Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
alhamdulillah harini kita masih berkesempatan untuk meneruskan kehidupan di bumi Tuhan ini. Menjalankan tanggungjawab dan menyelesaikan keperluan diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.
Kempen #QuranHour telah bermula sejak tiga tahun yang lalu. Ianya merupakan kempen yang diwujudkan untuk menjadikan aktiviti membaca, memahami dan mengamalkan Al Quran sebagai aktiviti harian.
Kita dapat lihat bagaimana hari ini, ada begitu banyak gejala sosial dan jenayah yang berlaku di serata pelosok negara. Ini sesuatu yang perlu kita ambil berat dan ambil peduli. Jika tidak, kita akan merasai kesannya pada tahun-tahun mendatang.
WORLD #QURANHOUR dan MERDEKA #QURANHOUR
Pada 9 Zulhijah bersamaan dengan 31 Ogos, kempen World #QuranHour dan Merdeka #QuranHour akan berlangsung serentak di seluruh dunia. Di Malaysia majlis utama akan berlangsung di UIA Gombak dan seterusnya akan bersambung di Dataran Merdeka.
Dalam masa yang sama, wakil-wakil dari seluruh dunia akan menguruskan majlis di lokasi masing-masing termasuk di Arafah. Ini adalah aktiviti yang penting untuk kita sama-sama hayati dan dalami.
Kempen ini sebenarnya bukan hanya untuk 1 hari sahaja, matlamat utama adalah untuk mewujudkan #QuranHour satu jam setiap hari dalam semua isi rumah. Memang besar perjuangan kempen ini dan ianya tidak membawa kepentingan individu atau organisasi. Ini adalah usaha untuk menjadikan ajaran Al Quran sebagai gaya hidup utama.
Sebaran ke seluruh dunia
Kempen ini tidak akan berjaya tanpa sokongan kita semua, gunakanlah pengaruh anda untuk mengwar-warkan kempen ini demi kesejahteraan bersama. Kempen ini akan memberikan impak bukan sekadar pada diri kita, keluarga kita, masyarakat dan negara secara keseluruhannya.
Anda boleh ambil semua bahan-bahan yang tersedia, salin ayat atau apa juga kaedah agar berita ini dapat disampaikan kepada lebih ramai umat Islam di luar sana. InsyaALLAH sedikit usaha kita untuk mengembalikan kegemilangan Al Quran dalam kehidupan akan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Interaksi dengan Al Quran adalah satu-satunya cara kita boleh mendapatkan kejayaan, kebahagiaan, ketenangan dalam kehidupan di dunia dan insyaALLAH di akhirat kelak.
Team Denaihati akan turut bersama-sama menjayakan kempeni ni pada 9 Zulhijah nanti bersamaan 31 Ogos 2017. Walaupun kedudukan lokasi setiap team kami berbeza, ianya akan menjadi penguat untuk kempen ini yang akan dijalankan di seluruh dunia.
Jemput sama-sama rakan-rakan semua untuk membuat hebahan lebih rancak kepada semua rakan taulan, sanak saudara, jiran tetangga dan sesiapa sahaja di dalam capaian kita.
40 Comments
earth hour boleh buat takkan benda berpahala tak nak buat ye tak hehe..saranan utk diri sendiri
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Cara Dapatkan Tiket Menonton MotoGP Sepang Malaysia
kalau sebelum ni ada world hour, sekarang dah ada quran hour
Kita selalu ikut trend
Hehe
Bila nak jadi trend setter
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..9 Petua hilangkan kencing manis ketika mengandung & Gula normal!
Semoga QuranHour berjalan dengan lancar nanti
Jom sama-sama ambil bahagian
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk
Cantik sangat tu masa nya, baca al quran, amalkan dan ajak orang lain untuk lakukan perkara yang sama. Sebaiknya-nya diamalkan setiap hari supaya menjadi satu tabiat.
Curahan rasa Sani @ ..Kerja Part Time Dengan Ninja Van
Traveloka salah satu platform untuk memperkenalkan negara. Satu usaha yang bagus. Perlu diteruskan pada masa akan datang.
Curahan rasa HIDAYAH AZMAN @ ..MAKANAN YANG BAGUS UNTUK KECUTKAN CYST SEMASA MENGANDUNG
Program yang sangat bagus & bermanfaat.
Semoga program sebegini dapat teruskan dan kita sebagai umat Islam perlu menyebarkannya agar semua dapat berkongsi kebaikan Al Quran.
Curahan rasa HIDAYAH AZMAN @ ..MAKANAN YANG BAGUS UNTUK KECUTKAN CYST SEMASA MENGANDUNG
program yg bermanfaat. masih ramai yg sertai walaupun sekarang ni banyak sgt program hiburan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Meh Sandar Lagi di Tv3
Program hiburan hari ini sudah mulai hambar, penonton sudah mulai mencari solusi menerusi program program ilmiah seperti program ini.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pegawai Perubatan Gred UD41
Program yang perlu diteruskan untuk bertambah rasa saya pada teman kita kelak. Alhamdulillah, moga inisiatif ini dapat mwngurangi gelaja sosial diluar sana.
Curahan rasa Noor aziana mohd salleh @ ..7 Tips Terbaik Kawal Emosi Ketika Ekzema
Program yang sangat bermanfaat. Satu usaha yang sangat murni di celah-celah masalah sosial global yang berleluasa.
Semoga impak dan auranya meresap ke dalam diri kita semua.
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Makanan Bagus Bantu Hilangkan Cyst Semasa Mengandung
sekaranag ini banyak insan mushaf dirumahnya tersimpan di almari bahkan sudah berdebu pula, gerakan ini sangat mulia patut disokong
Curahan rasa web guru tech @ ..Dunia tanpa rokok
Program interaksi quranhour wajar diteruskan dan dikembangkan melalui hebahan. Dengan membaca al-Quran hati menjadi tenang dan mudah menerima nasihat. Semoga rakyat Malaysia masyarakat yang madani.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Kenali Pengasas Al-Manna Ameer
Dalam al quran dah lengkap dengan kisah sebagai teladan. Ada yang anggap ia kisah yang dah lepas.
Bagi mereka yang mendapat petunjuk, al quran boleh digunakan sebagai sumber penghidupan sepanjang zaman.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Rahsia Tukar Prospek Jadi Pelanggan
Sama-sama kita hidupkan Quranhour ini bukan setakat program ini sahaja semoga ia juga menjadi amalan harian kita setiap hari
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Traveloka Official Online Travel Partner KL2017
Alhamdulillah, inisiatif quran hour ini bantu masyarakat islam tidak leka dan sentiasa ikut dengan perkembangan al-quran. Semoga ianya kekal sepanjang zaman.
Alhamdulillah satu usaha yang baik untuk galakkan orang dekat dengan al quran
sehari 1 jam saja untuk baca quran
insyaallah boleh
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Kontraktor bina rumah di Klang? Cara memilih kontraktor yang bagus
Comments are closed.