“Alhamdulillah, benar saya hamil anak kedua” – Siti Nurhaliza

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Selepas sekian lama berteka-teki mengenai kehamilan kedua, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengumumkan bahawa beliau sudah hamil empat bulan.

“Alhamdulillah, benar saya hamil anak kedua,” katanya dalam pengumuman sebentar tadi kepada Astro AWANI dan media lain dalam satu sesi dalam talian.

Kredit: ctdk

Melalui laman instagram beliau:

Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.

Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.

Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.

Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih.

Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya!

Ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Siti Nurhaliza, 41, berkata, beliau memilih untuk tidak menghebahkan berita gembira ini lebih awal kerana belum sampai masa yang sesuai.

“Memang benar saya berdiam diri walaupun sudah ramai yang meneka dan membuat spekulasi. Ini kerana keadaan tidak mengizinkan, jadi saya dan suami sepakat untuk ambil masa sedikit.

“Alhamdulillah, ramai yang mendokan dan saya amat gembira dan bersyukur. Doakan kehamilan say aini selamat sampai saya bersalin dan Insya-Allah dapat lahirkan zuriat yang sihat,’ ujar Siti Nurhaliza yang sebelum ini dikurniakan anak pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Kredit: ctdk

Diberi kesempatan hamil anak kedua, penyanyi masyhur itu berkata, beliau terbuka untuk menerima kehadiran bayi lelaki atau perempuan.

Sementara itu, pada jam 9 malam ini, para peminat akan dihadiahkan dengan sebuah muzik video baharu iaitu lagu Kuasa Cintamu yang sebelum ini pernah beliau katakan dicipta khas untuk Siti Aafiyah.

Antara rakan-rakan artis yang ucap tahniah pada TokTi;

Sumber: Awani


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!