Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ramai yang tahu bahawa terdapat ramai daripada anda di luar sana yang tahu apa itu blog. Namun, ada juga yang masih ingin tahu mengenai sejarah dan keadaan industri blog masa kini.
Blog pertama yang wujud telah dicipta oleh Justin Hall, pada bulan Januari 1994. Pelajar kolej ini lebih awal dari zamannya, bahawa dia telah membuat blog dengan nama links.net yang beliau anggap sebagai ‘laman peribadi’. Tetapi, blog seperti yang kita ketahui hari ini telah menjadi lebih daripada satu buku harian ringkas di laman sesawang. Blog hari ini telah mendapat tempat di antara sumber maklumat paling boleh dipercayai di internet.
Blog juga penting bagi mereka yang mempunyai perniagaan tidak kira secara offline atau online. Kajian menunjukkan individu atau syarikat yang mempunyai blog:
- telah menerima lebih 97% pautan ke laman sesawang.
- lebih 70% pengguna mendapatkan maklumat lanjut di artikel blog.
- 94% pembaca yang menekan butang ‘share’ ingin berkongsi maklumat dengan dunia atas talian.
- pelawat bertambah sebanyak 55% ke laman blog.
- 92% pelanggan yang diperolehi adalah dari artikel-artikel di blog.
Kenapa orang suka blog?
Terdapat kira-kira 1.5 bilion blog di internet. Individu, perniagaan kecil, dan bahkan syarikat besar adalah ahli komuniti blog. Blog juga sangat penting untuk pemasaran dan perhubungan awam dan mereka meningkatkan jualan ‘e-commerce’ dan sesuai untuk manaiktaraf perniagaan.
Anda tidak perlu menjadi seorang pakar dalam teknologi atau pakar memasak untuk menulis blog. Apa yang perlu anda lakukan ialah menulis tentang sesuatu yang anda hayati dengan lebih mendalam. Terdapat banyak cara untuk membentangkan topik tertentu tetapi perkara yang paling penting adalah jujur, supaya blog dapat menjadi terjemahan dari fikiran, pengetahuan dan pendapat anda.
Blog hasilkan pendapatan?
Ramai penulis blog sudah berkongsi cara membuat duit dengan blog. Sekiranya ramai yang mengikut tips-tips yang telah diberikan. Di antaranya adalah affiliate, google adsense, pengiklanan ‘banner’, ulasan berbayar, kursus online, penulis jemputan dan banyak lagi.
Anda boleh memberi maklumat, provokatif, pendidikan, hiburan dan seribu perkara lain tentang anda dan topik anda akan membentuk ‘niche’ blog anda. Sebaik sahaja blog anda mula memperoleh keperibadian tertentu, ia akan menarik orang yang berfikiran sama. Dan dari situlah bermulanya ‘unique visitor’, pageviews dan pelbagai lagi aspek untuk dikepilkan di dalam portfolio anda.
Bagi yang ingin bimbingan dengan blog, boleh sertai Elite Blogger Program.
Justeru terdapat kepentingan juga untuk para usahawan mempunyai blog sendiri kerana kajian telah menunjukkan betapa pentingnya blog untuk sesebuah syarikat di samping menjadi sebahagian identiti. Industri blog dunia telah menunjukkan bahawa kepentingan artikel di blog juga untuk jangkamasa yang panjang.
Sememangnya kita ada membuat perkongsian di laman sosial media, namun kita tidak tahu setakat mana dan sejauh mana perkongsian itu bertahan. Berbanding dengan menggunakan medium blog sebagai alat pemasaran dan jika ditanya secara peribadi kepada penulis, lebih memilih platform WordPress sebagai pilihan.
Bagi mereka yang sudah menjadi penulis blog, sudah tentu ada perancangan dan halatuju dalam memperhebatkan lagi kuasa dan pengaruh blog masing-masing. Kajian juga menunjukkan :
- 33% penulis blog menghabiskan masa sekitar 6 jam untuk hasilkan artikel berkualiti tinggi termasuk optimasi carian enjin.
- 15% penulis blog menggunakan video dalam artikel.
- 23.3% penulis blog memuatnaik artikel pada hujung minggu berbanding 20% pada hari biasa dengan kekerapan 2 hingga 6 artikel.
- 31.7% penulis blog akan sentiasa memeriksa analytic blog mereka.
- 77.7% penulis blog meletakkan gambar di dalam artikel dan lebih 51% meletakkan lebih daripada satu gambar.
Di sini telah menampakkan betapa pentingnya industri blog tidak kira untuk individu mahupun syarikat yang cukup banyak di luar sana masih belum mempunyai blog sebagai identiti dan salah satu cabang pemasaran. Semoga panduan ini akan menyemarakkan industri blog pada tahun 2018 dan anda lebih yakin apabila mendalami ilmu blog.
89 Comments
sejak buat blog baru pada bulan puasa dulu dah nampak dah sinar adsense.. haha
Esok tahun 2018 akan melabuhkan tirainya. Agak agak ke mana hala tuju dunia blogging pada tahun 2019?
