Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, iPad Mini bagai bulan jatuh ke riba para pemenang di #SBB2013 semestinya memberi banyak manfaat dan kegunaan kepada siapa saja yang memilikinya. Selain memudahkan urusan kerja seharian iPad Mini juga boleh diguna dalam urusan pembelajaran seperti yang dilakukan oleh Ustazah Ain.
Entri review iPad Mini ini adalah hasil coretan dari penulis jemputan iaitu Ustazah Ain, pemilik blog Ainsamadi.blogspot.com. Joom sama-sama kita baca perkongsian dari Ustazah bagaimana dia gunakan iPad Mini yang dimenangi dalam majlis Sepetang Bersama Blogger 2013.
Bismillah dan Assalamualaikum.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat Rasul junjungan, ahli keluarga baginda dan sahabat2 yang diredhai Allah sekalian.
Sememangnya minda bawah sedar yang memikirkan kebaikan dan kemenangan pasti aura kebaikan dan kemenangan akan menghampiri kita (Keyakinan Membuahkan Hasil di SBB2013). Itulah yang Ustazah praktikkan pada setiap sesuatu yang Ustazah bersungguh mahukan. Alhamdulillah dengan izin Allah sudah beberapa kali perkara ini benar-benar terjadi dalam kehidupan Ustazah.
Syukur pada Allah SWT dengan izin Nya nama Ustazah terpilih dalam pemilihan secara random dalam cabutan bertuah untuk mendapat mini iPad. Syukran pada sahabat merangkap sifu dalam dunia blog ciklaili.com, jazakallahu khairan buat Tuan Haji Zainal yang sudi sponsor hadiah berharga ini. Begitu juga dengan Denaihati n teamwork yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan event SBB2013 di Hotel Singgahsana PJ begitu juga penaja hadiah, mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Doa Ustazah semoga Allah SWT memberi ganjaran berlipat kali ganda lebih daripada apa yang mereka berikan dan usahakan.
Terima kasih Tuan Hj Zainal. smg sudi sponser lagi. [dr FB beliau]
Penganugerahan iPad mini adalah suatu tanggungjawab bagi memastikan pemberian ini adalah sesuatu yang bermakna dan satu jariah yang pahalanya mengalir tanpa henti bagi yang bermurah hati memberi tanpa ragu. Allah SWT memberikan sesuatu tentu ada tujuan dan bukan sia-sia. pasti akan dipertanggungjawabkan.
Baru kenal denaihati. semasa di SBB2013
“Mak janjinya kalau Mumtaz dapat nombor satu lagi diperingkat negeri, Mak belikan Mumtaz iPad” itulah rengekan anak yang ke tiga. Ustazah hanya mampu tersenyum dan menjawab “In shaa Allah sayang, nanti nak minta pada Allah.. Allahkan kaya.. kita minta je“. Sebenarnya nak terapkan dalam diri anak- anak agar yakin pada Allah SWT dengan memohon kepadaNya dalam segala hal. Akhirnya anak hanya berjaya mendapat kedudukan pertama di peringkat daerah sahaja dan kurang bertuah untuk menduduki tempat pertama di peringkat negeri. Itu kisah November 2012.
Senyum suka sangat ni..tak tau nak kata..
Kini tanpa diduga rezeki yang tidak disangka-sangka iPad mini dalam genggaman. Masih ingat lagi Ustazah nama disebut semacam tidak percaya.. Alhamdulillah Ya Allah dengan izin Mu. Ustazah yakin ramai yang tidak mengenali diri ini lantaran masih terlalu baru dalam dunia blogging. Dengan keberkatan iPad inilah Ustazah punyai peluang untuk mengenali dan dikenali oleh blogger yang mantap, hebat dan punyai kedudukan yang baik dalam persada media sosial yang semakin mendapat perhatian seluruh lapisan masyarakat. Terlalu ramai untuk dicatatkan seperti: Anarm Khairul, Ustaz Noehas, Cikpjaz.com, Nadot.my, Namiacinta, Ajumohit, Shakiddo, Sohoque, Sweetkurma, Puanbee, Kujie2, Sharidawati, qasehimanie, lensapujangga, bicaramakdara, Eyriqazz, Melastikbintang, Yuyu Zulaikha, NurMisnan, Akma Omar, Jejariruncing, Cikgunaman, Zarul Umbrella, Abang Ensem, dan ramai lagi. Hakikatnya melalui event Sepetang Bersama Blogger 2013 begitu bermakna dan di situlah Ustazah mula mengenali para blogger tetapi nak bertegur dan bersapaan ya ampun malunya mengenangkan orang tak kenal kita.
