iPhone 5 dilancarkan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam dari Paris, sebelum terbang ke London ada kawan whatsapp minta tolong belikan iPhone 5 sebab katanya dah lama kumpul duit. Kalau tak silap ada dengar gosip Apple akan melancarkan iPhone 5 pada 12 September di US kiranya 13 September tarikh Malaysia.

Pelancaran iPhone 5 @ iPhone 5 live event

Kalau pun iPhone 5 dilancarkan pada tarikh 12/9/12 pasti sekurang-kurangnya seminggu dua baru masuk pasaran dan pasti ketika itu aku dah balik dari kembara London dan Paris. Biasanya iPhone baru memang agak lambat masuk  Malaysia kalau nak cepat kena kirim pada kawan di Kemboja. iPhone 5 Malaysia memang lambat keluar nak kena sign agreement dengan telco tempatan tak macam di Kemboja open je. Biasanya ambik dua bulan jugalah untuk iPhone 5 dilancarkan Malaysia setelah dilancarkan di US.

Gambar iPhone 5 mungkinkah ini?

Masih ingatkan rumah aku yang kena pecah sebelum Ramadhan 2012 dan beberapa biji iPhone aku dan anak aku kena rampok. Sementara menunggu iPhone 5 aku beli iPhone 4 second hand untuk anak yang sulong. Baru-baru ini sebelum dia balik asrama perlahan je bisik katanya boleh tak nanti ganti iPhone 4 dengan iPhone 5. Aku senyum je … abis nak cakap apa.

Sehingga kini pelbagai ura-ura dan laporan kedengaran menceritakan bentuk dan sistem baru iPhone 5. Ada juga keluar berbagai video di Youtube yang mengambarkan fizikal iPhone 5. Itulah yang menariknya Apple dengan strategi pemasarannya tak seperti jenama lain yang hampir setiap bulan keluar model baru. Banyak yang kita boleh belajar dari cara Apple memperkenalkan produk baru ke dalam pasaran.

Ramai dah tahun Apple menang saman ke atas Samsung USd1.05 billion. Kemudian Samsung bayar saman USD1.05 billion dengan duit siling 5 sen. Kekadang aku rasalah diaorang ni saja je buat drama sebagai salah satu strategi promosi. Kalau tak silap aku Samsung yang buat chasing iPad Apple jadi tak mustahil kalau mereka rancang macam-macam di belakang tabir untuk jadikan industri smartphone terus bergelora. Ini sekadar pendapat peribadi tiada kena mengena dengan yg hidup atau yang mati.

12 September semakin hampir, industri smartphone dan pengguna iPhone sedang countdown iPhone 5.

Aku adalah salah seorang daripada jutaan yang sedang menunggu iPhone 5 …

Macam mana agaknya bentuk dan sistem yang akan diperkenalkan.

Pasti dapat mencabar kehebatan smartphone jenama lain yang sudah berada dipasaran.

Kalau ikut harga pelancaran iPhone sebelum ini pasti harga iPhone 5 tidak akan berubah seperti harga-harga iPhone baru yang dilancarkan.

Joom sama-sama kita countdown iPhone 5.


Spread the love

272 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!