Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah terbaca beberapa minggu lepas di blog teknologi no satu Malaysia Amanz.my yang Apple akan melancarkan dua produk baru iPhone iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C. Pembaca setia pasti dah tahu iPhone satu jenama yang sudah tidak dapat dipisahkan daripada blog ini yang merupakan salah satu cabang niche yang sengaja dibina untuk blog Denaihati.
Apple jika nak dibandingkan dengan Samsung memang tidak begitu agresif dalam mengeluarkan produk-produk baru. iPhone 5 telah dilancarkan pada 12 September 2012 dan 10 September 2013 modal baru iPhone iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C akan dilancarkan. Dalam tempoh setahun tersebut Samsung telah melancarkan berbagai variasi produk. Strategi Apple jauh berbeza daripada Samsung untuk menakluki dunia teknologi.
Apa itu iPhone 5S dan iPhone 5C?
Video iPhone 5C datang dengan binaan yang lebih menarik.
Video iPhone 5S dengan touch ID ..
- Warna emas akan diperkenalkan sebagai tambahan kepada warna putih dan hitam yang sedia ada.
- Menggunakan processor A7 dengan cip pemprosesan berasaskan 64-bit. Dengan penggunaan cip A7 ini, ia membawakan kuasa pemprosesan 2 kali lebih pantas berbanding sebelumnya, termasuk sokongan grafik 2 kali lebih laju.
- Kamera 8-megapixel iSight bersama-sama aperture f/2.2 yang lebih besar, dan mengatakan sensor mereka mempunyai 1.5 mikron pixel untuk rakaman pada keadaan gelap dengan lebih baik
- Fungsi baru yang disertakan adalah SloMo, membolehkan pengguna merakamkan video HD (720p) pada kadar 120fps.
- Memkenalkan fingerprint scanner yang dinamakan touchID merupakan perubahan paling terbaik. Ramai analisa berpendapat ini permulaan era transaksi berbillion dollar bisnis secara mobile phone.
- Menggunakan iOS 7.
Video Top 5 ciri hebat iOS 7
Big bos Apple Tim Cook, CEO Apple telah melancarkan iPhone model baru pada 10/9/13.
Pelancaran produk baru iPhone adalah seperti yang dijangka iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C. Harga iPhone 5C USD99 untuk 16 GB dan USD199 untuk 32GB jadi dijangkan harga iPhone 5C Malaysia sekitar RM1999 untuk 16 GB dan RM2199 untuk 32 GB. Ramai yang kata harga ini masih agak mahal.
Update iPhone 5S dari peminat iPhone
103 Comments
Baru dapat masuk laman ni untuk komen…Tidak mampu lagi untuk beli gadjet mahal..perlu kerja keras lagi mencetak duit.
Curahan rasa adikensem @ ..Kebajikan : Pak Mie dan Indah Water Konsortium
memang ada hati untuk memiliki gajet ini..
Curahan rasa kakiblog @ ..5 Asas Untuk Menjadi Seorang Blogger Yang Berjaya
rasa macam masih mahal..tapi apa salahnya melabur sikit untuk pulangan lumayan 😉
Curahan rasa Zuan @ ..Uncle Zuan Blog
sangat suka warna dari iphone 5s… nampak mewahh..
terbaik applee
Curahan rasa Norfanil @ ..Wordless Wednesday : Alexa Rank September 2013
suka 5c, tunggu 6 kuar baru beli 5c kut, hehe dapat harga murah.
Nak lagi murah beli je package yg di offer syarikat telco
tak boleh jadi nih nak kena sambar satu juga lah iphone nih
Curahan rasa onlajer @ ..Wordless Wednesday : DB Ternganga
Finger scan … huh amazing
Apple unveil not one but 2 Iphone… Baru bace tadi kat google news.
Curahan rasa Joe @ ..Sebab Saya Guna Web Hosting Luar
teringinnya nk pakai iphone… tapi… samsung jgk yg dibelinya
apa yang orang cakap mengenai apple agak betul bagi saya
‘sekali pakai apple tak nak dah yang lain’
hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW-Anak² Cikgu Kimia dan Add Maths
MJ tak pernah memiliki iPhone dari 1st generasi smpai kini, apatah lagi yg baru keluar..huhuu
Kena ikut kemampuan jugak, klau ikutkan kehendak hancusss 😉
Curahan rasa Myra jay @ ..Sayangi Jantung kita dengan COQ Health Plus Shaklee
Hmm. Rm2000 juga tu. Nak kena pertimbangkan jugak 5C tu.
Curahan rasa Fyzal @ ..9 Impressive & Creative Food Arts
Itu hanya anggaran sahaja sebab belum ada apa pengumuman harga iphone 5C Malaysia
x sabar ni. bile dah guna apple mesti cuma setia ngn yang ni..
Bila tenbgok spec semua tu dah mantap,mungkin kena tunggu 3 atau 6 bulan lagi untuk buat perancangan untuk beli 1 untuk kegunaan sendiri
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #73
Comments are closed.