iPad mini memudahkan urusan seharian. Seawal bangun pagi dapat buka YouTube bacaan surah Yaasin untuk dihadiahkan buat arwah suami, terasa damai mendengar alunan bacaan Al-Quran. Sebelum ini Ustazah hanya menggunakan telefon sahaja. Begitu juga dikala mahu memejamkan mata surah Al-Mulk menjadi teman sebagai bekalan semoga terselamat daripada seksaan kubur apabila kita dijemput oleh Allah SWT.
Waktu persekolahan agak panjang dan pelbagai aktiviti perlu diikuti dan dilaksanakan. Maklumat di hujung jari untuk mengakses bahan bantu mengajar, anak murid tumpang sekaki. Banyak persoalan dapat dijawab dan ditunjukkan sekurang-kurangnya murid rasa seronok dan dapat melihat sendiri sesuatu sistem seperti sistem SPPBS dilaksanakan. Ustazah manfaatkan sepenuhnya..
Sewaktu mesyuarat, perhimpunan atau taklimat dah tak perlu susah payah bawa buku nota. Tinggal catat di sini dan kadang2 tu terus jadi bahan entri blog serta bermanfaat untuk informasi orang lain. Kawan-kawan pun seronok la tumpang bergambar dan boleh dijadikan bahan dokumentasi.
Anak-anak guna iPad tak? Pasti dan pasti guna, apa lagi melayan game la, time berebut tu yang tak tahan. Alhamdulillah anak yang bongsu sudah pandai menulis namanya sendiri hasil pembelajaran yang Ustazah upload melalui Apple store. Si kakak2 juga bijak mencari bahan rujukan, nak buat lukisan yang sukar lucunya dengan search google image lepas tu tinggal tekap atas iPad. Paling seronok mereka suka berkongsi untuk bermain dengan kawan-kawan yang datang mengaji Al-Quran ke rumah. “Jom ngaji umah Ustazah nanti boleh main iPad“. Mereka sebahagiannya anak orang kurang berkemampuan. Jadi berkongsi adalah sesuatu yang terbaik utk didik anak supaya tidak kedekut.
Kami bahagia.. Alhamdulillah.
Proses menadah ilmu begitu mudah dan boleh diperolehi di mana sahaja asal ada line internet tambah dgn iPad mini yang kecil dan boleh di bawa ke mana. Maklumlah selalu terlepas majlis ilmu di radio IKIM dan TV AlHijrah. So boleh download atau dgr terus ketika memasak, gosok baju, buat kerja perkeranian di sekolah sambil berkongsi dengan rakan sebelah. Dgr lah wahai sahabat majlis2 ilmu begitu banyak manfaat untuk diri dan keluarga. Terutamanya program Prof. Dr. Muhaya, Prof. Dr. Kamil Ibrahim, Dr Zahazan, Dr, Zulkifli Al- Bakri, Ustazah Norhafizah, Ustaz Pahrol Muhd Jouidan ramai lagi tokoh ilmuan..
Teruslah menimba ilmu
Hidup tambah berseri dan bahagia dapat berkenalan dengan para blogger di Denaihati Network. Mereka semua ramah, baik, tidak lokek ilmu dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Baru2 ni kita kehilangan Abang Jejai utk selamanya. Ustazah mengikuti perkembangannya walau tdk mengenalinya. Nampak semangat ukhwah yang terjalin begitu erat dan bantuan boleh disalurkan kepada keluarganya dengan mudah. Semoga keluarga tabah menghadapi ujian tersebut dan rasailah kebahagian menerima ujian. In shaa Allah timbul rasa syukur atas apa yang Allah berikan kepada kita. Kadang2 rasa kekok juga nak beri komen dalam blog dan FB Denaihati Network.. tapi kita kena mula juga biar mudah urusan bersilaturrahim. Seronok juga kalau lihat ada yang suka menyakat dan disakat. Semuanya sporting..
