Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, iPad Mini bagai bulan jatuh ke riba para pemenang di #SBB2013 semestinya memberi banyak manfaat dan kegunaan kepada siapa saja yang memilikinya. Selain memudahkan urusan kerja seharian iPad Mini juga boleh diguna dalam urusan pembelajaran seperti yang dilakukan oleh Ustazah Ain.
Entri review iPad Mini ini adalah hasil coretan dari penulis jemputan iaitu Ustazah Ain, pemilik blog Ainsamadi.blogspot.com. Joom sama-sama kita baca perkongsian dari Ustazah bagaimana dia gunakan iPad Mini yang dimenangi dalam majlis Sepetang Bersama Blogger 2013.
Bismillah dan Assalamualaikum.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat Rasul junjungan, ahli keluarga baginda dan sahabat2 yang diredhai Allah sekalian.
Sememangnya minda bawah sedar yang memikirkan kebaikan dan kemenangan pasti aura kebaikan dan kemenangan akan menghampiri kita (Keyakinan Membuahkan Hasil di SBB2013). Itulah yang Ustazah praktikkan pada setiap sesuatu yang Ustazah bersungguh mahukan. Alhamdulillah dengan izin Allah sudah beberapa kali perkara ini benar-benar terjadi dalam kehidupan Ustazah.
Syukur pada Allah SWT dengan izin Nya nama Ustazah terpilih dalam pemilihan secara random dalam cabutan bertuah untuk mendapat mini iPad. Syukran pada sahabat merangkap sifu dalam dunia blog ciklaili.com, jazakallahu khairan buat Tuan Haji Zainal yang sudi sponsor hadiah berharga ini. Begitu juga dengan Denaihati n teamwork yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan event SBB2013 di Hotel Singgahsana PJ begitu juga penaja hadiah, mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Doa Ustazah semoga Allah SWT memberi ganjaran berlipat kali ganda lebih daripada apa yang mereka berikan dan usahakan.
Terima kasih Tuan Hj Zainal. smg sudi sponser lagi. [dr FB beliau]
Penganugerahan iPad mini adalah suatu tanggungjawab bagi memastikan pemberian ini adalah sesuatu yang bermakna dan satu jariah yang pahalanya mengalir tanpa henti bagi yang bermurah hati memberi tanpa ragu. Allah SWT memberikan sesuatu tentu ada tujuan dan bukan sia-sia. pasti akan dipertanggungjawabkan.
Baru kenal denaihati. semasa di SBB2013
“Mak janjinya kalau Mumtaz dapat nombor satu lagi diperingkat negeri, Mak belikan Mumtaz iPad” itulah rengekan anak yang ke tiga. Ustazah hanya mampu tersenyum dan menjawab “In shaa Allah sayang, nanti nak minta pada Allah.. Allahkan kaya.. kita minta je“. Sebenarnya nak terapkan dalam diri anak- anak agar yakin pada Allah SWT dengan memohon kepadaNya dalam segala hal. Akhirnya anak hanya berjaya mendapat kedudukan pertama di peringkat daerah sahaja dan kurang bertuah untuk menduduki tempat pertama di peringkat negeri. Itu kisah November 2012.
Senyum suka sangat ni..tak tau nak kata..
Kini tanpa diduga rezeki yang tidak disangka-sangka iPad mini dalam genggaman. Masih ingat lagi Ustazah nama disebut semacam tidak percaya.. Alhamdulillah Ya Allah dengan izin Mu. Ustazah yakin ramai yang tidak mengenali diri ini lantaran masih terlalu baru dalam dunia blogging. Dengan keberkatan iPad inilah Ustazah punyai peluang untuk mengenali dan dikenali oleh blogger yang mantap, hebat dan punyai kedudukan yang baik dalam persada media sosial yang semakin mendapat perhatian seluruh lapisan masyarakat. Terlalu ramai untuk dicatatkan seperti: Anarm Khairul, Ustaz Noehas, Cikpjaz.com, Nadot.my, Namiacinta, Ajumohit, Shakiddo, Sohoque, Sweetkurma, Puanbee, Kujie2, Sharidawati, qasehimanie, lensapujangga, bicaramakdara, Eyriqazz, Melastikbintang, Yuyu Zulaikha, NurMisnan, Akma Omar, Jejariruncing, Cikgunaman, Zarul Umbrella, Abang Ensem, dan ramai lagi. Hakikatnya melalui event Sepetang Bersama Blogger 2013 begitu bermakna dan di situlah Ustazah mula mengenali para blogger tetapi nak bertegur dan bersapaan ya ampun malunya mengenangkan orang tak kenal kita.
