Jangan berikan Kad ATM pada orang lain, nasihat seorang peguam jenayah

Spread the love

Zaman sekarang banyak kes-kes yang melibatkan scam orang lain. Paling besar yang kita pernah dengar ialah sindiket Macau Scam. Bahkan, setiap hari, ada sahaja berita mengenai orang-orang yang tidak bersalah terkena sindiket scam.

Tahu tak macam mana boleh berlaku? Kemungkinan besar maklumat-maklumat kita terdedah ataupun bocor kepada pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab.

Baca: Modus Operandi Macau Scam. Sila berhati-hati!

Malah, para scammer tidak akan berhenti untuk menipu orang lain. Permainan jahat mereka berterusan apabila ada satu cara lagi yang mereka boleh buat iaitu mereka boleh menggunakan nombor akaun kita sebagai salah satu modus operandi.

Bagaimana boleh terjadi? Jangan terkejut, salah satu sebabnya adalah disebabkan kita yang pernah memberikan kad ATM kita kepada orang lain.

Amaran! Jangan sesekali kita berikan kad ATM kita kepada orang lain!

Nak tahu penjelasannya? Mari ikuti perkongsian daripada peguam jenayah Mufarwa Farid (gambar) di bawah ini.

Scammer guna nombor akaun kita

Dalam isu scammer, kalau scammer tu menyamar guna gambar dan nama kita tu, tidaklah menakutkan sangat.

Yang paling menakutkan adalah apabila scammer tu menggunakan akaun bank kita sebagai tempat bank in helah mereka.

Macam mana scammer ni boleh gunakan akaun bank kita?

  1. Kita pernah pinjamkan kad bank pada orang lain
  2. Kita pernah pinjamkan kad bank pada orang lain, lepas tu siap bagitau nombor pin
  3. Kita terpaksa bagi kad bank pada orang lain. Biasanya sebab kita berhutang dengan Along.
  4. Dah lah dipaksa bagi kad bank, kita dipaksa pula bagi nombor pin kepada Along tersebut.

Sebab itu, kalau kad bank hilang saja, terus lapor polis, dan hubungi terus bank supaya shut down kad kita. Immediately. Jangan bertangguh.

Apabila scammer gunakan nombor akaun anda untuk buat aktiviti scam, polis akan buat dapatan bahawa anda lah orang yang buat scam tersebut.

Anda dikira sebagai scammer tersebut, walaupun anda dah tak guna lagi akaun bank tersebut.

Akhirnya, anda dihadapkan ke Mahkamah kerana dengan curangnya mengalihkan wang mangsa scam tersebut. Bakal kena penjara 5 tahun atau denda.

Saya pernah lihat, seorang perempuan tua dihadapkan di Mahkamah atas tuduhan scam. Rupa-rupanya anak dia gunakan kad bank dia, bagi kat Along sebagai jaminan, lepas tu Along gunakan kad bank tu sebagai tempat landing scam diorang.

Bayangkan, anak kandung sendiri pun tergamak buat macam tu, apatah lagi orang lain.

Jadi, jangan sesekali berikan kad bank atau nombor pin kepada sesiapa pun, hatta keluarga kita sendiri.

Sebar-sebarkan.

Gambar: Satria Risk Mitigation

Sumber: Siakap Keli, Mufarwa Farid


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!