Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah terbaca beberapa minggu lepas di blog teknologi no satu Malaysia Amanz.my yang Apple akan melancarkan dua produk baru iPhone iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C. Pembaca setia pasti dah tahu iPhone satu jenama yang sudah tidak dapat dipisahkan daripada blog ini yang merupakan salah satu cabang niche yang sengaja dibina untuk blog Denaihati.
Apple jika nak dibandingkan dengan Samsung memang tidak begitu agresif dalam mengeluarkan produk-produk baru. iPhone 5 telah dilancarkan pada 12 September 2012 dan 10 September 2013 modal baru iPhone iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C akan dilancarkan. Dalam tempoh setahun tersebut Samsung telah melancarkan berbagai variasi produk. Strategi Apple jauh berbeza daripada Samsung untuk menakluki dunia teknologi.
Apa itu iPhone 5S dan iPhone 5C?
Video iPhone 5C datang dengan binaan yang lebih menarik.
Video iPhone 5S dengan touch ID ..
- Warna emas akan diperkenalkan sebagai tambahan kepada warna putih dan hitam yang sedia ada.
- Menggunakan processor A7 dengan cip pemprosesan berasaskan 64-bit. Dengan penggunaan cip A7 ini, ia membawakan kuasa pemprosesan 2 kali lebih pantas berbanding sebelumnya, termasuk sokongan grafik 2 kali lebih laju.
- Kamera 8-megapixel iSight bersama-sama aperture f/2.2 yang lebih besar, dan mengatakan sensor mereka mempunyai 1.5 mikron pixel untuk rakaman pada keadaan gelap dengan lebih baik
- Fungsi baru yang disertakan adalah SloMo, membolehkan pengguna merakamkan video HD (720p) pada kadar 120fps.
- Memkenalkan fingerprint scanner yang dinamakan touchID merupakan perubahan paling terbaik. Ramai analisa berpendapat ini permulaan era transaksi berbillion dollar bisnis secara mobile phone.
- Menggunakan iOS 7.
Video Top 5 ciri hebat iOS 7
Big bos Apple Tim Cook, CEO Apple telah melancarkan iPhone model baru pada 10/9/13.
Pelancaran produk baru iPhone adalah seperti yang dijangka iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C. Harga iPhone 5C USD99 untuk 16 GB dan USD199 untuk 32GB jadi dijangkan harga iPhone 5C Malaysia sekitar RM1999 untuk 16 GB dan RM2199 untuk 32 GB. Ramai yang kata harga ini masih agak mahal.
Update iPhone 5S dari peminat iPhone
103 Comments
Setakat ni belum diputuskan lagi nak upgrade @ tidak,.. orang rumah dah mula tersengih2 tengok versi gold tu.. kalau ikut saya, mungkin tunggu iPhone 6 @ S5 la agaknya… 🙂
Curahan rasa shraqs @ ..iPhone 5S Dan 5C Parody [Video]
yang bagusnya..sudah banyak warna-warni sekarang..takde la hitam putih aje..
Curahan rasa titan @ ..Tempahan qurban sempena musim raya haji 2013 – eQurban.com
terus pilih warna yang berkenan, tak payah nak tukar casing/cover lagi.
Curahan rasa Denaihati @ ..WordPress Master Class, kelas yang berterusan
kalau tanya saya nak beli atau tak..jawapannya tak, sebab overprice..kalau dapat free saya mau..hehehe
Curahan rasa hafizrahim @ ..Penyelesaian Bila Data Plan DiGi Habis Guna
iPhone 5 C suatu usaha menarik dengan pelbagai color …. teringat citer JOBS yang pastinya dia tak setuju ngan dengan ciptaan tersebut….
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – Mee Jawa Restaurant PUBLIKA
den masih prefer produk samsung , tapi kalau dapat iphone free den sambar jer…hehe
Curahan rasa papa mifz @ ..Pentingnya Kebersihan Tandas Awam
sy juga dah jadi pengguna tegar iphone…
bukan apa, ia memudahkan byk perkara, antaranya urusan bisnis. dengan aplikasi WhatsAppa, byk order dpt diterima 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Hans Isaac bercinta dengan Neelofa
aduhai harganya boleh beli rantai mas ni
Curahan rasa kak ina kl @ ..Tidur Lena Dengan Bantal Kekabu
setakat ini masih belum merancang untuk tukar hp…
Curahan rasa daddydee @ ..Majlis Ilmu : Sekitar Konvesyen Usahawan Muslim 2013
Dengar kata selepas iPhone 5s dan iPhone 5c ni release, iPhone 5 tak keluar dah lepas ni. Betul ke?
Curahan rasa Dr Fuh @ ..Petua Menghilangkan Dan Merawat Rambut Kelemumur
Semenjak Apple mengeluarkan model iphone, belum pernah memilikinya….bilalah agaknya dapat memilikinya. Ketika contest gadget impian dan contest iphone 5 hari tu hanya dapat tempat ke-8 je…yang dpt cuma no.1-5, frust jugak ketika tu…he..he..
Curahan rasa Blogger Top Star @ ..iphone 5S dan iphone 5C Terbaru Keluaran Apple Inc
Kelebihan iphone 5 sekarang lebih menyerlah…drpd yang terdahulu…
Curahan rasa Blogger Top Star @ ..iphone 5S dan iphone 5C Terbaru Keluaran Apple Inc
Kalau Denaihati buatkan satu contest yang berupa hadiah iphone 5C dan 5S lagi bagus. Dah lama tuan Denaihati tidak buat contest besar-besaran. pasti ramai yang bersetuju dengan saranan saya.
Curahan rasa Blogger Top Star @ ..iphone 5S dan iphone 5C Terbaru Keluaran Apple Inc
Nampak amat menarik je…kalau dapat satu bestkan! 🙂
Curahan rasa Blogger Top Star @ ..iphone 5S dan iphone 5C Terbaru Keluaran Apple Inc
Tidak sangka pula, 5c diperkenalkan juga. Hehe, memang pandai straqtegi Iphone
Comments are closed.