Blogger top di #SBB2013
Pendek kata dengan ketuahan iPad Mini ini memberi ruang dan peluang untuk Ustazah menimba ilmu, menyampaikan sedikit ilmu kepada lingkungan anak murid dan masyarakat, bersilaturrahim antara blongger dan sahabat, bertukar2 pandangan dan banyak lagi faedahnya yang belum Ustazah ketahui dan terokai..
Akhirnya, terima kasih pada pihak Denaihati sudi menjemput Ustazah yang ilmunya tak seberapa ni terutama dlm berblogging untuk menjadi penulis jemputan. Doa Ustazah bagi Tuan Haji Zainal semoga rezeki semakin bertambah dan keberkatan daripada Allah SWT diperolehi begitu juga para sahabat2 yang lain.
Kek Carrot.. ringkas.
121 Comments
Waaahh mantaaapp banget, saya aja mau beli ga kesampean kesampean :'(
Btw, terima kasih udah share artikel ini ya 😀
“In shaa Allah sayang, nanti nak minta pada Allah.. Allahkan kaya.. kita minta je“…. ayat ni aku akan banyak katakan pada anak aku nanti… terima kasih ustazah
Curahan rasa wandisini @ ..Ceritera Asam Pedas Salak Tinggi
Best baca coretan ustazah. Nampaknya ambe akan terjah blog ustazah utk sambung bahan bacaan lain.
Tahniah atas kemenangan ni. Sungguh kata ustazah, kena sentiasa positif dan bersangka baik pada Allah. InshaaAllah rezki Allah Maha Luas utk kita.
p.s. ambe segan nak tegur masa beratur kat luar nak masuk dewan tu, ambe sempat sembang2 sekejap dgn adik ustazah yg belajar di UPM mungkin (atau kawan ustazah yg sorang lagi tu)
Curahan rasa hafizmd @ ..Hari Minggu Yang Tak Bosan
semoga iPad itu dapat digunakan dengan sebaik-baiknya
Curahan rasa hatiputera @ ..Cara Semak Keputusan SPM Secara Online
Tentu saja, buktinya adalah apa yang telah dilakukan oleh Ibu Ustazah Ain
sedap kek carrot? omg
Curahan rasa Amir @ ..(GAMBAR) Wawa Zainal yang comel, Pelakon Drama Ana Lulu
Alhamdulillah.. bersangka baiklah dgn Allah apabila meminta dariNya.
pehh..siap ada kek karot lagi tu..
Curahan rasa titan @ ..Bukan gua tak nak main Adsense..
Mmg terbaik. Cuma dapat tgk ajerlah..hihihi
Curahan rasa hafizmd @ ..Hari Minggu Yang Tak Bosan
iPad mini kembali menjadi gadget impian
Curahan rasa munir ardi @ ..Apa Kataku tentang Brand Denaihati Bagian 2
keren abis artikel nya bang….
Tahniah.. semoga makin berjaya 🙂
Curahan rasa Belajar Cinta @ ..cara sederhana membuat hubungan semakin romantis
alhamdulillah, ipad tu dapat dimanfaatkan sepnuhnya..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Koleksi Gambar Irdhina Aneesa
Itulah. Sebab tu byk kali kita diingatkan, contohnya;
Nilai seposen pada kita mungkin takde pe2, tapi bagi org lain ianya amatlah bernilai. Terbaik!
Curahan rasa hafizmd @ ..Hari Minggu Yang Tak Bosan
Manfaat iPad Mini ini ternyata banyak sekali ya
hehehehe agak susah rupanya memahami isi artikel diatas. Semoga saya juga bisa punya berkah seperti itu dengan memanfaatkan teknologi untuk perkembangan rohani
Curahan rasa Wahan @ ..Melihara Kucing? Asik Loh!!!
Tahniah ustazah… Banyak pengajaran yang diperoleh.. 🙂
Tahniah sebab beroleh iPad mini cabutan bertuah
Curahan rasa munir ardi @ ..Apa Kataku tentang Brand Denaihati Bagian 2
bila kita banyak bersabar, Allah akan beri berlipat ganda rezeki itu.
sebab itu jangan kita mengeluh..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Terkena Sihir
Comments are closed.