Tabung Haji umum Hibah 2020 sebanyak 3.10 peratus

Spread the love

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan lebih baik iaitu 3.10 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 berbanding 3.05 peratus pada 2019, kepada kira-kira sembilan juta pendeposit.

Menurut kenyataan badan pengurusan haji, simpanan dan pelaburan itu, agihan keuntungan bagi 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada 2019.

hibab tabung haji

Pengiraan Agihan Keuntungan

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2020 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2020 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu 3.10% bagi tahun 2020. Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2020 / Bilangan Bulan) x 3.10%

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata prestasi kewangan TH pada 2020 kekal positif meskipun persekitaran ekonomi negara dan dunia berada dalam keadaan tidak menentu sejak penghujung 2019 akibat pandemik Covid-19.

Jumlah deposit Tabung Haji

Sebagai institusi yang memegang amanah mengurus hampir RM77 bilion deposit umat Islam Malaysia, TH akan terus memastikan dana ini dilaburkan dengan selamat agar kekal mampan.

Menurut TH jumlah deposit telah mencecah RM76.7 bilion pada 26 Feb, 2021 iaitu paras tertinggi dalam sejarahnya, sekali gus mencerminkan keyakinan pendeposit terhadap TH terus kekal utuh.

Pada masa sama, badan itu turut melunaskan pembayaran zakat sebanyak RM106.2 juta bagi 2020 berbanding RM86 juta pada 2019, jelasnya.

“Oleh itu para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka. Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara,” menurut TH.

Urusniaga Tabung Haji akan ditangguhkan sementara waktu bermula 8 malam, Selasa 2 Mac, 2021 sehingga 12 tengah hari, Rabu 3 Mac, 2021, bagi melancarkan urusan agihan keuntungan.

TH menjelaskan para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas 12 tengah hari Rabu 3 Mac, 2021 menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat selain saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.

Sumber Bernama


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!