iPhone 4 Malaysia Jumaat ini maaf aku dulu.

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, awal Jun 2010 Apple telah melancarkan iPhone 4 generasi baru yang sangat mengiurkan bagi mengantikan iPhone 3GS. Ketika itu aku dah bercadang nak menukar iPhone 3GS ke iPhone 4 pada lawatan ke Kemboja yang akan datang. Kenapa Kemboja kerana di sana harganya RM200 – 300 lebih murah daripada Malaysia. Tetapi niat aku terhalang apabila aku diberitau oleh agen Apple Store di The Mines bahawa iPhone 4 menggunakan mikro SIM card yang hanya akan dikeluarkan oleh wakil iPhone yang sah iaitu Maxis dan Digi. Bukan apa aku sekarang guna unlimited CELCOM broadband malas pulak nak tukar ke Maxis. Khabarnya Maxis dan Digi akan melancarkan iPhone 4 Malaysia pada hari Jumaat 24/9/2010.

Aku ada baca entri Shamhardy perbezaan antara Android dan iPhone. Perbezaan ini mungkin dirasai untuk mereka yang mahir menggunakan smartphones yang berbagai seperti HTC evo4G, Samsung galaxy, iphone 4, Nokia N8, Blackberry dan lain-lain lagi. Bagi aku yang hanya guna untuk monitor blog, email, facebook, twitter, arah kiblat, waktu solat, result EPL 2010/11, maps dan harga emas rasanya iPhone pun dah cukup sesuai.

Semalam aku singgah di kedai telefon di Kluang Mall nak cuci mata nak tengok latest handphone. Mata aku ternampak deretan 4 biji iPhone 4 yang confirm stok Singapore. Sedang aku membelek-belek deretan iPhone tu brother yang jaga tu tanya samada aku berminat ke? Memanglah aku minat cuma aku cakap susah nak tukar sebab aku tak ada mikro SIM card dan sekarang pun aku dah guna iPhone 3GS. Jawapan mamat tu memang simple, dia kata SIM card diaorang boleh adjust dan iPhone 3GS boleh trade in. Ha ha ha kau orang nak tau apa jadi setelah satu 1 jam aku dah bawa balik iPhone 4 16 GB dengan iOS 4.1.

Kepada pencinta iPhone tunggukan iPhone 4 Malaysia Jumaat ni maaf aku dulu.

[ad#Mangga 300]


Spread the love

116 Comments

      1. Pernah dengar lecturer saya tu kata, kalau nak beli produk apple, lebih baik beli online dari apple singapore.. entah la apa bezanya.. agaknya lagi murah?

      1. Tak pe la.. kita guna dulu apa yang kita ada. Kalau tengok dekat negara luar, banyak jer yang masih guna handphone asas jer.. Ramai juga budak turki yang sambung study kat sini guna telefon biasa jer tu.

  1. uihhh ..dah angkat dah ke?
    saya cadang nak tunggu yg officialnya dr maxis .. nak angkat 2 biji sekaligus utk saya dan wife ..

    boleh buat video call 🙂
    Curahan rasa hydir @ ..Company from Hell!My Profile

        1. iPad bukan versi iPod touch tu ker bro? tak dapat buat call.. Aik, sepatutnya kalau screen dah besar tu, memang senang jer nak berblogging.. memang puas hati la kalau ada benda tu.. tak payah iphone pun ok dah.. haha

          1. kalau setakat nak surf tekan sini sana dan blogwalking ok tapi kalau nak buat entri dan tulis komen panjang-panjang memang agak tak praktikal…tu pandanagn peribadi aku setelah mencuba.

            1. Maksudnya nak tulis2 komen tu kena melalui touch-screen tu jer ker bro? Pernah nampak aksesori khas untuk iPad ari tu, portable keybord khas untuk iPad.. Guna ni lagi senang kot. Tapi memang menggiurkan juga iPad tu…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!