iPad mini memudahkan urusan seharian. Seawal bangun pagi dapat buka YouTube bacaan surah Yaasin untuk dihadiahkan buat arwah suami, terasa damai mendengar alunan bacaan Al-Quran. Sebelum ini Ustazah hanya menggunakan telefon sahaja. Begitu juga dikala mahu memejamkan mata surah Al-Mulk menjadi teman sebagai bekalan semoga terselamat daripada seksaan kubur apabila kita dijemput oleh Allah SWT.
Waktu persekolahan agak panjang dan pelbagai aktiviti perlu diikuti dan dilaksanakan. Maklumat di hujung jari untuk mengakses bahan bantu mengajar, anak murid tumpang sekaki. Banyak persoalan dapat dijawab dan ditunjukkan sekurang-kurangnya murid rasa seronok dan dapat melihat sendiri sesuatu sistem seperti sistem SPPBS dilaksanakan. Ustazah manfaatkan sepenuhnya..
Sewaktu mesyuarat, perhimpunan atau taklimat dah tak perlu susah payah bawa buku nota. Tinggal catat di sini dan kadang2 tu terus jadi bahan entri blog serta bermanfaat untuk informasi orang lain. Kawan-kawan pun seronok la tumpang bergambar dan boleh dijadikan bahan dokumentasi.
Anak-anak guna iPad tak? Pasti dan pasti guna, apa lagi melayan game la, time berebut tu yang tak tahan. Alhamdulillah anak yang bongsu sudah pandai menulis namanya sendiri hasil pembelajaran yang Ustazah upload melalui Apple store. Si kakak2 juga bijak mencari bahan rujukan, nak buat lukisan yang sukar lucunya dengan search google image lepas tu tinggal tekap atas iPad. Paling seronok mereka suka berkongsi untuk bermain dengan kawan-kawan yang datang mengaji Al-Quran ke rumah. “Jom ngaji umah Ustazah nanti boleh main iPad“. Mereka sebahagiannya anak orang kurang berkemampuan. Jadi berkongsi adalah sesuatu yang terbaik utk didik anak supaya tidak kedekut.
Kami bahagia.. Alhamdulillah.
Proses menadah ilmu begitu mudah dan boleh diperolehi di mana sahaja asal ada line internet tambah dgn iPad mini yang kecil dan boleh di bawa ke mana. Maklumlah selalu terlepas majlis ilmu di radio IKIM dan TV AlHijrah. So boleh download atau dgr terus ketika memasak, gosok baju, buat kerja perkeranian di sekolah sambil berkongsi dengan rakan sebelah. Dgr lah wahai sahabat majlis2 ilmu begitu banyak manfaat untuk diri dan keluarga. Terutamanya program Prof. Dr. Muhaya, Prof. Dr. Kamil Ibrahim, Dr Zahazan, Dr, Zulkifli Al- Bakri, Ustazah Norhafizah, Ustaz Pahrol Muhd Jouidan ramai lagi tokoh ilmuan..
Teruslah menimba ilmu
Hidup tambah berseri dan bahagia dapat berkenalan dengan para blogger di Denaihati Network. Mereka semua ramah, baik, tidak lokek ilmu dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Baru2 ni kita kehilangan Abang Jejai utk selamanya. Ustazah mengikuti perkembangannya walau tdk mengenalinya. Nampak semangat ukhwah yang terjalin begitu erat dan bantuan boleh disalurkan kepada keluarganya dengan mudah. Semoga keluarga tabah menghadapi ujian tersebut dan rasailah kebahagian menerima ujian. In shaa Allah timbul rasa syukur atas apa yang Allah berikan kepada kita. Kadang2 rasa kekok juga nak beri komen dalam blog dan FB Denaihati Network.. tapi kita kena mula juga biar mudah urusan bersilaturrahim. Seronok juga kalau lihat ada yang suka menyakat dan disakat. Semuanya sporting..
