Inilah wajah comel anak kedua Dato Seri Siti Nurhaliza dan Dato K

Inilah wajah comel anak kedua Dato Seri Siti Nurhaliza dan Dato K. Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada jam 6.21 pagi tadi.

Bayi seberat 3.84 kilogram (kg) itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Siti dan bayi masing-masing dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sihat.

Dalam kenyataan media, suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta selamat melahirkan bayi kedua mereka. Khalid dan Siti juga menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas doa keluarga, saudara-mara, sahabat-handai, peminat, media dan orang ramai.

Selain itu, mereka mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat diketuai Dr Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan anak.

Video Dato Seri Siti Nurhaliza kongsi wajah dan nama anakanda kedua

Mereka juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Datuk Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini.

Kenyataan media itu menambah, kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharap mengurniakan limpahan rezeki dan rahmat Allah SWT.

Sumber : Berita Harian

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!