Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang seronok baca komen-komen di entri “iPhone 5C penipuan Apple” merupakan tajuk memancing emosi pembaca yang telah berjaya menarik lebih 6k trafik dalaam tempoh 3 hari lebih hebat dari entri “iPhone 5S penipuan di Sim Lim Square” yang berjaya menarik 4k trafik. Tak semua komen aku setuju tapi Malaysiakan negara demokrasi pasti semua ada pendapat yang berbeza termasuklah hal-hal gajet. Ramai juga katanya perjuang demokrasi tapi hanya demokrasi apabila pendapat yang sealiran dengan nya sahaja … bolehkah dianggap begitu?
Sebagai pengguna biasa yang berpindah dari Nokia ke iPhone 3S beberapa tahun yang lepas, aku memang selesa dengan iPhone. Daripada iPhone 3S yang dah hilang kena rembat dengan pencuri bertukar ke iPhone 4 kemudian trade in untuk upgrade ke iPhone 4S. Apabila Apple memperkenalkan iPhone 5 yang lebih panjang aku juga bertukar dengan trade in iPhone 4S dan sekarang sedang menggunakan iPhone 5S. Bertukar bukan kerana mengejar teknologi tetapi mengikut perubahan sistem iOS untuk memudahkan urusan kerja. Lagi pun kalau lambat bertukar modal smartphone lama akan jatuh harga jadi kena tambah lebih banyak bila nak bertukar handphone baru … itu pun salah satu strategi.
Seperti kata Blogger Akmar Omar dan Anne Raihan bila dah jadi pengguna setia Apple tak kisah apa orang nak cakap janji kita selesa menggunakan dan paling penting boleh membantu kerja seharian.
[box type=”shadow”]Setiap keluaran Apple terbaru mesti ramai yang berebut-rebut.. Saya sendiri menggunakan produk Apple dari dulu.. Ingat lagi 1st Apple desktop iMac gemuk tu. Sejak tu saya mmg meminati Apple produk..tapi bukan semua mampu milik lah..Iphone pun Denaihati yang bagi hehe. Saya setuju jgn jadi hamba gadget…cukup sekadar memenuhi keperluan sahaja.
Satu lg tak nafi Gadget Apple memang terkenal dgn harga yg agak tinggi dan apa saya lihat kebanyakkan individu yang sudah lama menggunakan Gadget jenama Apple memang akan setia dengan jenama itu…jadi Apple fan tidak akan berkurang selagi mereka keluar produk yg baru – Akma Omar[/box]
Bukanlah nak bandingkan dengan smartphone jenama lain tetapi di rumah ni isteri guna Samsung S4 dan anak guna Samsung S3 asyik komplen macam-macam terutama handphone sering hang dan bateri handphone cepat abis. iPhone 5 pun bateri tak lah tahan lama tapi tak lah seteruk jenama lain … kalau heavy usage pun hanya perlu charge sehari sekali. Teknik charge handphone juga sangat penting untuk memastian jangka hayat bateri tahan lama. Pengalaman pernah jatuh dari tempat tinggi, jatuh dalam parit berair dan paling sadis terpelanting masuk dalam mangkuk tandas tapi iPhone masih bernafas menambah setianya aku. Lagi pulak sekarang guna iPhone 5S memang terbaiklah.
Aku sangat sangat bersetuju dengan pendapat Gadget Lover yang sedikit sebanyak menjawab komen penipuan iPhone 5C tapi maaflah komennya dalam Bahasa Inggeris.
[box type=”shadow”]I have to say iPhone 5C and 5S is the currently the best smatphone in the world since the original iPhone because the iOS speaks for itself already, I’ve been used a lot of smartphone wether its from Apple, Samsung, Sony, Htc and Nokia.. and I found that I never encounter any slow iPhone whereas there are tons of slow Android phones out there for example, Sony Xperia ion and Htc One X that I’ve used previously, however Nokia Lumia 920 is as fast as iPhone but in terms of apps they are way behind schedule than blackberry app world. In conclusion, Apple knows what to do with their phones and all the care is about how THEIR CONSUMER (those can only afford it) will can be satisfy with their product for example, iPhone 5, 5C and 5S have 4″ screen and to me its enough for me to navigate the phone using one finger and if I ever need a bigger screen. there are always a iPad to buy (for those who can afford) and one more thing…previously the cost of 16GB Unlocked iPhone 5 is RM2199 now the cost of 16GB Unlocked iPhone 5S is also RM2199 AND 16GB Unlocked iPhone 5C is 549USD = +/- RM1800[/box]
Seperti aku tulis sebelum ini aku menggunakan iPhone bukan untuk bergaya tetapi untuk memudahkan urusan harian, bisnes dan kembara. Gajet sudah menjadi alat yang sangat penting untuk meningkatkan prestasi bisnes dan juga pelaburan. Bayangkan kalau kita sedang berurusan bisnes tetiba bateri habis atau gambar dan video yang kita snap tidak berkualiti pasti akan memberi kesan kepada prestasi.
Bagi aku smartphone bukan hanya untuk bersosial tetapi lebih daripada itu kegunaannya jadi tak salah kalau nak melabur untuk pendapatan yang berganda.
Mengikut berita terbaru di Amanz.my iPhone 5S dan iPhone 5C akan mula masuk pasaran Malaysia pada 1 November 2013 tapi belum jelas telco mana yang pertama akan menjual. Ada ke mana-mana telco nak offer aku???
133 Comments
aku dah terjebak dgn samsung dan lenovo, susah nak ke iphone ni
Curahan rasa encikarman @ ..Cara Senang Redeem Treatpoint Maybank – Lenovo A706
Bagus, selamat sikit daripada kayakan syarikat Apple – Yahudi.
