Ini sebabnya Masjid Al-Aqsa diserang semula 12 jam selepas gencatan senjata

Spread the love

Kawasan masjid diserbu tentera penjajah untuk menyelamatkan mufti (yang berada di bawah lantikan kerajaan FATAH) kerana hampir dipukul jemaah yang solat Jumaat di sana. Mufti tersebut membangkitkan kemarahan apabila kemenangan Gaza disebut sebagai usaha kerajaannya sahaja dan langsung tidak disebutkan tentang mujahidin dan syuhada’ Gaza yang menjadi bayaran kemenangan ini.

Nampak tak kenapa bukan semua fatwa mufti di Al-Aqsa dan bukan semua nasihat Imamnya boleh dipakai? Nak dengar nasihat mereka, pastikan mereka terlebih dahulu terlibat secara aktif dalam perjuangan pembebasan Aqsa.

Antara kegagalan besar Israel dalam perang ini yang sangat memalukan :

1. Mereka gagal memusnahkan lokasi pelancaran serangan pejuang dan markaz pejuang. Setiap kali lokasi yang disangka pusat serangan dibom, setiap kali itu juga serangan balas tiba dengan lebih keras.

2. Mereka gagal membunuh pemimpin- pemimpin pejuang. Hanya beberapa pemimpin yang berjaya dibunuh. antaranya syeikh Dr. Jamal (pencipta drone).

3. Mereka gagal menghancurkan senjata-senjata pejuang. Malah serangan dengan kejutan senjata senjata terbaru semakin meningkat ketika peperangan masuk hari ke-7, 8 dan 9. Pejuang telah bersedia, dengan kemampuan senjata yang dikeluarkan setakat ini hanya dalam nisbah 1/1000.

4. Mereka yang mula meminta gencatan senjata sebelah pihak melalui pihak tengah iaitu Mesir dan USA. Tetapi pda awalnya, pejuang menolak , dan memberikan syarat, pejuang yang menentukan bila serangan patut berhenti, dan syarat ditentukan pejuang Mujahidin.

5. Mereka telah menandatangani gencatan senjata dengan Al Q@ss@m, dan penjamin kepada gencatan senjata ini hanyalah roket dan senjata pejuang P@lestin. Tidak sepeti sebelum ini di mana penjamin gencatan adalah negara kuasa dunia yang lain.

6. Perang kali ini lebih 4300 roket telah dilancarkan ke Isr@el, tetapi masih banyak senjata hebat yang belum digunakan. Kumpulan ampfibia, kapal selam al q@ss@m masih belum dikeluarkan. Tetapi sudah cukup untuk menggerunkan Isr@el.

Gencatan senjata telah bermula pada jam 2 pagi waktu Gaza, dan 7 pagi waktu Malaysia.

Sumber: Facebook Hamdan Asadullah


Spread the love

3 Comments

  1. perlu usaha antarabangsa juga ni… tapi apa apa pun kita kene mulakan diri kita juga.. solat 5 waktu tepat, rapatkan saf org islam dan juga berhenti merokok, antara perkara basic

  2. Kiranya apa yang berlaku ini adalah sekitar salah faham dalaman sahaja…. tetapi kenapa dengan campurtangan tentera … bukannya dari kalangan mereka sendiri.
    Apa pun semoga yang terbaik buat negara Palestin dan rakyatnya

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!