Takbir menyambut kemenangan di Gaza hingga Baitulmuqaddis

Spread the love

Gema laungan takbir sambut menyambut di setiap menara masjid di Gaza hingga ke Tebing Barat meraikan kemenangan setelah Srael umum gencatan senjata.

Ini bukan lah tanda peperangan sudah tamat tetapi permulaan kepada sebuah kemenangan yang sebenar untuk merampas kembali bumi Palestine dari penjajah.

Genjatan Senjata di Gaza

Ini kata anggota Biro Politik Hamas, Khalil Al-Hayya :

1. Sambutan kemenangan ini meliputi seluruh tanah Palestin di Tebing Barat, Gaza, Baitul Maqdis dan wilayah terjajah (Srael) kerana kemenangan ini untuk kita bersama.

2. Penentangan (kebangkita) kita menentang Srael adalah perisai kita, benteng kita, kebanggaan (izzah) kita, maruah kita dan harapan umat kita.

3. Kita ingati para syuhada kita dengan izzah dan yang menjadi barisan hadapan para syuhada itu, Asy-Syahid Bassem Issa, Komander Hamas dan Asy-Syahid Professor Jamal Al-Zibdeh, saintis Hamas.

Pada mulanya Srael tidak mahu melakukan genjatan senjata tetapi setiap hari serangan dari pejuang tidak pernah berhenti.Orang tengah dalam rundingan ini adalah Mesir-Amerika.

Genjatan senjata yang diusulkan oleh Srael hanya melibatkan sebelah pihak tetapi mujahidin mahu genjatan senjata mesti berlaku antara kedua belah pihak.Serangan terakhir Srael berlaku pada jam 12 tengah malam tadi tetapi pejuang Palestin tak henti-henti menyerang Srael.

Hamas dakwa menang lawan penjajah

Hamas dan para pejuangnya yang lain di Gaza difahamkan masih berada dalam mode berjaga-jaga jika Israel melancarkan serangan lain pada bila-bila masa. Mereka juga memerintahkan Israel untuk menghentikan keganasan terhadap penduduk Palestin di Jerusalem.

“Memang benar bahawa pertempuran telah berakhir tetapi Netanyahu dan seluruh dunia harus tahu bahawa kita masih bersiap sedia dan kita akan terus meningkatkan kemampuan kita untuk melawan,” kata anggota Biro Politik Hamas, Ezzat El-Reshiq, seperti yang dilaporkan oleh Reuters.

Ezzat mengatakan Hamas mengemukakan syarat agar kompleks Masjid Al-Aqsa di Jerusalem dilindungi dan Israel berhenti mengusir penduduk Palestin dari daerah Sheikh Jarrah di timur Jerusalem.

Perang antara Israel dan Palestin yang berlangsung selama 11 hari sejak 10 Mei telah meragut 232 nyawa penduduk di Gaza. Sebanyak 65 daripadanya adalah kanak-kanak.

Bagi para penduduk di Gaza pula, berita genjatan senjata ini sudah pasti disambut gembira oleh mereka. Kebanyakan daripadanya turun di jalanan dengan bersorak sambil melaungkan takbir setelah 11 hari berada dalam ketakutan.

Beberapa media antarabangsa menyatakan bahawa sambutan kemenangan atau genjatan senjata ini akan berlanjutan dengan lebih meriah setelah rakyat Gaza turun untuk solat Jumaat hari ini.

Apa yang berlaku Srael telah kalah dalam perang ini.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!