Tak tahulah. Tapi pendapat saya, kemajuan teknologi seperti ini, jika kita tidak grab, agak rugi disitu.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
ada dapat sms dari celcom tawarkan harga dengan pakej tertentu untuk dapatkan iphone terbaru ni… lupa pulak berapa harganya..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Humaira Diserang Demam Sawan
hihi.. sampai sekarang tak dapat merasa lagi iPhone 5s lagi..
doakan.. dari dulu nak pakai.
Iphone memang terbaik, sesiapa yang dah menggunakannya susah nak tukar ke phone lain dah. selesa menggunakan iphone. 🙂
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..JobDiRumah – Penipu ker?
Wahh comment saya terpilih ke hehe takut ni nak baca comment feedback pembaca especially Android fan haha… Adik beradik saya juga semua pakai Samsung, saya sorang saja setia dengan Apple..samalah mcm2 komplen dah dengar pasal Samsung.
Apa-apa pun ikut keselesaan masing2, ada yang suka ada yang tidak. Jangan kita bertelagah pasal gadget yang hanya sebagai alat atau keperluan yang pasti bukan selamanya kekal 🙂
Betul tu,mengikut keselesan kita sahaja, apa yang penting kita selesa menggunakannya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..JobDiRumah – Penipu ker?
Betul tu sis akma, yang penting keselesaan kita. Mana yang kita selesa, teruskan. Susah juga kalau beli yang tak sesuai, rasa rugi pula. Komen sis akma hebat!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
tak reti la bila citer pasal gajet2 ni.. duit tak banyak nak beli benda-benda cenggini
Curahan rasa zool @ ..Perkara mustahil berlaku di majlis kahwin kampung
So far masih setia bersama iphone 4s…
Tunggu hadiah dari denaihati untuk iphone 5s.. ha ha…
Memang walau hebat mana pesaing Iphone tetap sukakan iphone…
Curahan rasa fazrol @ ..Jalan-jalan cari makan – Crayon Burger di Subang Jaya!
Fazrol memang geng dengan sis akma la nampaknya. Iphone tetap menjadi pilihan hati kan. hehe. PG pun tengah menanti iphone 5s dari denaihati. Moga-moga menang iphone 5s 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
tunggu masa yang sesuai untuk angkat. sekarang belum masanya lagi..
Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 68
PG tak tahulah bila boleh dapat iphone 5s ni. Memang agak cemburu dengan kelebihan yang ada padanya, tapi masih belum mampu untuk memilikinya lagi. Menang contest iphone 5s dulu kot 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Walau apapun yang diperkatakan… Saya tetap pilih Android 😛
Tapi saya memang akui iPhone mempunyai sistem yang lebih stabil 😀
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Nak Kurus Tapi Masih Menyusukan Anak?
Pengguna tegar produk Apple tentu akan memilih Apple.
Curahan rasa akubiomed @ ..Monster High dan Universiti Limkokwing Universiti tunjukkan pendirian anti buli dengan cara kreatif
terbaik! jgn kejar teknologi sebaliknya gunalah tekonologi utk keperluan diri =)
p/s – mac book pernah ‘karam’ dalam air aircond….tapi selepas dibiarkan selama hampir lebih dua minggu…tiba2….boleh guna balik…tanpa ada buat apa2 servis…cuma keyboard jer yg ada masalah sikit
Curahan rasa hafizmd @ ..Oh! Gambar Dalam Entri…
hmm pada den saiz pun penting hari ni. Den kurang gemar dengan saiz iphone. kalau ada saiz yang lebih besar mungkin den akan consider to own one 🙂
Curahan rasa Zuan @ ..Kenapa Den Suka Baca Buku?
Bagi PG, saiz iphone 5s ni da kira memuaskan sangat. Sesuailah dekat tangan yang kecik molek. Memang iphone 5s sesuailah untuk kaum hawa 😀
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Dah lama mengidam nak guna iPhone ini. Kalau dapat beli iPhone lengkaplah gadget apple aku. Lagipun tabung bsn 1Malaysia aku belum cukup lagi.
Curahan rasa Arman @ ..Siapa Kita Sekarang Tidak Penting
Mengidam produk2 Yahudi – Apple, untuk dibuat koleksi? Apple juga yang tambah kaya, kita yang jatuh miskin…
Salah konsep tu … Kita kena guna gajet ciptaan yahudi untuk mengkayakan kita semua.
Amboi. Ada tabung lagi ya. Moga dapat apa yang dihajati ya awak 🙂 PG ni harapkan menang contest je la, baru merasa nak pakai iphone 5s 😀
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kalau blog bro buat contest yang menawarkan hadiah iphone 5S ni , saya mesti turut serta
Curahan rasa wazy @ ..Persiapan Menjelang Hari Raya Aidil Adha
hehe. denaihati tengah buat contest iphone 5s sekarang ni. tak perasan kalau nama wazy ada. ada join tak? cepat! iphone 5s memang tengah menanti tuannya sekarang ni 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Saya salah seorang peminat Apple ni walaupun belum pernah memiliki mana-mana model iPhone. Yang ada cuma iPad 2. Masih berkira-kira untuk membeli iPhone ataupun Macbook Pro 2013 yang belum dilancarkan lagi. Hehe
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Membeli Kasut Jogging
kalau dah pakai macbook….fuh! garenti melekat punya bro…hehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Komisen Pertama Pakej Putu Bambu Homemade!
Hehe. mesti sekarang tengah pakai iphone 5s sudah kan. Iphone 6, 6plus telah ada dipasaran, apa lagi. Dapatkan iphone 5s sekarang. kabarnya harga akan turun 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Comments are closed.