Tahun 2018 pun dah nak sampai ke penghujung. Kena semak balik perancangan awal tahun haritu. Tercapai ke idok?
untuk tahun 2018 dan 2019 saya akan fokus pada adsense. kalau ada masa akan bina sebuah blog yang niche cpc nya tinggi. haha
Bagi blog-blog yang dah lama tak berupdate dan dah lama tak buat back link seperti blog-blog saya, pastinya seo semakin tenggelam ke dasar..
sebab itulah, kalau nak jadi seorang blogger, kita kena konsisten dengan artikel baru dan link building
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Nak konsisten update blog tu memang mencabar. Kerjaya sbg blogger ni bukan perkara main-main kan
kalau lama sangat tak update begitulah jadi nya.. itulah nasib seorang blogger
Industri pemasaran blog juga jadi elemen penting untuk sesebuah syarikat. Kita target sektor corporat utk thun 2019 ni
Ada 1.5 bilion blog diinternet.. Wow banyaknya.. Bila semakin banyak blog menulis dalam niche area yang sama, persaingan untuk Seo pastinya semakin mencabar..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
cuba bayangkan betapa banyaknya blog yang mempunyai niche yang sama.. kita kena ada strategi sendiri untuk baiki ranking
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Itu adalh satu cabaran dan siangan yang sihat kan. The more the merrier. terbaiklah!
Dalam satu artikel blog, kita boleh masukkan tulisan, gambarajah, video, carta, jadual, animasi dan sebagainya..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
kena pandai bermain dengan seo. dalam masa sama kita kena perkaya kan konten dengan info bermanfaat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
banyak yang boleh kita masukkan semuanya utk memudahkan pelawat utk dpt info
Betul tu.. dan tak ramai blogger yg kaji demografi dan habit pembaca dalam membantu penyebaran artikel blog.
Menulis di facebook dan whatsapp tak sama kepuasannya berbanding menulis di blog.. dalam penulisan blog kita boleh menulis dengan lebih detail tentang sesuatu perkara yang ingin kita kongsikan..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Yup, menulis dgn blog la yang palig puas hati berbanding platform lain. Tu yang bertahn sampai ke hari ini menulis blog
Betul tu. menulis di blog lebih pass.. maklumat, provokatif, pendidikan, hiburan dan seribu perkara lain tentang anda dan topik anda akan membentuk ‘niche’ blog anda.
Membuat blog itu sangat mudah, namun bisa terus mempertahankannya hingga menghasilkan adalah satu hal yang tidak semua orang bisa lakukan. Salut sama DenaiHati yang tak pernah henti memberikan semangat kepada para kawan-kawan di Malaysia untuk tetap eksis ngeblog.
Curahan rasa Bersama UNTAN Membangun Negeri @ ..Info Terbaru BKN Mengenai Proses Penerimaan CPNS Tahun 2018
Untuk ada satu blog atu jadi blogger memang mudah. Yang payah, nak up konten yang berkualiti..
zaman sekarang semua orang dah pandai guna google..
cari ini itu pakai google…
guna blog untuk bisnes? itulah yang terbaik
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Semak Tambang dan Bayaran untuk Travel Dari atau Ke KLIA2
Disebabkan guna Google utk cari maklumat dah jadi tabiat org kita, bukan sahja di Malaysia malah di Dunia, memang kena blog utk sampaikan maklumat yg berguna
saya setuju dengan pendapat anda di atas bahwa blog sangat bermanfaat untuk perhubungan dan perniagaan, saya sendiri baru terjun dalam dunia blog ini jadi masih sangat awam dan belum bisa memberi pendapat lebih detail.
Curahan rasa karpet lantai @ ..SUMINOE
kita ada membuat perkongsian di laman sosial media, namun kita tidak tahu setakat mana dan sejauh mana perkongsian itu bertahan.
Pejam celik dah lebih 10 tahun saya blogging, dari blog pertama dulu.
Cepatnya masa berlalu
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Pelembap Muka Shaklee YOUTH Perfecting Skin Toner!
wah dah 10 tahun tu. dah banyak pengalaman. boleh share kenapa masih berblogging tak?
Bagi blogger yang baru tulis 3 artikel dalam blog sendiri, banyak lagi yang perlu di pelajari. Semoga relevan walaupun usia makin tinggi
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..Pakej Umrah 2018 & Cara memilih syarikat pengendali terbaik!
Industri blog dunia telah menunjukkan bahawa kepentingan artikel di blog juga untuk jangkamasa yang panjang. Selagi artikel itu tidak didelete
Tak pernah bosan dgn blog dan suka baca blog drpd buku(my bad) hahaha
di Malaysia sahaja, ramai penulis blog sudah mula berkongsi cara membuat duit dengan blog.
Penghujung tahun 2017, saya baru nak menulis blog ini. Bukan mudah, tapi tak susah juga. Selepas beberapa bulan blog ni dilancarkan, tak sangka ia dah mula menjana pendapatan!
Curahan rasa Xplorasi Destinasi @ ..Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb
Masih belum terlewat untuk menulis blog, kerana blogger terdahulu sudah arwah blognya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29
kan.. siapa sangka Blog hari ini telah mendapat tempat di antara sumber maklumat paling boleh dipercayai di internet.
Comments are closed.