Ini nasihat Ustazah kepada Sajat yang ingin keluar agama Islam

Spread the love

Usahawan kontroversi Mohd Sajat Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat ghaib daripada radar industri dan gagal dikesan pihak berkuasa.

Sajat sedang diburu pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Ia susulan dia gagal hadir ke mahkamah bagi prosiding sebutan semula kes berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

sajat umrah

Sajat bagaimanapun mendakwa mempunyai surat pengesahan untuk tidak hadir atas masalah kesihatan. 

Beberapa hari kemudian, muncul sebuah rakaman video yang tular di media sosial memaparkan Sajat, 35, bersumpah sudah keluar Islam.

Sajat juga pernah membuat kontroversi apabila mengerjakan umrah dengan berpakaian wanita sehingga menjadi viral satu dunia.

Sajat bersumpah keluar dari Islam

Penyanyi Makhluk Penggoda itu mengeluarkan kenyataan tersebut selepas mendakwa dia kecewa dengan layanan diterima daripada pihak berkuasa agama dan orang di sekelilingnya.

Dia sebelum ini pernah meluahkan hasrat adalah lebih baik untuknya menukar agama susulan kontroversi berpakaian seperti wanita sewaktu menunaikan umrah di tanah suci bersama keluarga tahun lalu.

sajat murtad

Nasihat Ustazah kepada Sajat yang ingin keluar agama Islam

Nasihat Ustazah

Kenapa nak keluar Islam sebab tak puas hati pada JAIS dan masyarakat yang mengecam beliau. Islam itu bukan milik JAIS atau manusia tetapi milih ALLAH.

Janganlah apabila kita memberontak pada makhluk maka kita memberontak dan marah pada ALLAH yang mencipta seluruh alam.

Kembalilah kepada Islam melalui ajaran yang betul iaitu Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Kembalilah semula kepada ALLAH SWT.

Hidayah milik ALLAH

Demi mempertahankan diri sebagai wanita, Mohd Sajat Kamaruzzaman isytihar keluar dari agama Islam.

Hidayah tidak memihak pada beliau buat masa ini, semuga di masa akan datang beliau terpilih mendapat hidayah kembali.

Hidayah Islam ini bukan milik semua. Beruntunglah kepada yang mendapat hidayah. Kita mesti berusaha untuk mempertahankan walau sesusah mana ujian yang menimpa.

Ramai yang hidup lebih susah, diugut, diseksa, dibunuh namun tetap pertahankan ISLAM.

Semuga kita terpilih menjadi hamba ALLAH yang kekal pertahankan kesucian Islam.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!