Blogger top di #SBB2013
Pendek kata dengan ketuahan iPad Mini ini memberi ruang dan peluang untuk Ustazah menimba ilmu, menyampaikan sedikit ilmu kepada lingkungan anak murid dan masyarakat, bersilaturrahim antara blongger dan sahabat, bertukar2 pandangan dan banyak lagi faedahnya yang belum Ustazah ketahui dan terokai..
Akhirnya, terima kasih pada pihak Denaihati sudi menjemput Ustazah yang ilmunya tak seberapa ni terutama dlm berblogging untuk menjadi penulis jemputan. Doa Ustazah bagi Tuan Haji Zainal semoga rezeki semakin bertambah dan keberkatan daripada Allah SWT diperolehi begitu juga para sahabat2 yang lain.
Kek Carrot.. ringkas.
121 Comments
selamat nya semoga bermanfaat
Curahan rasa obat asam urat @ ..Obat maag kronis alami
Hi Admin,
Thanks for this great article about IPAD MINI BUILDS UNEXPECTEDLY.
Curahan rasa Epiphora @ ..Lymphomatoid Granulomatosis In Canines Dangerous Lymphoid Cellular
Selamat untuk para pemenang, semogga dapat bermanfaat..
saya pun rasanya juga mau..hehe
Curahan rasa eflianda @ ..Masterbet88 Grand opening Promo Bonus 50% Sportsbook dan Casino Online
Teringat nak iphone 5 di iphone 5 gadget impain tak tercapai, hanya dpt tempat ke-8 rasanyalah, sbb drpd sekarang belum tahu keputusan penuh, mungkin DH sibuk hinggakan keputusan tak disiarkan di bloh dia, tapi hadiah buku2, cederahati dah diterima. Terima kasih. Peluang nak dpt ipad mini tak tercapai pulak akibat tak hadir di SSB2013. Bilalah peluang nak click ipad mini ni dpt direalisasikan? Moga ada contest lagi selepas ini antaranya hadiah ipad mini ke?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pertama Kali Dapat komisen Daripada Jobdirumah
ipad antara hadiah lumayan contest2 yang ramai ingin menangi
Curahan rasa Mus @ ..Gambar Matahari Terbenam Dari Kuburan Cina
tu la, termasuk saya.. nak jugak ipad..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Habis Dah Baucar Buku
tahniah atas kemenangan..
Curahan rasa Mus @ ..Gambar Matahari Terbenam Dari Kuburan Cina
seronoklah dapat ipad mini tu
Curahan rasa zool @ ..Emel tindakan selepas kena sembelih
Tahniah kepada pemenang…teringin nak jugak ipad tuuu 🙂
Curahan rasa MalaysianCareerJobs @ ..Jawatan kosong terkini di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)
Tahniah…tahniah…
Semoga bermanfaat untuk kepentingan dunia dan juga akherat aamiin..aamiin
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Formasi CPNS Jawa Tengah 2013
Salam ziarah,.. selamat ya ,..
ikutan seneng membacanya..
Curahan rasa Boku no Blog @ ..Toyota i-ROAD, solusi atasi kemacetan dalam kota
Suka part yang rezeki tu..betoi tu,saya pun sendiri tak sangka saya menang iphone 5 gadget impian tu coz tau byk part yang tak dpt nak lawan peserta lain..Siap isteri tegur, papa asyik join event & contest denaihati ni, pernah menang apa2 ke?
ALhamdulillah, menang..terkebil2 isteri…
Owhh, on other notes, blom siapkan entri iphone 5..hik3..mood masih kenadotan…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Cancel Pembelian Vega Residensi, Cyberjaya
Alhamdulillah murah rezeki. Tahniah kepada para pemenang yang sangat bertuah! tahniah juga kepada denaihati berjaya menganjurkan program terbaik untuk blogger!
Curahan rasa Dr Fuh @ ..Fuh Seram! 100 Kubur Digali Untuk Upacara Voodoo
tahniah ustazah ain…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Cara paling mudah redakan hidung tersumbat untuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa
Tahniah buat ustazah…
Suka cara ustazah didik anak tentang kekuasaan ALLAH…
Insya Allah AmiRini akan praktikkan dalam keluarga nnt..
Curahan rasa AmiRini @ ..Kawan Baru….
Bahagia rasanya, bila dapat gadget yang satu ini
Karena akan sangat membantu sekali pada aktivitas berblogging
Comments are closed.