggup bangun n hulur tangan mintak nk salam. dont judge a person by its tweet.hahahahaha. shes nice person. doa dia terbuka hati to wear hijab n jd lebih baik dlm hati pun Allah terima kan? tak perlu nak aibkan cam ni. sekian.

      eeee, penatnyer menaip!!!! bro, nak air sirap 1!!!!!
      Curahan rasa lizz @ ..Masa Untuk Berfikir – Apa Yang Perlu- Apa Yang TidakMy Profile

  5. Hidayah milik Allah…
    Kita sebagai hamba mampu berusaha ke arah itu…
    Berdoalah agar mereka sekeliling kita mendapat hidaya…
    dan juga kita sendiri….

  6. menasihat sesama Islam adalah patut diamalkan. Terpulang kepada seseorang itu samada dia nak terima atau tidak. Kalau orang yang ada ilmu, dia akan ambil nasihat itu, kaji dan ambil sebagai pedoman hidup.Jika seseorang itu jahil tentang ilmu agama, akan buat perkara sebaliknya yang mungkin diluar batasan diri dia contohnya seperti yang berlaku atas pelakon popular tersebut. tidak salahkan jugak pelakon itu kerana mungkin dia menganggap teguran atau nasihat yang diterima itu melebihi batasan. Disini, tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini dalah selesai sebab kita cuba untuk tolong mereka yang jahil. Terima atau tidak, itu adalah urusan yang maha esa.
    Curahan rasa Sobri @ ..Balik kampung!!!!! Oooo balik kampung!!!!My Profile

    1. Cuma kekadang orang popular macam ni kita tak ada ruang nak berkongsi ILMU secara peribadi tu yg ada gunakan platform Twitter, Facebook dan Blog. PM pun kena kutuk abisan di FB dan Twitter. Bila jadi popular kena bersedia berbagai kemungkinan.

    1. kesempurnaan tidak pernah akan ada selagi kita berstatus manusia cuma teringat pesanan terakhir Rasulullah dalam Kutbah Haji Wida “Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

      1. Orang yang tidak mendapat hidayah akan senantiasa berada dalam kegelapan dan kerugian. Bagaimana jika seandainya seseorang tidak diberi hidayah oleh Allah Azza wa Jalla? Maka pasti ia menderita dalam kekafirannya, hidupnya sengsara dan tidak tenteram, serta di akhirat akan disiksa dengan siksaan yang abadi. Allah Azza wa Jalla menunjuki hamba-Nya dari kegelapan menuju cahaya yang terang benderang melalui Rasul-Nya Shallalla ‘alaihi wa sallam.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Links for 2011-05-19 deliciousMy Profile

        1. Bro jangan risau aku rasa aku faham apa yg dimaksudkan tu .. memang bukan mudah nak menegur ni kalau tak cukup ilmu di dada.

  7. Alhamdulillah.
    Isteri saya tiada masalah untuk menurut kehendak saya supaya beliau bertudung. Masalah sekarang nak delete dan tukar gambar lama dia di blog yang tak bertudung tu jer…. 🙁

    Tiz Zaqyah tu masalahnya kat luar seksi sangat. Pakai ler bersopan sikit. Tu dia belum jumpa makcik2 kat Kampung lagi tu.
    Curahan rasa Sabahan Bloggers Club @ ..Adsniaga internet advertising communityMy Profile

      1. Kita doakan Allah kurniakan hidayah cuma mungkin peminat ambil perhatian lebih sikit sebab Tiz berlakun drama n Movie keIslaman. Ramai lagi artis lain yg tak kurang seksi tapi peminat tutup mata malas nak komen kerana mereka memang bawa watak begitu dalam lakonan mereka.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!