Assalamualaikum dan Salam dari Paris, sebelum terbang ke London ada kawan whatsapp minta tolong belikan iPhone 5 sebab katanya dah lama kumpul duit. Kalau tak silap ada dengar gosip Apple akan melancarkan iPhone 5 pada 12 September di US kiranya 13 September tarikh Malaysia.
Pelancaran iPhone 5 @ iPhone 5 live event
Kalau pun iPhone 5 dilancarkan pada tarikh 12/9/12 pasti sekurang-kurangnya seminggu dua baru masuk pasaran dan pasti ketika itu aku dah balik dari kembara London dan Paris. Biasanya iPhone baru memang agak lambat masuk Malaysia kalau nak cepat kena kirim pada kawan di Kemboja. iPhone 5 Malaysia memang lambat keluar nak kena sign agreement dengan telco tempatan tak macam di Kemboja open je. Biasanya ambik dua bulan jugalah untuk iPhone 5 dilancarkan Malaysia setelah dilancarkan di US.
Masih ingatkan rumah aku yang kena pecah sebelum Ramadhan 2012 dan beberapa biji iPhone aku dan anak aku kena rampok. Sementara menunggu iPhone 5 aku beli iPhone 4 second hand untuk anak yang sulong. Baru-baru ini sebelum dia balik asrama perlahan je bisik katanya boleh tak nanti ganti iPhone 4 dengan iPhone 5. Aku senyum je … abis nak cakap apa.
Sehingga kini pelbagai ura-ura dan laporan kedengaran menceritakan bentuk dan sistem baru iPhone 5. Ada juga keluar berbagai video di Youtube yang mengambarkan fizikal iPhone 5. Itulah yang menariknya Apple dengan strategi pemasarannya tak seperti jenama lain yang hampir setiap bulan keluar model baru. Banyak yang kita boleh belajar dari cara Apple memperkenalkan produk baru ke dalam pasaran.
Ramai dah tahun Apple menang saman ke atas Samsung USd1.05 billion. Kemudian Samsung bayar saman USD1.05 billion dengan duit siling 5 sen. Kekadang aku rasalah diaorang ni saja je buat drama sebagai salah satu strategi promosi. Kalau tak silap aku Samsung yang buat chasing iPad Apple jadi tak mustahil kalau mereka rancang macam-macam di belakang tabir untuk jadikan industri smartphone terus bergelora. Ini sekadar pendapat peribadi tiada kena mengena dengan yg hidup atau yang mati.
12 September semakin hampir, industri smartphone dan pengguna iPhone sedang countdown iPhone 5.
Aku adalah salah seorang daripada jutaan yang sedang menunggu iPhone 5 …
Macam mana agaknya bentuk dan sistem yang akan diperkenalkan.
Pasti dapat mencabar kehebatan smartphone jenama lain yang sudah berada dipasaran.
Kalau ikut harga pelancaran iPhone sebelum ini pasti harga iPhone 5 tidak akan berubah seperti harga-harga iPhone baru yang dilancarkan.
Joom sama-sama kita countdown iPhone 5.
272 Comments
anak sulong bro tu pandai psycho bro..jaga-jaga. hehe
Curahan rasa halif @ ..Bila la agaknya nak masak makanan sendiri
lagi 2 hari, countdown !
Curahan rasa muazfaris @ ..Buka akaun baru HSBC Amanah di Prima Sri Gombak
kena tunggu spec iphone5 dulu…tengah congak2 nak pilih iphone atau gnote…
Curahan rasa mfadhlan @ ..Minyak RON97 naik lagi, RM3.00 per liter
Lama dah pendamkan dlm hati nak beli iPhone. Tapi apakan daya $$$…
Curahan rasa anjangman @ ..Clean Install Mac OS X 10.8.1
kumpul lagi ler…nanti2 cukup le tu…
Curahan rasa Nana @ ..Protes Aman Bantah Penerbitan Filem ‘Innocence Of Muslims’
Pakai iPhone4s pun dah best sangat inikan pula iPhone 5 ,, hadoi panasaran di buatnya
Curahan rasa puanbee @ ..Beraya dengan blogger kujie2.com
Teringin mesti teringin , tapi di fikirkan semula harga dan duit tu diam kan saja ..tp kalau denaihati nak bg free apa salahnya ..hehehee
Curahan rasa puanbee @ ..Beraya dengan blogger kujie2.com
sapa yang tak nak kalau free…saya pun nak juga…
Curahan rasa Nana @ ..Protes Aman Bantah Penerbitan Filem ‘Innocence Of Muslims’
yosh, mohon denaihati network anjurkan contest hadiah iphone 5 ;D
Curahan rasa azriMy @ ..Top 5 Blog Post Bulan Ogos
sgt t’ingin nk bli gadget yg mhal2..tp apakan daya..hoho
teruja untuk memiliki iphone 5, dulu masa mula2 guna iphone 4 rasa macam nak campak jer ke dinding (ini cerita 2 tahun lepas hehe) bila dah guna lama2 rasa best sangat2 tu yang nak sangat memiliki iphone 5…moga diberi kesempatan… aamiinn
Curahan rasa sweetkurma @ ..akibat putus cinta
hem..hem rasanya ingin segera memiliki
Curahan rasa agen herbalife @ ..Agen Herbalife Bandar Lampung
kalau ada rezeki lebih nak juga tukar iphone5 memandangkan screen htc ni dah crack akibat kecuaian anak sendiri..huhu insyaAllah
Curahan rasa sha @ ..A day before my CUTI RAYA starts
Aku minat gajet tapi rasanya gajet yg aku pakai ni dah berbaloi.
Tunggulah gajet ni dah mogok, barulah aku ganti.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Amin Berpuasa dan Berhari Raya
kita nantikan saja pengumumannya di Malaysia
Curahan rasa GoldMan @ ..Rumah Terbuka Hari Raya GoldCrest Pavilion ( GCP )
tak sabar tapi tak mampu beli lg..tengok jelah
Curahan rasa faizalPj @ ..Wordless Wednesday : MiFi MF230 P1
tak dapat beli, pegang pun jadi ler….
Curahan rasa Nana @ ..Protes Aman Bantah Penerbitan Filem ‘Innocence Of Muslims’
Esok merupakan detiknya 😉
Tak sabar menunggu 😀
Curahan rasa Myra Jay @ ..KOLEKSI TERBARU KZNABIHAH BUTIK
Comments are closed.