IPO Facebook kalau dapat best juga

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tidak ramai orang Melayu yang berani melibatkan diri dengan jual beli saham di Bursa Malaysia terutama golongan muda. Persepsi yang biasa untuk melibatkan diri dengan jual beli saham mesti orang kaya yang banyak duit. Ini suatu pendapat yang sangat-sangat salah tak percaya tanya Ariff Shah antara orang muda yang minat dengan jual beli saham di Bursa Malaysia.

20120517-235004.jpg
Ziarah kawan sekolah Datuk Ahmad Maslan bersama Bos Al-Ansar

Aku memang dah lama terlibat dengan jual beli saham di Bursa Malaysia samada saham yang sudah tersenarai atau saham baru (IPO). Pada mula penglibatan dahulu fokus dengan IPO dan ketika itu menggunakan duit simpanan dan biasanyaa memohon dalam jumlah yang kecil sahaja. Jual beli saham di Bursa Malaysia sebenarnya boleh dijadikan salah satu kerjaya yang penting mesti rajin cari ilmu dan ilmu terbaik adalah pengalaman.

Panduan Buat duit dengan Jual Beli Saham
IPO terbaik yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia adalah Felda Global Ventures Berhad (FGVB) yang aku jangka akan meningkat harga sehingga RM8 – 10. FGVB merupakan saham dalam katogeri perladangan yang bakal terus melonjak naik harganya dalam tempoh tahun-tahun mendatang kerana pergolakkan harga minyak mentah. Berdasarkan pengalaman jual beli saham di Bursa Malaysia hampir semua saham dalam katogeri perladangan telah meningkat harga lebih kurang 11 – 15% setahun. Aku sendiri sudah mendengar penjelasan secara peribadi daripada Datuk Ahmad Maslan di pejabatnya ketika menziarahi beliau sebelum Kembara Musafir Kemboja, FGVB memang akan memberi faedah bukan sahaja kepada ahli Felda tetapi kepada ekonomi Orang Melayu dan Malaysia.

Rahsia Facebook Sebagai Lubuk Duit Kini Terbongkar!!!
Kalau IPO FGVB dikejar oleh pelabur-pelabur di Malaysia lain pulak ceritanya pengejar-pengejar saham dunia yang sedang mengejar IPO Facebook. Kalau aku dapat beli IPO Facebook walaupun 1 lot dah syukur sangat. Harga saham Facebook dijangka akan meningkat berlipat kali ganda. Harga saham Google ketika entri ini di tulis adalah USD633.98/unit dan harga saham Apple pulak USD536.32/unit jadi bayangkan berapa pulak harga saham Facebook.

IPO Face book satu dunia menunggu

IPO Facebook dibuka pada harga USD38/unit dan dijangka akan disenaraikan pada 18 Mei 2012. Pasti setelah Facebook disenaraikan Wall Street, pengasasnya Mark Zuckerberg akan masuk dalam senarai top 10 orang terkaya di dunia. Para penganalisa menjangkakan harga saham Facebook akan meningkat 10% pada hari pertama penyenaraian. Kita tunggu dah lihat berapa tinggi harga saham Facebook akan pergi adakah bakal mengatasi harga saham Google. Kalaulah boleh mengatasi harga saham Google memang kaya gila lah mamat Mark Zuckerberg ni.

IPO Facebook kalau dapat best juga tapi kalau dapat IPO FGVB pun dah syukur sangat.


Spread the love

182 Comments

  1. Kalaulah dapat saham yang mempunyai potential tinggi bagus juga. Setakat ASB dan Unit Amanah sahaja sekarang ini. 🙂

  2. memang bagus kongsi cerita IPO fecebook kalau boleh sama-sama bli saham lagi bagus

  3. Dah lama dok tunggu FB IPO. Teringin nak beli. Tp bila dia IPO tak mampu gak beli. Dah lama teringin nak cuba belajar pasal pasaran saham ni. tgk ariffshah main saham teringin gak nak belajar. setakat ni duit, ilmu dan keberanian masih menjadi penghalang utk aku join pasaran saham. mungkin boleh belajar dgn Bro DH gak.
    Curahan rasa mrkay @ ..Kejayaan tidak datang pada percubaan pertamaMy Profile

    1. Keputusan yang baik tu sebab orang Melayu memang kurang sangat walaupun ada kemudahan dari MITI utk bumiputera utk individu dan syarikat.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!